Penyanyi popular Fauziah Latiff mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut di media sosial. Kata Fauziah, 50, biarpun tidak menafikan ledakan populariti berdasarkan jumlah pengikut di media sosial misalnya Instagram, pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu masih percaya daripada bakat boleh menarik lebih ramai pengikut untuk mempercayai seseorang artis.
"Bakat! Dariapda situ minat kita dan sayang kita. Jadi kita akan berusaha untuk memperbaiki persembahan untuk memuaskan hati peminat semua. "Sebagai seorang artis, perlulah memberikan peluang untuk memperbaiki keupayaan diri dan mencari input untuk menjadi lebih baik. "Apabila kualiti ada di situ peminat pun akan datang. Orang sekarang terbuka dan punyai pengetahuan untuk menilai sejauh mana seseorang artis itu. Mereka memerhati dan menyokong," ulasnya ketika ditemui pada sidang media maya ABPBH34 pada Ahad.
Belajar daripada pengalamannya bergelar artis selama lebih tiga dekad, Fauziah yakin, tiada kesenangan datang bergolek. "Energy daripada peminat itu kita ambil untuk diri kita menjadi lebih baik sebenarnya. Untuk berjaya perlu ada bakat dan peminat. "Saya sendiri belajar daripada kosong. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Hargailah bakat," tegasnya. Sebelum ini tular kenyataan produser dan stesen televisyen yang menyasarkan jumlah 1 juta pengikut di media sosial untuk dipilih muncul di arus perdana. Hal itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan pelakon di Malaysia. Sumber: Gempak
|
KamikuP replied at 11-10-2021 01:55 PM
Gee ni bole kenyanyi lagi? Mcm semput jah nyanyi lately
sharlenetexas replied at 11-10-2021 05:16 PM
Tapi sheols juga yg rosakkan suara sendiri.
scrocth replied at 11-10-2021 03:34 PM
Gee masih boleh menyanyi ya? Definisi menyanyi ni xperlu pn key tinggi mcm zaman kegemilangan. Cukup ...
pencintaABC replied at 11-10-2021 05:43 PM
Kesian kan retis cm salma asis menyanyi nada tinggi smpai klcc perginya tp lagu2 tetaplah sendu di ...
ADVERTISEMENT