Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan ditahan polis minggu lalu. Menurut portal Bollywoodlife.com, penahanan Aryan menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.
"Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu," katanya. Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas. Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee. Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar. Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah. Sumber: Awani
|
nakkomenjugak replied at 12-10-2021 05:45 PM
So memang di setup or memang mendadih?
nakkomenjugak replied at 12-10-2021 05:45 PM
So memang di setup or memang mendadih?
helicornia replied at 13-10-2021 12:24 PM
i baca kat mana ntah, katanya mmg dah lama mendadih
kali ni terkantoi
dani-rox replied at 13-10-2021 01:10 AM
anak dia ni yg beromen dl keta dgn cucu amitabh bachan kan. cukup pakej anak ko dato sarukh, dahla ...
dewi_rina replied at 13-10-2021 02:08 PM
I baca kat fb, takde bukti anak dia bawa dadah, kira ni nak jatuhkan bapak dia
Macam cite ...
ADVERTISEMENT