Tel Aviv: Seramai enam angkasawan akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘planet Marikh versi tiruan’ di Gurun Negev Israel.
Saintis berharap misi mencabar itu akan membekalkan mereka maklumat bagaimana manusia dapat menyesuaikan diri dengan tempat yang terkurung dan terasing, lapor Daily Star. Semua kelengkapan, kru dan kemudahan operasi di Israel akan diuruskan oleh ‘kawalan misi’ di Inssbruck, Austria. Simulasi itu melibatkan seramai lima angkasawan lelaki dan seorang wanita yang akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘fasiliti analog Marikh’ dengan memakai sut angkasa lepas. Forum Angkasa Lepas Austria yang menjalankan misi tersebut turut menyediakan jurutera aeroangkasa dan peminat ruang angkasa yang ingin mencipta teknologi diperlukan bagi membawa manusia ke planet Marikh.
Selain melihat bagaimana manusia menangani keadaan di padang pasir, kru juga dilaporkan akan meniru pelbagai aktiviti di permukaan planet Marikh buatan tersebut. Misi analog membantu untuk memahami ‘kelebihan dan halangan misi masa depan planet manusia’ sebelum dihantar ke Marikh, 2030. Keadaan sebenar di Marikh meliputi suhu beku, kurang suasana bernafas dan sinaran matahari yang kuat. Fasa pengasingan kru bermula 12 Oktober lalu dan mereka hanya dibenarkan berhubung dengan kawalan misi sehingga dibebaskan 31 Oktober depan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ninja9 replied at 14-10-2021 05:13 PM
ramai ker yang nak gi marikh, projek yang menarik tp menakutkan pada masa yg sama...
udara, air da ...
axl_bach replied at 15-10-2021 09:26 AM
Dorg pergi Marikh ker? Bkn dorg train di Gurun Negev jer ke
RatuDunia94 replied at 14-10-2021 02:19 PM
Malaysia x nak buat ke kat Pantai Klebang..
RatuDunia94 replied at 14-10-2021 02:19 PM
Malaysia x nak buat ke kat Pantai Klebang..
ADVERTISEMENT