CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar Bakar Universiti Al-Azhar !

30-12-2013 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9212| Komen: 56


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-12-2013 07:19 AM


API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


Quote mbhcsf 29-12-2013 07:27 AM
well...lihatlah dulu kata reformasi itu lebih baik so tukarlah ....maka ditukar balik lagi so apa jadi akhirnya?

masih berkonflik...
Quote mialunar 29-12-2013 07:29 AM
biar betiq
Quote Vokuro 29-12-2013 07:57 AM
Selayak nya lah dengan ummah caprut Mesir. Elohim bayar cash sahaja sekarang ini pada ummah teroris sunni.
Quote noor2 29-12-2013 07:59 AM
penganut islam yang syumul...
Quote tongkatwaran75 29-12-2013 08:05 AM
kita belum dgr lagi satu pihak bercerita;

Pihak Keselamatan masih mengepung dan menggempur Kolej Kediaman Siswa Uni.Al Azhar dan Uni.Al Azhar Siswi Hayyu Sadis,madinah Nasr dgn bersenjatakan kereta perisai,gas pemedih mata,peluru getah dan hidup.Mereka yang terperangkap disana merayu bantuan dokongan luar dan ambulan untuk membawa keluar mangsa2 yg cedera.Pihak Keselamatan juga melakukan tangkapan secara 'borong' dikalangan siswa/wi yg terperangkap

- Pihak KDN Mesir melalui wakilnya dalam temubual dgn Tv kerajaan menjamin keselamatan di tempat peperiksaan dan menyeru ibu bapa supaya membenarkan anak-anak mereka ke uni. untuk menduduki peperiksaan.

- PIhak keselamatan juga menyuraikan demonstrasi pelajar di uni. zaqziq tanda solidariti dgn siswa/wi di Al Azhar dgn kekerasan dan beberapa org pelajar ditahan dan cedera.
Quote a_gen2 29-12-2013 08:50 AM
percaya berita dr media As-Sisi sama jugalah percaya Utuseks

Quote Orange1 29-12-2013 08:56 AM
Belum hqbis belajar dah jadi terrorists.
Quote abgboroi 29-12-2013 08:59 AM
al azhar pernah terbakar sebelum ni..menyebabkan banyak buku2 rujukan bersejarah abis musnah..
Quote DeMax 29-12-2013 09:04 AM
noor2 posted on 29-12-2013 07:59 AM
penganut islam yang syumul...

Keja pengganas Sunni ker?
Quote Orange1 29-12-2013 09:04 AM
noor2 posted on 29-12-2013 07:59 AM
penganut islam yang syumul...

Syumul tak syumul lah noor, pegi belajar agama belum habis study dah siap graduate jd terrorist.
Quote axl_bach 29-12-2013 09:05 AM
mbhcsf posted on 29-12-2013 07:27 AM
well...lihatlah dulu kata reformasi itu lebih baik so tukarlah ....maka ditukar balik lagi so apa ja ...

erkkkk,nih komen berdasarkan surface structure jer ker????agak2 kalo reformasi dibenarkan secara election seperti mana IM menang aritu tanpa tindakan kudeta dari tentera adakah akan seteruk ini?????

adakah kekacauan yg berlaku ini adalah sebaik2 sahaja IM menang election??

Quote axl_bach 29-12-2013 09:06 AM
tongkatwaran75 posted on 29-12-2013 08:05 AM
kita belum dgr lagi satu pihak bercerita;

Pihak Keselamatan masih mengepung dan menggempur Kolej ...

nih dkt Hayyu Sadis???? aku igt dgn kawasan Hussein.....hmmmmmm

Quote AdamBillionaire 29-12-2013 10:41 AM
urm... pertama pe saya faham. yang buat huru hara bukan golongan ikhwanul muslimin.. kalau mereka yang buat huru hara? kenapa mereka tak bunuh atau perangi golongan hosni mubarak?

sebabnye hosni mubarak masih seorang islam. dan tak boleh diperangi..ini fahaman mereka...

jadi nk tuduh ikhwanul muslimin cetus huru hara bagi saya tidak benar..

mohon doakan mesir kembali aman..

pelajar2 malaysia kita masih ramai di sana..

untuk pengetahuan forumer... kos medic di mesir hanya 8 ribu us dollar ( rm 25000) setahun... kos medic di malaysia lebih mahal daripada mesir..

sebab itu pelajar tajaan biasiswa JPA MARA tidak hendak pulang ke malaysia kerana apabila mereka pulang? mereka kena sambung pelajaran di ipts, kolej swasta.. tanggungan yuran dan kos sara hidup 3 kali ganda lebih mahal daripada mesir. sedangkan tanggungan biasiswa diperuntukkan memang mencukupi untuk yuran dan sara hidup di mesir sahaja. bukan di malaysia.

pilihan yang ada sambung belajar di india sahaja.. contoh medic yayasan pahang, pelajar yang berada di mesir di hantar sambung belajar ke india..

pada yang fikir pelajar2 kita suka hati tak mahu balik malaysia? fikirkanlah soal kos yuran dan lain2 lagi. mereka terpaksa bergadai nyawa untuk mendapatkan ilmu dan certificate untuk melangkah ke alam pekerjaan. mohon doakan adik2 kita di mesir. terima kasih..
Quote Maideen. 29-12-2013 10:46 AM
Mungkin ada yang tak sempat grad dan tak sempat balik ke Malaya untuk pakai sarban dan jadi Ostad dan bersyumul kehulu syumul kehilir, jelas dan nyata kesana jelas dan nyata kemari, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah!

Oh alangkah ruginya ummah......
Quote tongkatwaran75 29-12-2013 11:48 AM
Baru dgr radio bernama, akibat pertempuran polis dn pelajar , bgn fakulti terbakar. Jadi ia terbakar lantaran serangan polis terhdp pljr, bkn la pljr yg bakar fklti tu...
Quote Vokuro 29-12-2013 11:50 AM
tongkatwaran75 posted on 29-12-2013 11:48 AM
Baru dgr radio bernama, akibat pertempuran polis dn pelajar , bgn fakulti terbakar. Jadi ia terbakar ...

habis itu polis serang pelajar dengan api ke kak sampai boleh terbakar itu?
Quote Vokuro 29-12-2013 11:52 AM
Maideen. posted on 29-12-2013 10:46 AM
Mungkin ada yang tak sempat grad dan tak sempat balik ke Malaya untuk pakai sarban dan jadi Ostad da ...

kalau semua mati atau kena tangkap harap2 sambutan tahun baharu masihi ini lebih aman, nanti jenuh la pulak akak nak baca pasal hukum ucap selamat tahun baharu haram ke hulu haram ke hulur, tergelincir akidah bagai.
Quote hbms 29-12-2013 11:59 AM
Hmmm ye la tu gerakan ikhwan... entah ye entah tak...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top