LONDON - Angin taufan dari Atlantik telah menyebabkan puluhan ribu orang di Britain terputus bekalan elektrik hari ini dan mengakibatkan seorang lelaki mati. Khabar buruk itu terjadi selepas negara itu baru sahaja mahu pulih daripada bencana banjir paling teruk dalam tempoh 250 tahun. Kira-kira 80,000 keluarga, berbanding angka kira-kira 150,000 yang dilaporkan sebelum ini, tinggal tanpa bekalan elektrik dan Wales adalah antara yang paling teruk terjejas oleh ribut itu. Kerja-kerja baik pulih kini sedang giat dilakukan. Seorang lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengalihkan sebatang pokok yang tumbang lalu memutuskan bekalan kuasa elektrik di Wiltshire, barat daya England. Angin kuat yang mencapai kelajuan sehingga 100 batu sejam telah merosakkan sebahagian kawasan di England dan Wales manakala paras air Sungai Thames juga diramalkan meningkat naik kepada paras lebih tinggi sejak 60 tahun sehingga boleh mengancam kawasan bandar dan kampung di barat London. Mejar Jeneral Patrick Sanders yang bertindak sebagai penyelaras bantuan angkatan tentera telah mengerahkan ratusan anggota tentera untuk bersiap sedia bagi menghadapi situasi yang dipanggil ‘krisis semula jadi yang tidak tertanding'. Keadaan itu juga telah menyebabkan sistem komuter yang membawa ratusan penumpang terkandas setelah tergelincir dari landasan di Yorkshire, utara England.
|
6
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
2
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura posted on 14-2-2014 06:06 AM
..yang kena bencana tu ummah pelda pprt british yang kat kampong2, depa takde kena mengena dgn s ...
tongkatwaran75 posted on 14-2-2014 06:57 AM
rakyat pprtnya kena...
pemimpin pun turut kena...
indirect dulu...
ADVERTISEMENT