CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hobi Lihat artikel

MACAMMANE NAK MASAK TOM YAM YG KAW2,,

5-11-2012 02:51 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4217| Komen: 0

salam.. sori mod kalau topi ni dah ade,... aku dah serach tapi x jumpe

mcm mane nak masak tom yam yg sedap kaw2 mcm kt kedai tomyam

aku dah guna 2-3 pes.. tp rase cam ade yg kureng..... yg perencah kiub tuh aku try tp x kaw2 pon.. they tray paste basah pon same... boleh bg tips atau mende ape lagi yg perlu aku ltak supaya cukup macam manis pedas hangat....


****************************************************************************
TOMYAM AYAM ALA THAI 
Resepi : Sajiandapurbonda

Bahan-bahannya: 
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil 
3 sudu besar pes tomyam Thai 
Beberapa helai daun limau purut 
2 batang serai – dititik 
5 – 6 biji cili padi - diketuk 

1 sudu besar sos ikan 
2 sudu besar susu pekat 
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya (MaDiHaA guna 1 biji limau nipis + 1 biji limau purut ~ kebetulan ada)
Garam secukup rasa 
1 labu bawang besar – dipotong bulat 
Bunga kobis 
Lobak merah – dipotong bulat 
1 batang daun saderi – dipotong pendek 
1 biji buah tomato
6 batang crab filament stick - dipotong pendek (pun non stok)
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)
(kebetulan takde stok sayur kat rumah sbb baru balik dari kg jadi hanya guna apa yang ada saja iaitu tomato & cendawan butang dalam tin saja) 

Penyediaannya: 
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih. 
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. 
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.044494 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top