Sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di rumah kongsi di Kuala Lipis, Pahang dikatakan ke bandar ini untuk bekerja pada jam 9 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa sebelum itu memaklumkan kepada rakannya berusia 35 tahun yang tinggal di rumah kongsi terbabit dia mahu ke Kota Bharu menaiki bas. Katanya, mangsa yang tiba di stesen bas itu dikatakan ditarik masuk empat lelaki ke dalam sebuah kenderaan. Mangsa menghubungi rakannya memberitahu dia ke Kota Bharu untuk bekerja. Selepas bercakap dengan mangsa, rakannya turut bercakap dengan seorang lelaki yang memberitahu dia menahan mangsa. “Lelaki terbabit meminta wang RM100,000 itu dimasukkan ke akaun sebuah bank,” katanya.
|
namirulmukminin posted on 28-2-2014 11:46 AM
Ini penculik baru nak bertatih ni....
ADVERTISEMENT