CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Raja Bomoh akan ke Australia untuk membantu misi SAR

11-4-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13941| Komen: 107

Description: Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini.

Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata, beliau akan berangkat ke Australia bagi membantu misi mencari pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini.

Beliau yang ditemui petang tadi menegaskan, ia adalah merupakan sebahagian daripada usaha yang ingin dilakukan agar semua penumpang di dalam pesawat yang hilang itu dapat ditemui.

“Dalam teropong saya di atas gelap dan gelita (ritual yang dilakukan sebelum ini), berkelip-kelip. Dia ada menghampiri 3 pulau. Pulau itu saya tidak tahu di mana, tapi mengikut pandangan saya ia (mungkin) berada di Australia atau US.

“Saya telah usaha pergi ke Pulau Sembilan, (bersama peralatan) kerantong, buluh dan (melakukan) azan. Masa saya tarik buluh itu (ketika ritual dilakukan) tiada ada balasan, (contohnya) seperti menarik besi berani (magnet), sekiranya ada di laut (kebiasaannya saya dapat merasakan seperti ada tarikan),” jelasnya.

Ibrahim berkata, menurut pandangannya sebagai Raja Bomoh semua mangsa yang terlibat masih hidup.

“Saya akan bertolak ke Australia atau kawasan yang berdekatan dengan tempat carian (untuk turut sama membantu usaha mencari yang dilakukan). Saya (juga akan turut) meminta (berdoa) kepada Allah swt,” katanya.

Ibrahim turut menjelaskan usaha yang dijalankan ini, adalah merupakan inisiatif beliau sendiri tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak.

Beliau turut menyeru agar semua masyarakat di negara ini teruskan berdoa agar misi mencari pesawat ini berjaya dan berhenti menuding jari menyalahkan orang lain.

“Sains dan teknologi serta amalan traditional Melayu (perlu) berganding bahu, seperti tangan kanan dan kiri (agar) benda yang berat (sukar) dapat ditolong (dipermudahkan)” jelasnya lagi,



Bagus
5

Marah
2

Terkejut

Sedih
9

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-4-2014 09:51 AM

Quote whadda 11-4-2014 09:53 AM
tak putus asa lagi pak berahim ni.... ko buat je la ritual kat sebelah tony abbot kan senang...
Quote caplimau 11-4-2014 09:53 AM
eleh pakcik sebenarnye sje nk p holiday kan...

alasaaannnn la tu..
Quote alinone78 11-4-2014 09:54 AM
sapa sponsor ni?????
mana pak2 mufti??
Quote ResellerMaxis 11-4-2014 09:54 AM
alinone78 posted on 11-4-2014 09:54 AM
sapa sponsor ni?????
mana pak2 mufti??

dia naik tikar terbang dia..xyah orang sponsor..
Quote alinone78 11-4-2014 09:55 AM
ResellerMaxis posted on 11-4-2014 09:54 AM
dia naik tikar terbang dia..xyah orang sponsor..

tak takut angin lintang ka??
la nih hujan mencurah2 saja
Quote e-mag 11-4-2014 09:57 AM
suka atila labu .. jgn malukan malaysia lg.. bomoh senyap2 sudalaa
Quote ResellerMaxis 11-4-2014 09:59 AM
e-mag posted on 11-4-2014 09:57 AM
suka atila labu .. jgn malukan malaysia lg.. bomoh senyap2 sudalaa

kita tengok apa tindakan australia pulak..adakah nak halang kebebasan raja bomoh macam yang malaysia lakukan..
Quote sekel 11-4-2014 10:01 AM
makin glamer lh Tok Moh nie
Quote no.20 11-4-2014 10:03 AM
gelaran wira negara tu tak menahan tu
Quote Vellfire 11-4-2014 10:03 AM
saje jer tu nak pi holiday...jgn lupa menyelam dlm lautan hindi yer
Quote aurora273 11-4-2014 10:06 AM
Vellfire posted on 11-4-2014 10:03 AM
saje jer tu nak pi holiday...jgn lupa menyelam dlm lautan hindi yer

Hilang dlm laut tu pon takpe, ala2 tebusan.. Diganti ac tu plak timbul..
Quote niceghost2005 11-4-2014 10:08 AM
ResellerMaxis posted on 11-4-2014 09:59 AM
kita tengok apa tindakan australia pulak..adakah nak halang kebebasan raja bomoh macam yang malays ...

Di harap Pihak Ostalia dapat memberi kerjasama dgn Bomoh VVIP nih.

Malaysia telah mula mengeksport KEPAKARAN nya di dlm mencari benda hilang ke seantareo duniya.
Nama Malaysia semakin berkilauan di persada duniya.

US, UK, Ostalia, Japang, Korea, Russia akan berpusu pusu menghantar pakar pakar mereka ke Malaysia utk mempelajari kaedah yg di gunapakai.

INSYAALLAH..............kita akan buka sebuah INSTITUSI yg KHAS di Peghok.
Naib Canselor nya ialah Datuk Ibrahim.
Board of Diretor nya adalah Ahli AHli Politaik yg pernah mendapat KHIDMAT/NASIHAT dari Bomoh VVIP.




Selamat Maju Jaya Malaysia di dlm Alam Mistik.

Quote princess_happy 11-4-2014 10:09 AM
sudah2lah memalukan negara...tak cukup lagi ke apa yg dah berlaku tempoh hari...manjakan sangat pak bomoh nihhh
Quote rospinki 11-4-2014 10:10 AM
Korg dini jgn gelak2 kat dia..selagi dia tk ganggu gugat sapa2 niat dia baik..bgila can..buatnya menjadi haaaa...tu dia bak hang! Aku tk sinis kt bomoh..masyarakat kita kan macam2. .masing2 diberi hak yg saksama.
Quote Vellfire 11-4-2014 10:11 AM
aurora273 posted on 11-4-2014 10:06 AM
Hilang dlm laut tu pon takpe, ala2 tebusan.. Diganti ac tu plak timbul..


tukar ganti ye?
Quote Vellfire 11-4-2014 10:13 AM
princess_happy posted on 11-4-2014 10:09 AM
sudah2lah memalukan negara...tak cukup lagi ke apa yg dah berlaku tempoh hari...manjakan sangat pak  ...

aku nak salahkan media. yg pi layan sgt citer dorang ni buat ape?

Quote totokreturn 11-4-2014 10:14 AM
[youtube]dbfV_DSPC6Y[/youtube]

heyyyyyy............. heri... kamu ingat datok orang PAS kerrrrr...??? orang ADIL kerrrr......??? Datok orang barisan nesenel cap kapal layor... kamu belum lahir lagi masa tuh.. behingus..
Quote cmf_rambutan 11-4-2014 10:16 AM
sepatutnya dia yg sampai ostolia dulu dari penyelamat baru org percaya..... ini tengok tv dulu kat mana... apa speselnya

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.104307 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top