CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Khinzir Kena Rempuh, 3 Maut , 6 Cedera!

4-2-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10436| Komen: 77

SETIU - Gara-gara merempuh seekor babi hutan, sebuah kereta terbabas dan bertembung dengan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan tiga maut dalam kemalangan di Kilometer 48 Kampung Bari, Sungai Tong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, kejadian pukul 7.30 pagi tadi itu menyebabkan dua lagi mangsa daripada kenderaan berasingan mengalami cedera parah manakala empat lagi mangsa mengalami cedera ringan.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta Proton Wira yang dipandu Wan Nor Azeen Wan Ghazali, 24, bersama dua lagi anggota keluarganya dari Tumpat, Kelantan, merempuh seekor babi hutan yang melintas sebelum terbabas ke kanan jalan.

"Ekoran kejadian itu, kereta yang dipandu pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Baharu itu kemudiannya bertembung dengan dua buah lagi kenderaan dari arah bertentangan.

"Mangsa dan ibunya Rokiah Ab Rahim, 69, maut di tempat kejadian manakala adik perempuannya Wan Nor Sofiana Wan Ghazali, 15, mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ab Rahman berkata, rempuhan itu juga menyebabkan seorang penumpang dalam kenderaan jenis MPV Toyota Innova iaitu Mohd Farham Mohd Fisol, 16, pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.

Pemandu kenderaan Toyota Innova, Mohd Fauzi Ibrahim, 46, mengalami kecederaan parah manakala tiga lagi pelajar yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu mengalami cedera ringan.

Sebuah lagi kenderaan Perodua Kelisa yang turut terlibat, dipandu Mohd Fazizi Usop bagaimanapun bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang meninggal turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. - Bernama


SALAH sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di Kampung Bari, Setiu hari ini. 









dah jwb di post 7...
harap maklum...


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 3-2-2014 07:41 PM

SALAH sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di Kampung Bari, Setiu hari ini. - KOSMO





Last edited by tongkatwaran75 on 3-2-2014 08:18 PM

Quote tongkatwaran75 3-2-2014 07:42 PM
jangan tanya aku psl babi tuh?
Quote MissNigga 3-2-2014 07:44 PM
mak aihhhhhhhhhhhh...remuk habis depan kete....

mmg babi betul ler babi nie
Quote mialunar 3-2-2014 08:12 PM
Tadi iols bacer brita nieh .... teruk jugakkan ... tapi iols teringat kawan kater kat negeri tu memang bnyk bubley ni.... cross jalan

       Macam mane pun takziah kepada mangsa terlibat .... Al- fatihah
Quote emelia1509 3-2-2014 08:15 PM
teruk nye keta tu..salam takziah
Quote tongkatwaran75 3-2-2014 08:17 PM
Quote pakwetizzaqyah 3-2-2014 08:30 PM
tongkatwaran75 posted on 3-2-2014 07:42 PM
jangan tanya aku psl babi tuh?

babi tu amacam bro? concern la plak
Quote FadzilahMamat. 3-2-2014 08:33 PM
Kerana seekor babi..
Quote jengkoil 3-2-2014 08:37 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-2-2014 08:30 PM
babi tu amacam bro? concern la plak

Huhuhuhu...aku rasa ramai yg nk tau keadaan babi tersebut...adakah beliau selamat atau mengalami kecederaan ringan shj...lantas dirawat sbg pesakit luar
Quote mak_wa95 3-2-2014 08:37 PM
Banyak sangat dah kemalangan berkaitan dengan babi ni...
Quote jazaa 3-2-2014 08:42 PM
Babi ni bukan mcm lembu......bodoh-bodoh lembu tak melintas jln membabi buta je.....babi ni terus je melompat, memang org akan terkejut......
Quote pakwetizzaqyah 3-2-2014 08:44 PM
jengkoil posted on 3-2-2014 08:37 PM
Huhuhuhu...aku rasa ramai yg nk tau keadaan babi tersebut...adakah beliau selamat atau mengalami k ...

pesakit luar??? lol
Quote tongkatwaran75 3-2-2014 08:45 PM
jazaa posted on 3-2-2014 08:42 PM
Babi ni bukan mcm lembu......bodoh-bodoh lembu tak melintas jln membabi buta je.....babi ni terus je ...

babi nie kira pandai gak...
ada satu bangsa tu , rasa nak tampar klu lintas jalan...
dia pikir jln tu bapak dia punye bila nak lintas...

Quote tongkatwaran75 3-2-2014 08:46 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-2-2014 08:30 PM
babi tu amacam bro? concern la plak


dah jwb di post 7...
harap maklum...

Quote jazaa 3-2-2014 08:47 PM
tongkatwaran75 posted on 3-2-2014 08:45 PM
babi nie kira pandai gak...
ada satu bangsa tu , rasa nak tampar klu lintas jalan...
dia pikir j ...

bangsa apa tu Tong?......
Pilak ke?........
Quote lavajeans 3-2-2014 08:49 PM
tongkatwaran75 posted on 3-2-2014 08:46 PM
dah jwb di post 7...
harap maklum...

Kesian si k
Quote otai_g 3-2-2014 09:13 PM
knp la babi ni x lintas time lori simen lalu.

kalo lori simen lalu selamba badak je babi ni terus bleh buat bbq...
Quote prettyuglybabe 3-2-2014 09:45 PM
kasihan semua yang terlibat (termasuk sang babee).. takziah kepada mereka..
Quote wawantow 3-2-2014 09:46 PM
babi betul lah

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.078731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top