CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tengah Tidur Mati, Dipatuk Ular Yang Dicampak Suami

14-10-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7127| Komen: 41

New Delhi: Seorang lelaki di India didapati bersalah atas kesalahan membunuh isterinya dengan melepaskan ular tedung ke arah isterinya ketika mangsa sedang tidur.

The National News melaporkan, P Sooraj, 27, membuat perancangan teliti dan melakukan penyelidikan internet mengenai bisa ular.

Mahkamah di daerah Kollam di selatan Kerala, minggu ini, mensabitkan lelaki itu atas tuduhan membunuh isterinya Uthra, 25.


Foto: The National News

Dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada Mei tahun lalu.

Sooraj kali pertama melakukan cubaan membunuh isterinya dengan menggunakan ular kapak Russell, namun ia gagal.


Bagaimanapun, percubaan kali kedua berjaya menyebabkan isterinya yang cacat itu meninggal dunia.

Hakim Manoj M mendapati Sooraj bersalah menggunakan ular berkenaan agar ia mematuk isterinya.

Pihak pendakwaan menuntut tertuduh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, hakim akan memutuskan hukuman terhadap tertuduh pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Kes itu sebelum ini menggemparkan negara dan penyiasat menyiapkan 1,000 halaman kertas pertuduhan dengan memperincikan rancangan pembunuhan yang teliti.

Sooraj dan Uthra berkahwin pada 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, keluarga Uthra mendakwa Sooraj, seorang pekerja swasta bergaji rendah, ingin membunuh Uthra untuk mengambil harta kekayaannya dan berkahwin lain.

Penyiasat mendapati Sooraj membeli seekor ular berbisa pada Mac tahun lalu dan menggunakannya untuk menyerang isterinya.

Pada kejadian pertama itu, isterinya terselamat dan dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dan tinggal di rumah ibu bapanya.

Pada kejadian kedua, Sooraj membeli ular tedung berbisa dengan harga 10,000 rupee (RM552) dan melemparkannya ke arah Uthra ketika isterinya tidur. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 14-10-2021 09:08 AM
buduhnya, mesti jarang tgk ceta crime ni...
pegi beli ular tu kenapa.. g la tangkap ular..
baru la teda bukti , boleh cakap ular tu masuk rumah..
Quote naina 14-10-2021 09:12 AM
Jahat tol laki India leluhur ni
Ada je akal nak jahanamkan perempuan sana
Quote ally9970 14-10-2021 09:12 AM
Mana polis tahu dia yg campak ular tu waktu bini tgh tidur?
Quote Cik_jantung 14-10-2021 09:20 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:09 AM

..........
Quote slyfynx 14-10-2021 09:24 AM
Wait, Wanita tengah tidur mati, dipatuk ular atau Wanita tngah tidur, mati dipatuk ular?
Atau Wanita tidur mati, mati dipatuk ular, oleh suami yang dijatuhkan hukuman mati.
Quote venomie1 14-10-2021 09:27 AM
slyfynx replied at 14-10-2021 09:24 AM
Wait, Wanita tengah tidur mati, dipatuk ular atau Wanita tngah tidur, mati dipatuk ular?
Atau Wanit ...

siapa yang mati, perempuan, ular, suami atau ketiga-tiganya?
Quote KamikuP 14-10-2021 09:31 AM
Kalau jumpa ular dan kelly.ng mana yg patut kene katok dulu?
Quote lipans 14-10-2021 09:34 AM
Edited by lipans at 14-10-2021 09:39 AM
slyfynx replied at 14-10-2021 09:24 AM
Wait, Wanita tengah tidur mati, dipatuk ular atau Wanita tngah tidur, mati dipatuk ular?
Atau Wanit ...

wanita tengah, tidur mati dipatuk ular.

wanita tepi kalau kena patuk mati terus. wanita tengah kena patuk akan tidur mati.


Quote JohnyEnglish 14-10-2021 09:46 AM
ally9970 replied at 14-10-2021 09:12 AM
Mana polis tahu dia yg campak ular tu waktu bini tgh tidur?

Aku rasa mcm ni:
Polis tau sbb ada bisa ular dlm badan simati (atau ada ular dlm bilik simati).
Mola2 polis ingat ular tu masuk dlm bilik dan patuk simati sampai mati simati tersebut.
Pastu polis siasat pulak suami simati.
Satelah polis cek history kat hp suami ternyata dia ada Google dan tgk di You Tube tajuk2 saperti berikut;
i  - cara2 membunuh isteri dengan menggunakan bisa ular tedung.
ii - Benarkah bisa ular kapak Russell bisa membunuh isteri?
iii- Cara terbaik membunuh isteri tetapi sulit dibuktikan.
iv- Cara merampas harta isteri sedangkan isteri dan ahli keluarga masih hidup.
Aku tau psl ni sbb rajin tgk Gerak Khas dulu



Quote rospinki 14-10-2021 09:54 AM
wnita tengah tidur, mati dipatuk ular. apake bengong karangan ni
cigu bagi 20/100 sila buat pembetulan
Quote Tokeybundle 14-10-2021 10:51 AM
Sakit perut baca komen2 ni semua
Terima kasih kerana menceriakan hari ku
Quote Simunggu 14-10-2021 10:51 AM
bodoh..itu ja komen aku
Quote zafira 14-10-2021 10:58 AM
hahahaha... lawak siot korang ni... terbahak2 aku ketawa sorang... tq semua.. sangat menghiburkan hati aku yang tgh tensen ni...
Quote cupu 14-10-2021 11:42 AM
Idea dh bgus..tp execution fail..ada rekod belian plk...lps ni blh tiru bg sape2 nk bunuh org..ular tu tangkap sndr.jgn beli..lg satu klu gaduh jgn bgtau org..sng nk buat keje..yg post ig,fb..dh mati blh la nanges..dpt harta.
Quote MsKathryn 14-10-2021 01:04 PM
Jahatnya….
Quote Artemesiaa 14-10-2021 01:11 PM
Tecyduk juga hadaplah hukuman yang dikenakan
Quote Nnasda53 14-10-2021 03:50 PM
Sanngup bunuh isteri sebab nak harta dan nak kawin lain.
Elokla bg je hukuman mati.
Dasar miskin tak sedar diri.
Quote nononcrux 14-10-2021 03:59 PM
ally9970 replied at 14-10-2021 09:12 AM
Mana polis tahu dia yg campak ular tu waktu bini tgh tidur?

haha kau tak tahu yindia punya investigated mayat dah jadi abu pon boleh cam tau
Quote ally9970 14-10-2021 04:10 PM
JohnyEnglish replied at 14-10-2021 09:46 AM
Aku rasa mcm ni:
Polis tau sbb ada bisa ular dlm badan simati (atau ada ular dlm bilik simati).
...



Motif? mungkin boleh prove
Dia yg campak? Maybe ular tu terlepas dari sangkar? Mungkin orang lain yg campak (walaupun ular tu kepunyaan si suami)
Mcm mana polis tahu si pelaku campak ular waktu si isteri sedang tidur? Maybe si isteri tak tidur pun (apa relevance nya dia tidur ke tidak? hahaha..)

Apa lah aku merapu nih...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040196 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top