Individu yang menolak vaksin dan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, disaran menanggung sepenuhnya kos rawatan dikenakan. Pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata golongan itu perlu bertanggungjawab atas pemilihan risiko jangkitan kesan menolak pengambilan vaksin COVID-19.
Dengan menolak vaksin, tegasnya, individu terbabit dengan rela hati memilih risiko dijangkiti COVID-19 dan kemungkinan menanggung komplikasi serius daripada wabak itu. "Sekiranya ada pesakit COVID-19 masuk ke hospital dan didapati tidak divaksin kerana menolak vaksin, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan. "Mereka memilih untuk menolak vaksin COVID-19, maka mereka juga perlu bertanggungjawab dengan risiko dijangkiti virus itu dan kesan daripada jangkitan berkenaan.
"Ia termasuk risiko mendapat manifestasi penyakit yang teruk akibat dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada BH, hari ini. Beliau ditanya sama ada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang memberi kelonggaran kepada penerima vaksin, perlu dikekalkan memandangkan kadar vaksinasi populasi dewasa seluruh negara sudah melebihi 90 peratus. Dr Halimatus Sakdiah berkata, semua peraturan yang menyekat pergerakan individu tidak divaksin perlu dikekalkan bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital akibat wabak itu, selaras kelonggaran rentas negeri. Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, katanya, pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu tidak divaksin yang melanggar peraturan dan SOP berkenaan. "Saya tidak rasa ada kaedah untuk mengesan individu tidak divaksin yang melanggar SOP kerana masyarakat sangat kreatif (mencari cara melanggar peraturan). "Satu-satunya cara adalah mengenakan penalti jika individu sedemikian tertangkap atau dikesan ketika pemeriksaan secara rawak di premis atau tempat awam," katanya. Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam kepada individu yang lengkap divaksin, susulan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah mencecah 90 peratus. Kebenaran itu membolehkan mana-mana individu yang lengkap divaksin merentas negeri tanpa kebenaran polis untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan. Sumber: BH Online
|
Minami2013 replied at 12-10-2021 10:39 PM
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuara ...
ellejo: negara kita ni negara yang adil.kalau yg menolak vaksin dikenakan bayaran penuh maka, kalau dah vaksin masih kene intubate masuk icu gimana pulak?cabu ...
Minami2013 replied at 12-10-2021 10:39 PM
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuara ...
Minami2013 replied at 12-10-2021 10:39 PM
I ada baca komen kat fb, ada kwn dia yg positif covid dan ada simptom tp dah vaksin, kkm minta kuara ...
ellejo replied at 13-10-2021 12:49 AM
negara kita ni negara yang adil.
kalau yg menolak vaksin dikenakan bayaran penuh maka,
kalau dah ...
naina replied at 13-10-2021 04:30 AM
Doktor dibayar dah berkhidmat untuk memilih pesakit ke? Warga asing pun dilayan baik. Apatah lagi pe ...
Belibis replied at 13-10-2021 01:19 AM
Kenapa masih belum berani nak tukar ayat' saya menanggung sepenuhnya risiko vaksin'.. kepada ' kkm ...
Pinokiok replied at 13-10-2021 12:56 AM
Zalimnya pemerintah kalau buat mcm tu..
edayildiz replied at 12-10-2021 10:35 PM
adakah ini kakak kpd redza minhat
Pinokiok replied at 12-10-2021 10:56 PM
Zalimnya pemerintah kalau buat mcm tu..
MelahJanda replied at 12-10-2021 10:53 PM
ala, ini cadangan dari doktor upm aje
belum tentu nak buat pun. adik adik antivacc jgn dok kalut ...
ADVERTISEMENT