CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mh370: Pakar Matematik Sedia Tawar Bantuan

27-3-2014 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9484| Komen: 42

Description: Namun Sehingga Kini, Masih Tiada Sesiapa Yang Tampil Untuk Meminta Bantuan Kepakaran Matematik Dari Metron, Dalam Mencari Pesawat Boeing 777-200 Yang Sehingga Kini Masih Gagal Ditemui.



KUALA LUMPUR: Firma perunding yang menggunakan ukuran matematik dalam mencari bangkai pesawat Air France yang jatuh di lautan Atlantik pada 2009 sedia menggunakan kepakaran mereka dalam kes pesawat MH370 Penerbangan Malaysia.

Namun sehingga kini, masih tiada sesiapa yang tampil untuk meminta bantuan kepakaran matematik dari Metron, dalam mencari pesawat Boeing 777-200 yang sehingga kini masih gagal ditemui.

Walaupun begitu, ini tidaklah mengahalang bagi pakar-pakar matematik ini dari meneruskan kaji selidik mereka menggunakan data-data yang sedia anda dalam mencari pesawat tersebut.

Menurut Ketua Divisyen Aplikasi Matematik Lanjutan, Van Gurley, mereka kini sedang sedaya upaya menggunakan data-data yang sedia ada dalam membuat penilaian bebas terhadap lokasi pesawat tersebut.

“Apabila penilaian tersebut mencatatkan perkembangan positif, kami akan ‘berkongsi’ dengan pihak-pihak yang berminat dalam meniliti penilaian itu,” kata Gurley di pejabat Metron di Virginia, Washington.

Dalam nahas Pesawat 447 Air France yang menyebabkan 228 penumpang pesawat tersebut maut, sasaran para penyiasat ketika itu ialah untuk mengesan letaknya kotak hitam pesawat tersebut yang ketika itu telah berada dalam dasar laut.

Agensi penyiasat kemalangan udara Perancis (BEA) telah meminta bantuan kepakaran dari firma, Metron untuk membuat penilaian lokasi letaknya kotak hitam pesawat tersebut dan usaha tersebut berjaya apabila dron selaman bawah laut berjaya menemui kotak hitam tersebut pada Mei 2011.

Dalam nahas tersebut, serpihan bangkai pesawat itu dijumpai terapung kira-kira seminggu selepas nahas tersebut berlaku dan kawasan pencarian diperluaskan kepada lebih 130 kilometer.

Berbeza pula dengan kes misteri kehilangan pesawat MH370 di mana pihak berkuasa Malaysia telah  mengatakan bahawa terdapat kira-kira 122 objek yang ditemui dalam data dari satelit dan dianggap punya “potensi” sebagai kunci kepada penemuan pesawat tersebut.

Namun dengan keluasan kawasan Lautan Hindi itu, tiada satu pengesahan pun dapat dilakukan dalam mengaitkan objek-objek tersebut dengan pesawat malang itu.

“Semua berkehendakkan jawapan dimana lokasi pesawat itu. Namun, kami juga tiada jawapan yang pasti lokasi pesawat itu kerana tiada data kukuh berkenaan objek-objek itu,”.

Ditanya apakah kebarangkalian dalam menemui pesawat tersebut dan juga punca pesawat tersebut hilang, Gurley mengatakan bahawa secara teknikalnya ianya agak sukar namun bergantung kepada misi mencari yang dilakukan itu.

“Teknologi yang ada mampu membawa pencarian hingga ke dasar laut di dunia ini namun ianya agak mencabar dan namun hanya keupayaan dan masa boleh akan menentukkan,”.

4

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MengkuduMasam 27-3-2014 03:16 PM
mintak bantuan mcm nih la yg kita mahu... bukan pakai raja bomoh yg memalukan...
Quote -electrifying- 27-3-2014 03:31 PM
MengkuduMasam posted on 27-3-2014 03:16 PM
mintak bantuan mcm nih la yg kita mahu... bukan pakai raja bomoh yg memalukan...

betul tu
Quote the_killer 27-3-2014 03:34 PM
-electrifying- posted on 27-3-2014 03:31 PM
betul tu

mungkin bomoh guna teropng tu sebab kaedah matematik..hehehe
Quote saladin780 27-3-2014 03:45 PM
wake up call utk malaysia..nampak sgt kita ni bergantung kepada pakar teknologi luar..apa nak buat malaysia ni penuh dengan lambakan artis gred C je..rancangan hiburan lawak bangang pulak x putus2 keluar kat tv.. Last edited by saladin780 on 27-3-2014 03:46 PM

Quote sekngucing 27-3-2014 03:48 PM
guna math cari pesawat?
baik sembah berhala terus
Quote DeMax 27-3-2014 03:55 PM
MengkuduMasam posted on 27-3-2014 03:16 PM
mintak bantuan mcm nih la yg kita mahu... bukan pakai raja bomoh yg memalukan...

Bomoh tu kan teknologi Hadhari agama anutan macai PKR
Quote totokreturn 27-3-2014 03:58 PM
bantuan mencari takder masalah.. hantar quotation.. berapa kosnyerclaim nanti...
Quote fnoor_hh 27-3-2014 03:59 PM
sekngucing posted on 27-3-2014 03:48 PM
guna math cari pesawat?
baik sembah berhala terus

Do you  know that, mathematics is the key to all sciences?

So, what is wrong using maths to help in this search?
Maths is not 1+1=2 only!!
Quote ellZack 27-3-2014 04:04 PM
macam cerita numbers..
settle case guna math...
Quote sekngucing 27-3-2014 04:06 PM
fnoor_hh posted on 27-3-2014 03:59 PM
Do you  know that, mathematics is the key to all sciences?

So, what is wrong using maths to hel ...

do you believe in all that crap?
if you are a muslim, you must believe in allah
not some khurafat math shit things

Quote alinone78 27-3-2014 04:08 PM
agak2 berapa bayaran nak kena sediakan?
Quote fnoor_hh 27-3-2014 04:33 PM
sekngucing posted on 27-3-2014 04:06 PM
do you believe in all that crap?
if you are a muslim, you must believe in allah
not some khurafa ...

I do believe in Allah..

But, as a muslim, kita juga perlu berusaha, so, mgkn ini salah satu usaha yang mampu kita lakukan.

Apa hal pula nak kaitkan maths dgn khurafat?

In maths, we can model/ approximate things, so dlm article ni pun dia cakap dia cuba guna kaedah maths, utk locate the black box for Air France dulu.

So, if, we have the data, may be the mathematician can analyse, do the maths and try to locate the location, and then it is easier to SAR team to go and try to search it that suspected area.
Quote atira 27-3-2014 04:35 PM
sekngucing posted on 27-3-2014 04:06 PM
do you believe in all that crap?
if you are a muslim, you must believe in allah
not some khurafa ...

dgn math .. boleh tau otak ko mereng ke tak....
the power of mathematics
Quote siti_kus 27-3-2014 04:37 PM
alinone78 posted on 27-3-2014 08:08 AM
agak2 berapa bayaran nak kena sediakan?

Foc kot. Bersangka baik. Huhu
Quote the_killer 27-3-2014 04:37 PM
fnoor_hh posted on 27-3-2014 04:33 PM
I do believe in Allah..

But, as a muslim, kita juga perlu berusaha, so, mgkn ini salah satu usa ...

matematik ni ilmu Allah juga....tak kisahla apa sahaja usaha...yang tentukan Allah...kita berdoa...kita berusaha....

janji usaha yang dilakukan tidak menyimpang dari ajaran islam
Quote honeybee1802 27-3-2014 04:42 PM
Si adi putra takleh tolong solvekan ker?
Quote cikglemer 27-3-2014 04:52 PM
MengkuduMasam posted on 27-3-2014 03:16 PM
mintak bantuan mcm nih la yg kita mahu... bukan pakai raja bomoh yg memalukan...

Siapalah yang bawa masuk raja bomoh hari tu yer..padahal bukan mudah nak masuk situ tambahan pula nak buat benda ngarut2...bila dah kantoi x ada yg mengaku semua mendiamkan diri...

Quote puterikhaleeda 27-3-2014 04:55 PM
sekngucing posted on 27-3-2014 04:06 PM
do you believe in all that crap?
if you are a muslim, you must believe in allah
not some khurafa ...

lerrr first time aku dgr gune metematik tu khurafat .... ni nama nya usaha laaa mat.......  lebih baik usaha gune math dari usaha gune bomoh...

Quote hanakikan 27-3-2014 04:57 PM
Buktikan 1+1=3

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.244945 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top