CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketagih Makan Span Sejak Kitaran Haid Pertama

14-10-2021 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3894| Komen: 4

London: Seorang wanita di United Kingdom (UK) mengakui mempunyai tabiat pemakanan yang pelik apabila gemar memakan span.

Lapor Metro, Claire Louise Owen dari Criccieth, North Wales berkata, dia terpaksa berhenti membeli span untuk kegunaan rumahnya kerana ketagih memakan benda tersebut.


Menurut Owen, 44, dia mula mengunyah span ketika berusia 14 tahun selepas mengalami ketagihan semasa kitaran haid pertamanya.

Kredit foto: Kennedy News

“Apabila mengalami ketagihan melampau, Owen boleh mengunyah sehingga satu span seminggu.

“Dia menyimpan span dalam laci di bilik tidur untuk mengigitnya sepanjang hari,” jelas laporan itu.

Owen mengakui berasa amat malu untuk berbincang dengan doktor mengenai ketagihan yang dihadapinya.

Katanya, dia percaya menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai Pica yang menyebabkannya ketagih
memakan benda yang tidak memberi nutrisi kepada badan.

Dalam usaha membendung tabiat pemakanan pelik itu, Owen bersama suaminya, Gwilym memutuskan untuk tidak membeli span mandi.

Dilaporkan, Owen juga kini mengambil pil multivitamin dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat
bagi mengekang ketagihan tersebut. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 14-10-2021 05:32 PM
dia mkn spongebob
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 02:49 PM
Span cecah butter? Belacan?
Quote CikYaYaYa 17-10-2021 03:39 PM
Spann masak apaa diaa makan tu?? Celup tepung..? Grill..? Stim..?
Quote Supersirap 20-10-2021 11:45 PM
Ketagihan yang aneh, mungkin faktor karekter spongebob yang comel membuatkan beliau terasa geram sampai nak makan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.228991 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top