CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Rempuh Lori Yang Ditahan Jpj Di Lorong Kecemasan!

27-1-2014 12:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10457| Komen: 38

TAPAH - Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer (KM) 315 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.
       
Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu turut mengakibatkan sebahagian badan mangsa, Kamarul Ariffin Abd Rahman, 43, melecur.
       
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang sendirian dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan untuk diperiksa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
       
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Gajah maut di tempat kejadian.
       
“Seorang anggota JPJ, D Jal Chandra, 22, turut cedera di mulut ketika memeriksa pemandu lori di belakang kenderaan tersebut.
       
Manakala, pemandu lori berusia 56 tahun yang berasal dari Kampung Baru Semeling, Bedong, Kedah tidak cedera,” katanya semalam.
       
Som Sak berkata, mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah bedah siasat dan jenazahnya dituntut ahli keluarga petang semalam. Anggota JPJ yang cedera turut dirawat di hospital sama.
       
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, R Balaratnam berkata, dua jentera dan tiga motosikal dengan kekuatan 14 anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran pada motosikal mangsa.
       
        Katanya, api berjaya dipadamkan dan operasi tamat pada jam 11.20 pagi.


Mangsa maut di tempat kejadian dengan sebahagian badannya melecur selepas motosikalnya merempuh lori dan terbakar.

10

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 25-1-2014 04:20 PM

Mangsa maut di tempat kejadian dengan sebahagian badannya melecur selepas motosikalnya merempuh lori dan terbakar.

Quote sup@rm@n 25-1-2014 04:24 PM
Kereta peronda tu sepatutnye duduk di belakang lori dan nyalakan lampu dan hazard light. Barule perasan skit kot

Byk moto terpaksa ikot lane kecemasan sbb kalo ikoy lane biasa selalu kene cocok angin dan himpit oleh kenderaan lain
Quote jofizo 25-1-2014 04:28 PM
mangsa bawak Duke... paling kurang mau 140/kmj..... kalau kt emergency lane mmg x sempat ngelak...
Quote gekkou 25-1-2014 04:38 PM
kesiannya...
Quote Crystars 25-1-2014 04:53 PM
...dulu ada kes yg serupa diorg wat roadblock dkt selekoh waktu mlm, kereta blkg lori yg kena tahan x sempat brek.....berdentum,,,,,pastu selamber je diorg blah tanpa rasa bersalah
Quote nurul_akmar 25-1-2014 05:00 PM
takziah...
Quote precious_chicas 25-1-2014 05:01 PM
sup@rm@n posted on 25-1-2014 04:24 PM
Kereta peronda tu sepatutnye duduk di belakang lori dan nyalakan lampu dan hazard light. Barule pera ...

rasanya sebab jpj ronda tu kejar then benti depan lori kan.
Quote Dewa19XKangen 25-1-2014 05:05 PM
bawa moto otak pikir bini no 3,mana nak cari,memang rempuh,otak ngan akal kena pandang ke hadapan..
Quote Dunhill. 25-1-2014 05:08 PM
sup@rm@n posted on 25-1-2014 04:24 PM
Kereta peronda tu sepatutnye duduk di belakang lori dan nyalakan lampu dan hazard light. Barule pera ...

Saya respek plus ronda punya sop...sanggyp bersabung nyawa...apa jpj tak blaja ke benda ni...nama je penguasa utk pengangkutan darat tp otak letak kat kepala lutut
Quote ninja boy 25-1-2014 05:17 PM
sepatutnya anggota jpj itu mati sekali
Quote lompatikam 25-1-2014 05:43 PM
Dewa19XKangen posted on 25-1-2014 05:05 PM
bawa moto otak pikir bini no 3,mana nak cari,memang rempuh,otak ngan akal kena pandang ke hadapan..

kadang2 taakulan penunggang nih boleh salah kira juga.

cth: time the ride 170KM/j. nampak kereta berhenti 100 meter kat depan belum tentu sempat break. walaupun nampak jarak tuh mcm boleh elak atau break tapi dgn kelajuan gini tak sampai beberapa saat tau2 dah depan hidung dah bumper kereta tuh. itu belum lagi kira ambik conner. bawak 170 layan conner kat karak. budget lepas tau2 overtake/under take...mmg boleh terbabas masuk lorong org.

motor besar nih pulak kalau bawak slow tak best langsung rasa mcm tak balance.

Quote ultra78 25-1-2014 05:47 PM
ooo..lorong kecemasan ni sebenarnya lorong moto ye?
Quote mrsamz 25-1-2014 05:52 PM
agak2 kalau rider tu bawak 110km/j ikut had laju, sempat nak elak tak??
Quote xtw 25-1-2014 07:43 PM
takziah..
al-fatihah utk mgsa
Quote mak_wa95 25-1-2014 07:57 PM
Dunhill. posted on 25-1-2014 05:08 PM
Saya respek plus ronda punya sop...sanggyp bersabung nyawa...apa jpj tak blaja ke benda ni...nama  ...

penguatkuasa ni lulusan apa...spm ke dip..
Quote mikasa 25-1-2014 08:08 PM
Dah la bawak laluan kecemasan...mungkin dia tgh sakit kepala.
Jadi tak bawak ngan laju. Kalau tak  mesti ambik lane tgah/kanan sampai semua kereta terpaksa bagi laluan
Quote tongkatwaran75 25-1-2014 08:28 PM
jofizo posted on 25-1-2014 04:28 PM
mangsa bawak Duke... paling kurang mau 140/kmj..... kalau kt emergency lane mmg x sempat ngelak...

mana ko tau dia bawak duke?

Quote solstice 25-1-2014 09:28 PM
Kdg2 jpj polis ni memang bngsat sikit cara depa buat kerja atas jalanraya
Dah lah kalu bawak keta jabatan bngsat bukan main
Ala2 vip gitu

Yg public pon satu hal
Ptg tadi kat jalan bulatan lurus yg berpusing 360°
Satu keta yg problem ni boleh berenti tepi jalan tgh2 yg org dok berpusing tu
Langsung x letak apa2 kon
Yg kecil pon x de
At least letak pelepah pohon ke apa ke
Bngsat sungguh
Bahaya kt diri dia & org lain

Kalau dia mampus sorang2 tak pa lah jugak
Keta puluh2 ribu bole beli
Tp kon keselamatan sebijik pon x bole beli
Memang babee perangai
Quote dragger 25-1-2014 09:41 PM
Crystars posted on 25-1-2014 04:53 PM
...dulu ada kes yg serupa diorg wat roadblock dkt selekoh waktu mlm, kereta blkg lori yg kena tahan  ...

mcm kes membe aku je

polis buat rodblok kat koner

membe tu tak sempat nak brek pasal tetiba je ada kereta kat depan.. terus perambat kereta kat depan..

pastu dgn selamba polis tu angkat kon tu terus blah.. tanpa rasa bersalah

ape ke bangang polis tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.108791 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top