Ratusan pelajar Sekolah Menengah (SMP) Negeri 1 Namrole di daerah Buru Selatan melakukan tunjuk perasaan bagi membantah pernikahan rakan mereka dengan seorang tokoh agama. Kisah perkahwinan pelajar tersebut dengan seorang ulama menjadi tular dalam media sosial di negara ini.
Pelajar perempuan berusia 15 tahun tersebut yang hanya dikenali sebagai NK dinikahkan bapanya dengan seorang ustaz yang berasal dari Tangerang Selatan. Beza usia NK dengan ustaz tersebut adalah 15 tahun. Menerusi hantaran yang dibuat seorang pengguna Instagram dengan nama @magdaleneid, pelbagai pihak menyuarakan kekecewaan dengan perkahwinan tersebut. Kebanyakannya menegaskan pelajar itu masih di bawah umur dan perkahwinan kanak-kanak tidak seharusnya terus berlaku. Demonstrasi itu juga disertai golongan guru yang berpandangan ibu bapa memaikan peranan penting dalam mencegah perkahwinan bawah umur yang secara jelas mencabul hak kanak-kanak.
Dalam pada itu, pengetua sekolah terbabit, Noho Lesilawang menegaskan tunjuk perasaan itu dilakukan kerana para guru bimbang sekiranya pelajar lain turut terpengaruh untuk berkahwin awal tanpa memikirkan kesannya. “Memang ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan hidup anak mereka, namun bukan ini caranya,” katanya. Sementara itu, bapa NK yang merupakan Ketua Majlis Ulama Indonesia Buru Selatan memberitahu, pernikahan tersebut dilakukan atas permintaan anaknya sendiri. Sumber: Utusan
|
ussopp replied at 12-10-2021 04:46 PM
tau tak siapa yg mula cadangkan hal ini ialah pencabulan kanak kanak. itulah dia golongan barat. sed ...
Punat_button replied at 12-10-2021 07:49 PM
seks bawah umor nikoh ka idok sama ja faraj tu belum bersedia acik oi.
kahwin lagilah another l ...
ussopp replied at 13-10-2021 12:12 AM
inilah ilmu yg paling bodoh takde akal...
ikut sgt gengs siti kasiim...si bodoh.
ADVERTISEMENT