CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Dendam

9-1-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7531| Komen: 16

Kontena di parkir kereta yang terbakar, awal pagi semalam. Gambar kecil: Warga Myanmar rentung dibakar hidup-hidup. Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Angkara dendam seorang penjaga parkir warga Myanmar rentung setelah dibakar hidup-hidup dalam sebuah kontena, di Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, di sini, awal pagi semalam.

Sungguh tragis kerana ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa bersama rakannya sedang nyenyak. Bagaimanapun, rakan mangsa hanya melecur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, siasatan menemui dua tong plastik mengandungi minyak tanah di tempat kejadian.

"Pemeriksaan juga menjumpai sebatang kayu pencucuh dipercayai digunakan untuk memulakan api,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi berhubung sebuah kontena terbakar dan 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Api sedang marak ketika kami tiba di lokasi kejadian, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan hanya melecur pada kulit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya terdapat unsur khianat dan jenayah dalam kejadian itu.

“Kita percaya kejadian kebakaran itu sengaja dengan niat membunuh. Kita ada petunjuk positif berhubung kes itu dan akan melakukan tangkapan terhadap individu terbabit dalam masa terdekat.

“Kita percaya motif kejadian adalah berkaitan pungutan parkir di kawasan itu,” katanya.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.


5

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fifie_olin 9-1-2014 09:11 AM
sian tgh sedap tido kena bakor....gaknya mangsa igt mimpi semata2...dia terus je tido...
tgk2 dh terus masuk api nuraka
Quote zeed 9-1-2014 09:13 AM
memang ganas myanmar ni..bunuh, bakar.. dan negara bangga mengimport depa ni ke sini..
Quote BurningTimes 9-1-2014 11:08 AM
selayak nya lah, warga asing apa nak heran,
lagi pun mereka bergaduh sesama puak bukan?
Quote julia5094 9-1-2014 11:11 AM
tu la..sanggup membunuh tue??? ish..serem!!
Quote batmana 9-1-2014 11:14 AM
kt dunia puas atila, dpt bunuh..
kat akhirat nnti ..xkn lepas..
Quote kekbelacan 9-1-2014 11:21 AM
zeed posted on 9-1-2014 02:13 AM
memang ganas myanmar ni..bunuh, bakar.. dan negara bangga mengimport depa ni ke sini..

myanmar muka serupa 100% melayu .... Dtg sini meneruskan kareer membunoh membakar org... Di myanmar mangsa nya islam rohingya
Quote WawaRaRa 9-1-2014 11:27 AM
ini parking rm 1 tu ker??? mmg patut yg lain marah... org lain charge 4 or 5 or 6... dia charge singgit... tu psl semua lari situ... tp sbnrnya layak la rm1.. murah tp jauh dari pengangkutan awam... klu betul la parking yg aku speku ni...

Quote solstice 9-1-2014 11:29 AM
Warga asing ni bntu tmbah masalah jer
Quote karayukisan 9-1-2014 11:34 AM
bangsa2 ni bertebaran je kat area opis aku ni.. nak keluar lunch pun takut. dah la busuk.
Quote qronaldo7 9-1-2014 11:38 AM
dah la parking kat Malaysia. sibuk nak bakar2
Quote zeed 9-1-2014 02:49 PM
kekbelacan posted on 9-1-2014 11:21 AM
myanmar muka serupa 100% melayu .... Dtg sini meneruskan kareer membunoh membakar org... Di myanma ...

depa kena belajar dgn nora danish..mak pak myanmar merantau ke sini..pastu target orang kaya.. jadik social climber.. senang hidup..
Quote miawpink 9-1-2014 02:53 PM
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur

8 Januari 2014 ( 03.35 pagi) telah berlaku Kebakaran sebuah Kontena di Jalan Tiong Nam off Jalan Raja Laut.Setelah Kebakaran dipadamkan , Bomba menjumpai seorang mangsa rentung di dalam kontena tersebut dan seorang lagi berjaya keluar dengan melecur kulit dikenali sebagai warga Bangladesh.Balai yang terlibat ialah Balai Sentul dan turut hadir ialah Unit FIO dibantu unit K9 JBPM untuk menyiasat punca kebakaran.



























Quote blackred99 9-1-2014 02:56 PM
warga asing gaduh sesama mereka, bunuh2 sesama mereka aku tak kisah, yg penting jgn susahkan orang.. ni susahkan bomba kita jugak..
Quote asher 9-1-2014 03:04 PM
menyusahkan worang sajork dorang nie..dtg wat la cari rejeki bukan bg menambah masalah..
Quote genchi 9-1-2014 03:07 PM
wahhh steady la abam bomba bhgian penyiasatan tuh.. topi pusing blakang tuh..

yg handle anjing neh bkn orang islam ke atau ye.. tp comey anjin depa.. taktaw plak bomba ade anjin

ngan polis je ade unit k9.. bese pulis handle germain shepard neh india..
Quote lady_rara 9-1-2014 07:03 PM
Dendam sikit bakar, dendam sikit tembak.. Donia donia..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.081023 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top