Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa E Soloman Aaron yang cedera di kepala dikejarkan ke Klinik 1Malaysia berhampiran rumahnya untuk rawatan awal oleh ibu bapanya. Mangsa diperiksa oleh kakitangan perubatan bertugas dan diberi bantuan oksigen sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan akibat kecederaan parah dialaminya dan disahkan meninggal dunia jam 5.45 petang. Bapa mangsa G Egenase berkata, ketika kejadian isterinya berada di dapur untuk membuat susu anak bongsu sebelum dia dikejutkan dengan bunyi bising dari arah ruang tamu rumah. Katanya, isterinya terus memeriksa apa berlaku dan terkejut mendapati rak televisyen menghempap anaknya manakala sebuah televisyen berada di sisi.
|
ADVERTISEMENT