CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kereta Dalam Parit Terjawab

3-12-2013 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7494| Komen: 38


Penduduk meneliti keadaan kereta 'misteri' yang terbiar di dalam parit sejak Khamis lalu.

PARIT BUNTAR - Misteri kewujudan sebuah kereta di dalam parit di Jalan Sempadan, di sini menjadi teka-teki dalam kalangan penduduk apabila kenderaan itu muncul secara ‘tiba-tiba’ sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun, misteri itu terungkai apabila ia berpunca daripada pemandunya yang mengantuk dan menyebabkan kereta dipandu terbabas lalu masuk ke dalam parit.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, penduduk, Rashid Junid, 56, berkata, dia bersama beberapa penduduk hairan apabila pemilik kereta itu tidak muncul untuk menuntut kenderaannya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat pekerja trak tunda, kenderaan itu terhumban ke dalam parit itu sekitar jam 2.30 pagi.

“Pemilik kereta berumur lingkungan 30-an itu enggan menunda keretanya menggunakan trak penunda pekerja tersebut dengan alasan mahu menggunakan perkhidmatan trak tunda lain,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Muhammad Riduan Norzaini 20, berkata, dia terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi dentuman di hadapan rumahnya.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki bersama rakannya terbabas ke dalam parit.

“Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu tidak cedera dan berjaya keluar dari kereta yang hampir tenggelam dengan bantuan orang ramai,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 2-12-2013 04:47 PM
ceh. ego tu xnk tunda
Quote sapp73 2-12-2013 04:48 PM
sanggup biorkan kereta tu terendam lama dalam parit
Quote sepiITUindah 2-12-2013 04:50 PM
dalam kereta ada mende terlarang kot
Quote nuc 2-12-2013 04:50 PM
elokla...kereta tu dah lebih 12thn..xselamat....alasan buat hutang baru
Quote zorrro_03 2-12-2013 04:52 PM
cantik pemandangan situ.  parit pun diuruskan dgn baik.  
Quote mak_wa95 2-12-2013 04:54 PM
bior je la kete tu jadi tukun dekat situ
Quote Kassim_Patalon 2-12-2013 04:54 PM
siapa suruh simpan dildo dalam kereta
Quote cintalara 2-12-2013 04:56 PM
kat kampung aku ada misteri kereta yg tiba2 mumcul dalam parit. rupanya dalam tu ada mayat. dah 2 bulan kereta tu terbabas dalam parit. orang nampak bumbung kereta bila parit mula surut. mayat dah tinggal tulang je. subur la padi kat sekeliling tu dapat baja organik.
Quote mak_wa95 2-12-2013 04:57 PM
zorrro_03 posted on 2-12-2013 04:52 PM
cantik pemandangan situ.  parit pun diuruskan dgn baik.

ini parit di panggil terusan...tujuan utk mengairi sawah..memang dijaga dengan baik..
selalu sangat jadi tempat terbabas macam ni...
nasib baik pokcik ni selamat...
Quote Fariz07 2-12-2013 05:15 PM
jalan ni mmg sempit..kena pulak kalau berselisih dgn lori tanah..rasa mcm nak terjun dlm parit tu saja..
Quote zorrro_03 2-12-2013 06:53 PM
mak_wa95 posted on 2-12-2013 04:57 PM
ini parit di panggil terusan...tujuan utk mengairi sawah..memang dijaga dengan baik..
selalu sang ...

Tahu lah mok eh. Kat tempat saya org panggil taliair, parit, saliran dsbnya.
Quote mak_wa95 2-12-2013 07:03 PM
zorrro_03 posted on 2-12-2013 06:53 PM
Tahu lah mok eh. Kat tempat saya org panggil taliair, parit, saliran dsbnya.

...tempat saya pun sama....ngeheheeh...marah nampak





p/:  ingatkan ko orang urban tak pernah tengok parit ni... Last edited by mak_wa95 on 2-12-2013 07:10 PM

Quote zorrro_03 2-12-2013 07:08 PM
mak_wa95 posted on 2-12-2013 07:03 PM
...tempat saya pun sama....ngeheheeh...marah nampak

Tak marah. Cakap je....
Quote chaoyunjie 2-12-2013 07:10 PM
nasib baik pemandunya sempat keluar...
kalau airnya dalam...& orang tak sedar...mau berbulan2 juga dok dalam tu....
Quote mak_wa95 2-12-2013 07:12 PM
zorrro_03 posted on 2-12-2013 07:08 PM
Tak marah. Cakap je....

hheheheehhe..tq kerana xmarah..
Quote Vokuro 2-12-2013 07:14 PM
sepatutnya mati lemas sahaja mereka mereka itu.
Quote roblucci 2-12-2013 07:17 PM
Vokuro posted on 2-12-2013 07:14 PM
sepatutnya mati lemas sahaja mereka mereka itu.

selayaknyalah kak
Quote mak_wa95 2-12-2013 07:29 PM
roblucci posted on 2-12-2013 07:17 PM
selayaknyalah kak

depa buat salah apa....
jalan macam ni kalau xmengantuk pun boleh terbabas...
jalan sangat sempit..kadang2 xboleh selisih pun...

cuba pergi kawasan2 bendang..macam ni la jalannya...
memandu kete kecut je perut..

lain la kalau awak orang putrajaya xpenah tengok jalan macam ni
Quote roblucci 2-12-2013 07:31 PM
mak_wa95 posted on 2-12-2013 07:29 PM
depa buat salah apa....
jalan macam ni kalau xmengantuk pun boleh terbabas...
jalan sangat sempi ...

sy dari kampung hanya senah jenis urban

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066003 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top