CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Lemak Sambal Plaster Dalam Malaysia Airlines

20-1-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23551| Komen: 163

Nasi lemak pembalut luka

Gambar hiasan


SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.

“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.

“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan.

“Sehingga kini, saya masih menunggu jawapan daripada mereka (syarikat penerbangan) yang terus berdiam diri dalam hal ini,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media.

“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar permohonan maaf daripada mereka. Saya harap, tindakan sewajarnya juga dapat diambil agar kejadian sama tidak berulang.

“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu. Sedikit sebanyak, saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam segala aspek.

“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini.

“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya.

11

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 19-1-2014 11:57 AM
Plaster ade darah hiv!
Quote nour2001 19-1-2014 12:05 PM
Euwwww...jijklah weii....kasi tau nama airlines tu lah....
Quote Knights 19-1-2014 12:07 PM
airasia tu confirm setiap flight ada nasi lemak
mas tak pasti
Quote dauswq 19-1-2014 12:08 PM
malindo pun boleh, kan?...
Quote PEPPERMAN 19-1-2014 12:10 PM
likely penerbangan malaysia, sebab sekitar 10 pagi penerbangan airasia dari kuala lumpur telah pun mendarat
Quote wanawina 19-1-2014 12:27 PM
edee_91 posted on 19-1-2014 11:57 AM
Plaster ade darah hiv!

rilek2. hiv x tersebar melalui makanan.
Quote popjack 19-1-2014 12:29 PM
aku boleh bayangkan
Quote jetrofa 19-1-2014 12:35 PM
Dia tak snappy..snappy ka..bagi seluruh dunia tengok...
Quote MissNigga 19-1-2014 12:36 PM
kalo AA .. nasik lemak pak nasser...
Quote Leonarzi 19-1-2014 12:41 PM
Saman je syarikat penerbangan tu sbb menyebabkan trauma berpanjangan kpd tay 33 ni....
Quote BelovedTaeyeon 19-1-2014 12:44 PM
Salaam.

Air Asia lah sapa lagi.


Quote slavehunter 19-1-2014 12:47 PM
Aku agak Mas la..
Quote Vokuro 19-1-2014 12:51 PM
Akak syak mas? Sebab nasi lemak itu ada sambal sotong. Kalau nasi lemak Pak nasser sambal biasa sebab dia bagi lauk ayam rendang.
Quote Vokuro 19-1-2014 12:53 PM
jetrofa posted on 19-1-2014 12:35 PM
Dia tak snappy..snappy ka..bagi seluruh dunia tengok...

Dalam sinar harian ada gambar dan akak nampak sambal sotong.
Nasi lemak air Asia tiada sambal sotong kalau Pak nasser
Quote lompatikam 19-1-2014 12:59 PM
see...bila bab gini sampai sudah tak tau airline mana? plaster baru atau lama? ada darah ke takde?

cuba kalau ada adengan romen dlm kapal terbang...bunyi suara erangan bak kuda semput malahan kaki kiri berada di tingkap akan didetailkan
Quote MissNigga 19-1-2014 01:00 PM
nasik lemak pak nasser AA...



Nasik lemak MAS

...
Quote Acong 19-1-2014 01:01 PM
bukannya krew penerbangan yg masak..... ahso, sila terjun jgn pakai payung terjun
Quote sassy_girl82 19-1-2014 01:04 PM
aku klu naik flihgt jarang la beli makanan yg deols sediakan..mahal sgt...
makan siap2 sblm bertolak
Quote achik2009 19-1-2014 01:07 PM


Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054898 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top