Penampilan terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal meraih perhatian peminat. Tidak lagi berserban, Ustaz Don, 37 dilihat menayangkan rambutnya yang agak ikal dan berpenampilan lain dari kebiasaan bersama sepasang kot. Tapi, jangan risau, ia untuk jenama produk pakaian dia dan isterinya. Meninjau ke laman instagramnya, Ustaz Don tampil dengan pelbagai gaya dan busana khusus untuk produk mereka. Bagaimanapun, seperti kebiasaan Ustaz Don tetap menyelitkan tazkirah dalam setiap hantarannya bagi mengingatkan netizen supaya tidak alpa dengan dunia. Reaksi netizen juga pelbagai, ramai yang memuji kelainan dan tidak sabar untuk mendapatkannya sementara ada pula yang hairan seolah-olah mengambil kesempatan. |
asudau replied at 12-10-2021 03:26 PM
ok la ustad macam ni dari asik nak berkupiah 24 jam sambil pakai mask oren yang mengairahkan...sekal ...
RatuDunia94 replied at 12-10-2021 11:44 AM
Kenapa kalau pendakwah pakai mcm ni x boleh ke? Iols lbh prefer mcm ni drpada berjubah.. berserban b ...
ADVERTISEMENT