CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Obesiti Mengamuk !

10-3-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11288| Komen: 81

Pasir Gudang: “Saya Pernah Memasak Sup Untuk Suami Dalam Usaha Membantunya Menurunkan Berat Badan, Tetapi Dia Mengamuk Kerana Mahu Menjamah Nasi.
“Kini berat badan suami mencecah 180 kilogram dan  menimbulkan kesulitan kepadanya terutama ketika mahu turun atau naik ke rumah yang terletak di tingkat empat,” kata Sharifah Hamzah, 42, ketika ditemui di sini, semalam.

Suaminya, Mohd Nasir Kaya Kutty, 46, berdepan masalah obesiti sejak lima tahun lalu dan perlu mengambil masa sehingga sejam untuk turun atau naik ke rumah mereka di Blok 39, Projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, di sini, akibat masalah terbabit.

“Masalah obesiti  dialami  suami bertambah buruk sejak awal tahun lalu menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji di pasar raya Econsave Taman Scientex sejak April 2013.

“Suami juga pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selama hampir seminggu pada April tahun lalu kerana sesak nafas,” katanya ketika ditemui menerima kunjungan Pengurus Operasi Econsave Johor Mas Imran Adam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Cendana 4 Shamsul Bahrin Ibrahim di rumahnya, semalam.

Hasil perkahwinan pasangan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Amirul Shafie Mohd Nasir, 20.

Menurut Sharifah yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran mamak di Taman Cendana, akibat masalah berat badan, Mohd Nasir kerap sakit sendi menyebabkan pergerakannya terhad.

Dia yang turut mengambil upah menggosok baju jiran bagi menambah pendapatan keluarga berkata, dia perlu mengambil cuti setiap kali suaminya mahu mendapatkan rawatan di HSA kerana bimbang lelaki berkenaan terjatuh.

“Suami bergerak menggunakan tongkat. Dia juga mengalami kesulitan apabila mahu mendapatkan khidmat pengangkutan awam untuk ke HSA.

“Ada kalanya suami tidak dibenarkan untuk menaiki bas kerana pergerakannya yang lambat. Saya pernah menahan teksi, tetapi pemandu berkenaan memberi alasan baru membaiki kenderaannya yang rosak.''

Dia seolah-olah tidak mahu mengambil risiko dengan membawa suami.

“Hanya beberapa pemandu teksi yang kami kenali sanggup membawa kami.

Tambang teksi untuk pergi balik dari HSA ke rumah kami juga mencecah RM60 bagi setiap perjalanan,” katanya. Sharifah berkata, dia gembira kerana majikan suaminya masih membenarkannya bercuti sehingga keadaannya bertambah baik.

“Dia adalah suami yang baik kerana sebelum ini rajin bekerja.

Kini, keluarga hanya bergantung kepada pendapatan harian saya sebanyak RM50 sehari.

“Ia digunakan bagi menampung kos membeli barangan dapur selain membayar bil utiliti,” katanya. Sementara itu, Shamsul Bahrin berkata, pihaknya akan menguruskan permohonan Mohd Nasir untuk berpindah ke tingkat bawah.

“Kami mahu meringankan beban keluarga Mohd Nasir dan akan berusaha mencari kediaman sesuai. Kami juga akan berusaha mengumpul RM2,000 bagi membayar tunggakan sewa rumah Mohd Nasir kerana jika tidak dijelaskan, dia sekeluarga tidak boleh berpindah,” katanya.

SHARIFAH menjaga suaminya di rumah mereka di Taman Cendana.

3

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 8-3-2014 09:38 AM

SHARIFAH menjaga suaminya di rumah mereka di Taman Cendana.
Quote noor2 8-3-2014 09:41 AM
ambik dari bod lawak







Quote enchikfitz 8-3-2014 10:01 AM
Gemuk menyusahkan anak bini
Quote rospinki 8-3-2014 10:04 AM
Aku baca nama laki dia pun dh gelak..mesti kuat melahap punya org..gebok2 lelemak dia bergayutan
Quote jojo67 8-3-2014 10:04 AM
noor2 posted on 8-3-2014 09:41 AM
ambik dari bod lawak

dari sedih dok teringat pasai kapal terbang mas tu teruih akak tergelak besaq.....
Quote Acong 8-3-2014 10:07 AM
tongkatwaran75 posted on 8-3-2014 09:38 AM
SHARIFAH menjaga suaminya di rumah mereka di Taman Cendana.

sedara mara che det kaa?
Quote uda 8-3-2014 10:07 AM
Agaknya ni lah akibatnya isteri dia masak sedap sedap, kan isteri dia tukang masak. Turun naik tangga pun takleh burn kalories.
Quote noor2 8-3-2014 10:10 AM
jojo67 posted on 8-3-2014 10:04 AM
dari sedih dok teringat pasai kapal terbang mas tu teruih akak tergelak besaq.....

itula.....tp memang lawak kenyataan isteri beliau...
Quote Acong 8-3-2014 10:14 AM
noor2 posted on 8-3-2014 10:10 AM
itula.....tp memang lawak kenyataan isteri beliau...

noor, nak cucur dinosour
Quote noor2 8-3-2014 10:15 AM
Acong posted on 8-3-2014 10:14 AM
noor, nak cucur dinosour

nak T-REX ka? pi cari dinosour dulu...baru boleh masak..cari dino pun tak pa..
Quote Acong 8-3-2014 10:16 AM
noor2 posted on 8-3-2014 10:15 AM
nak T-REX ka? pi cari dinosour dulu...baru boleh masak..cari dino pun tak pa..

tangkap @dino   buat cucur dinosour
Quote noor2 8-3-2014 10:17 AM
Acong posted on 8-3-2014 10:16 AM
tangkap @dino   buat cucur dinosour

.................okay
Quote Acong 8-3-2014 10:24 AM
noor2 posted on 8-3-2014 10:17 AM
.................okay

masak pe mlm nie?
Quote NAT_11 8-3-2014 10:32 AM
Buat apa masak sop, bagi dia makan apple je sudah.
Sebulan je, mesti turun berat 50 kilo...............
Quote noor2 8-3-2014 10:35 AM
Acong posted on 8-3-2014 10:24 AM
masak pe mlm nie?

cucur dinosour la..
Quote lordvoldemort 8-3-2014 10:44 AM
bini pon lebih kurang ja size
Quote onnabila 8-3-2014 10:47 AM
Pelik juga ada orang macam ni. Dah pernah masuk ICU pun masih tak nak kawal selera makan.
Quote Namirul_returns 8-3-2014 10:47 AM
Suaminya, Mohd Nasir Kaya Kutty, 46, berdepan masalah obesiti sejak lima tahun lalu dan perlu mengambil masa sehingga sejam untuk turun atau naik ke rumah mereka di Blok 39, Projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, di sini, akibat masalah terbabit.
Laaaaa.... spisis Paderi Maideen ropenye.... patut la meroyan bila orang nak tolong.... Bini nak tolong jaga kesihatan, dia pulak meroyan... elok la tu...
Quote faraway1 8-3-2014 10:58 AM
hanya sebab menjadi gemuk kerana pilihan diri sendiri,
sampai kena dibantu makan minum bayar kan sewa..
tak da orang lebih layak dibantu ke..

sila diet....

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.264189 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top