CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Dalam Gaung Selepas Rawatan Dialisis

28-1-2014 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5734| Komen: 21

KEMAMAN - Seorang peneroka Felda, yang hilang kira-kira 17 jam selepas menjalani rawatan dialisis, ditemui selamat di dalam gaung sedalam tujuh meter di Kilometer 24 Jalan Mat Lagam-Cheneh di sini, hari ini.

Idris Ibrahim, 58, berada di dalam gaung itu selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu menjunam ke dalam gaung itu petang semalam.

Beliau yang cedera teruk di bahagian muka, ditemui pada 9.50 pagi tadi oleh pekerja ladang dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Anaknya Hafizah, 34, memberitahu pemberita di sini beliau membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya selepas keluar pada 2 petang semalam untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Kemaman, yang biasanya mengambil tempoh empat jam.

Setelah tidak pulang sehingga 9 malam, beliau mencari bapanya di hospital itu namun dimaklumkan bapanya telah selesai menjalani rawatan itu.

"Sehingga 12 malam, ayah masih belum pulang dan bimbang dengan keadaannya, saya meminta bapa saudara mencarinya di sekitar Kemaman sebelum mengesan lambang kereta Proton Wira di tepi jalan,” katanya.

Hafizah berkata, bapa saudaranya lantas mencari di sekitar kawasan itu dan mendapati penghadang jalan tercabut sebelum melihat kereta milik ayahnya di dalam gaung itu.

Mereka mencari di sekitar kawasan itu namun gagal mengesan mangsa lalu menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Muhamad Jusoh berkata, sebaik menerima panggilan pada 1.43 pagi, beliau mengarahkan 12 anggota membawa dua jentera ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa.



KEADAAN kereta Idris yang remuk selepas terbabas ke dalam gaung. 


IDRIS (kanan) ditemui seorang pekerja ladang dalam keadaan tidak bermaya di satu kawasan berbukit di Kilometer 24, Jalan Mat Lagam-Cheneh, Kemaman semalam.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 28-1-2014 02:51 AM

KEADAAN kereta Idris yang remuk selepas terbabas ke dalam gaung. - KOSMO!



IDRIS (kanan) ditemui seorang pekerja ladang dalam keadaan tidak bermaya di satu kawasan berbukit di Kilometer 24, Jalan Mat Lagam-Cheneh, Kemaman semalam.


Quote nurul_akmar 28-1-2014 06:56 AM
alhamdulillah masih selamat
Quote FlowerGirl 28-1-2014 06:59 AM
Kesiannya tgk pakcik tu. X de ke anak nk tlg antar wat dialisis?mesti letih dan penat tu lps buat dialisis. Kesian ..sib baik selamat
Quote miss_baby 28-1-2014 07:23 AM
kesiannya dia
Quote cheeky_meal 28-1-2014 08:45 AM
Alhamdulillah selamat..apa la nasib kita tua2 nanti kang..sekarang pun mak ayah kt kg kita sibuk je keje..nant2 anak2 buat kita cm2 pulak..waaaaaaaaaa..rindu mak ayah pulak..huhu..
Quote sapp73 28-1-2014 08:49 AM
simpati sungguh kat pakcik tu...rawatan tu memang agak meletihkan, lepas tu nak memandu pula. Alhamdulillah selamat.
Quote tongkatwaran75 28-1-2014 10:20 AM
cheeky_meal posted on 28-1-2014 08:45 AM
Alhamdulillah selamat..apa la nasib kita tua2 nanti kang..sekarang pun mak ayah kt kg kita sibuk je  ...



berdoa la berbyk dpt anak2 yg soleh dan solehah...
Quote munchkin 28-1-2014 10:34 AM
astaga. mujur pakcik selamat. moga segera sembuh pakcik
Quote niceghost2005 28-1-2014 10:39 AM
FlowerGirl posted on 28-1-2014 06:59 AM
Kesiannya tgk pakcik tu. X de ke anak nk tlg antar wat dialisis?mesti letih dan penat tu lps buat di ...

Seminggu.............3 x buat dialisis
Setiap sesi...............3-4 jam
Kalau ghamai n ikut giliran.............lagi lama.

Kalau ghamai anak anak, bley laa buat giliran meneman bapa depa.
Kalau anak anak dok jauh jauh...............camana eh?

Bapa kena laa dok dgn anak anak

Mcm TT cakap laaa.................mcm mcm soklan bley di kemukakan.
Quote funz_universe 28-1-2014 11:12 AM
Ayah saya pun buat dialisis di hospital serting. Selalu pergi sendiri dan drive sendiri. memang lepas dialisis ni kadang2 penat dan pening sikit lepas dialisis.

Bukan anak-anak tak mahu hantar tapi dah masing-masing duduk & kerja di kl/selangor. Adalah seorang kerja kat seremban tapi dah kerja gomen, bukan senang nak lari2 ambil dan hantar 3 kali seminggu. nak ulang alik seremban-palong. karang orang kata curi tulang pulak kan. kalau kena waktu cuti, memang anytime anak/menantu hantarkan.

tapi ayah saya bawa kereta abang saya yang jenis auto bila abang saya pergi kerja di pelantar. senang sikit nak drive berbanding naik kereta lama dia. sekurang-kurangnya dah kurang beban nak drive. duit minyak pun memang kami bagi tiap bulan. kalau dia balik dari pelantar, memang abang saya hantar tiap kali ada dialisis.

sebelum ni ingat nak buat rawatan di swasta je. dah siap buat tapak di tangan. tapi ada masalah. tapak tu tak boleh berfungsi. sampai kena tolak ke hospital kl. ni pun masih lagi buat rawatan dengan tapak di leher. next month nak bedah lagi untuk tukar tapak di dada pula. kalau dapat buat dialisis di swasta, ada orang datang ambil dan hantar balik. sedia duit je. kami tak ada masalah nak sediakan duit. masalahnya, swasta pun dah tak mahu terima patient macam ayah saya. habis, macam mana? nak hire orang bawakan ayah saya, ayah saya pun tak mahu. orang2 kat palong pun dah ramai yang tua2. nak harapkan yang muda, siapa nak? dia orang pun kerja. ayah saya lebih rela drive sendiri. tu pun kadang2 gigih dia nak bawa kereta lama dengan alasan kereta dah lama tak jalan.

bukan tak mahu bertanggungjawab pada bapak sendiri. tapi ada benda di luar kawalan kami. tapi kami cuba bagi the best pada ayah kami untuk kesenangan dan keselesaan dia :-)
Quote honeybee1802 28-1-2014 11:33 AM
funz_universe posted on 28-1-2014 11:12 AM
Ayah saya pun buat dialisis di hospital serting. Selalu pergi sendiri dan drive sendiri. memang lepa ...

Itu le dilema anak dok jauh ni kan...sy pun dok risau mak sy kat kg sejuk2 ni...kencing manis ada lelah ada...masalahnya sy pun tgh tak sihat jugak...ada adik dok skali pun bkn kisah...
Quote weeween 30-1-2014 03:58 PM
Alhamdulillah.... kesian pakcik. mesti anak-anak risau sbb sy satu family pn pernah risau sbb abah lambat balik. hpplk dia pi tinggal kt rumah. sy siap p sampai bahagian kecemasan hospital besar. tanya nurse kt situ kot2 ada nama abah sy... nk jd cerita, otw blk, ternampak la abah kat kedai moto. motor dia rosak rupa nya. adoi.... habis kecoh. nasib x report polis ja lagi. heheheh
Quote xtahumenahu 30-1-2014 04:18 PM
Moga xder kecederaan serious...
Quote cunnye 30-1-2014 04:26 PM
kesian pakcik ni.. kadang2 bukan anak x mo jaga.. tp anak2 keje ke... outstation ke.. aku surirumah pun smpt jaga mak aku sakit antar g buat treatment kat hosp gomen... tradisional bagai.. x leh nk bkira ngan adik beradik lain yg bkerja ngan orang... jgn buruk sangka ngan anak2 yg bkerja, sbb diorang ade tanggungan masing2,.. ayah aku kalo sakit pun die x mau anak hantar.. die suka g sndr .. pehtu kang die nk melencong g mancing ke.. g ngeteh ke.. kadang2 anak2 dalam dilema.. x keje cemana nk tanggung kuarga.. hulur duit kat mak ayah...

juzmy2sen
Quote _nursha_ 30-1-2014 04:33 PM
kesian tgk keadaan pakcik ni...nasib baik selamat..
Quote gujiwa 30-1-2014 04:42 PM
Teringat nenek aku.. die check kat hspital melaka.. siap dah buat tapak da utk buat dialisis.. tapi tapak dia tak leh pakai... nenek aku cakap sakit sngat buat tapak tuh mcm cucuk hidup2x..
lepas tuh pegi hkl.. utk buat tapak baru.. smpai hkl jumpe doc pakar.. doc pakar buah pinggang nenek aku elok je lagi. Doc melaka memandai suruh buat dialisis.. mengamuk pakcik2x aku.. yela buah pinggang oke di katenya tak oke..nasib tapak buat kat melaka tak leh pakai.. kalau bole pakai tak ke naya..
Quote MelahJanda 30-1-2014 04:52 PM
mungkin boleh upah je teksi
Quote naina 30-1-2014 04:55 PM
Rawatan ni 3x seminggukan? lama plak tu.ksian kt anak2 jugakla yg nk htr n ambik klu yg bkrja.
org kg aku ada buat rwtn ni tp ada van tlg htr n ambik..xtaw sma ada pihak hspital atau pusat lain yg uruskan.
so xrisau sgtlah..
Quote Czaziq 30-1-2014 04:55 PM
dia mungkin special ops dan diekori...hehe

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044920 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top