CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

77 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh Di Teluk Kumbar

6-2-2014 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5372| Komen: 7

Gambar hiasan


Georgetown, 5 Feb - Polis menahan 77 warga asing di tapak projek
sebuah hotel di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini bagi membantu siasatan insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga Indonesia termasuk seorang wanita, 34 Bangladesh dan 15 Myanmar berusia antara 20-an dan 30-an.

"Kesemua warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana mereka berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang bekerja di tapak pembinaan hotel itu, turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Lai berkata dalam kejadian 7.20 petang itu, tiga lelaki terbabit
cedera di kepala, tangan dan badan akibat bergaduh sesama sendiri menggunakan kayu dan besi.

Mereka dirawat di Hospital Pulau Pinang. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 05:00 PM
ini pasal rohingnya la ni
Quote orsay1 5-2-2014 05:01 PM
wanita pun terlibat? ish ish ish
Quote BotakChinPeng 5-2-2014 05:06 PM
melayu rilek jer.  tak tepuk tangan
Quote fire_place 5-2-2014 05:10 PM
Kat penang indon dan bangla gaduh.
Kat tempat aku indon perempuan asik berasmara dana
Dgn bangla..gaknya tercabar x indon.
Siap berdancing bollywood depan khalayak tanpa rasa malu.
Quote annehuda 5-2-2014 05:14 PM
hari tu aku balik penang dr kg duduk makan sorg2 kt terminal tu. sekali tu dtg la 1 kumpulan pendatang tanpa izin ni, 2 pompuan indon 3 lelaki bangla. dgn selamba badaknye duduk kt meja aku. kurang ajar betul takde adab hape ke??? cepat2 aku blah. baidewei aman2 jah aku tgk pompuan indon ngan lelaki bangla tu makan semeja.
Quote BotakChinPeng 5-2-2014 05:20 PM
apahal myanmar pun kena tangkap gak  
mereka sokong pihak mana
Quote garyura 7-2-2014 10:57 AM
BotakChinPeng: apahal myanmar pun kena tangkap gak  mereka sokong pihak mana


boleh jd puak2 myanmar ni jadi duta pengaman PBB

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047533 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top