CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pas Kritik Ritual 'Seru Mayat' Raja Bomoh

27-3-2014 05:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3727| Komen: 9

Description: Pemuda Pas Perak Kecewa Terhadap Aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin Yang Menurut Mereka Masih Berleluasa Dengan Perbuatan “Khurafat Dan Syirik”, Terbaru Di Negeri Itu.
PAS kritik ritual 'seru mayat' Raja Bomoh


Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.


Justeru Raja Ahmad (kanan) mempersoalkan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam mencegah dan menghalang amalan itu.

“Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut.

“Jika Ibrahim tidak diambil tindakan, ia seolah-oleh Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!” katanya.

Ibrahim sebelum ini mencuri perhatian ekoran gaya tersendirinya bagi merungkai kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Aktiviti itu mengundang kecaman meluas pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti. Beliau juga menjadi bahan lawak jenaka di Internet.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad berkata, Ibrahim yang didakwanya mempunyai ramai kenalan daripada "pembesar negeri" tidak harus terlepas.

Azan di pinggir laut

Sementara itu, sebuah saluran di laman perkongsian video Youtube dikesan memuat naik aktiviti yang dirujuk itu, kononnya untuk 'menyeru mayat' MH370 di Pulau Sembilan, Perak.


Ditonton lebih 75,000 kali, video itu antaranya memaparkan Ibrahim dan empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya meneropong.

Sedutan videoSuara.TV itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.

Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir laut.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=793660&extra=&page=29


Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote devilito2 7-4-2014 09:56 AM
kenapa x tangkap? boleh memesong akidah umat islam
Quote bedahmulutpuaka 1-4-2014 10:24 AM
kenapa jabatan agama islam takut nak tangkap pakcik ni?

sesuatu sangat..
Quote BlackRed 31-3-2014 12:31 PM
JAKIM pejam mata!
Quote BellExOra 31-3-2014 11:19 AM
hurm ape ke bodo sgt bomoh biol ni
Quote kivio 31-3-2014 12:18 AM
Entah.
Nak kata kerajaan Malaysia tak tau, Jakim tak tau, rasenye tak logik.
Cuma tangkap tak lekat-lekat lagi.

Pelik.
Quote imransulaiman 30-3-2014 09:53 AM
Kalau cakap bodoh, pandai pula dia marah! Aduuuuh!
Quote rdzaccess 29-3-2014 02:41 PM
itu shooting felem lah ..
Quote Lula2 28-3-2014 05:08 PM
aku pon same...kutip tacang je lah
Quote bandung_cincau 28-3-2014 12:04 PM
malas komen banyak2. tumpang lalu aje lah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041487 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top