CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370 : Hanya Manggis Dan Bateri Sahaja !

2-5-2014 12:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9649| Komen: 38

Description: Berdasarkan Senarai Kargo Itu, Manggis Berkenaan Dihantar Dari Batu 6/4 Kesang, Muar, Johor Dan Diisytiharkan Sebagai Manggis Segar Untuk Dihantar Kepada Sebuah Syarikat Berpangkalan Di Daxingqu, Beij ...


Kuala Lumpur: Misteri mengenai kandungan sebenar kargo pesawat MH370 terungkai selepas Kementerian Pengangkutan semalam mendedahkan senarai kargo pesawat itu adalah 4.5 tan manggis segar dan 2.4 tan bateri litium untuk dihantar ke Beijing, China.


Berdasarkan senarai kargo itu, manggis berkenaan dihantar dari Batu 6/4 Kesang, Muar, Johor dan diisytiharkan sebagai manggis segar untuk dihantar kepada sebuah syarikat berpangkalan di Daxingqu, Beijing.


Selain kandungan manggis, kargo itu turut dimuatkan dengan bateri litium seberat 2,453 kilogram yang dihantar dari sebuah syarikat logistik di Batu Maung, Pulau Pinang ke syarikat logistik di Kawasan Perindustrian Tianzhu.


Dalam senarai kargo bateri itu, dimaklumkan ia perlu diuruskan dengan berhati - hati dan sekiranya bungkusan itu rosak, perlu ada pemeriksaan lanjut dijalankan sebelum dibungkus semula.


Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya beberapa kali menyatakan bateri litium-ion yang dibawa sebagai kargo MH370 pada 8 Mac lalu mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).


Sebelum ini, bahan kandungan dalam kargo MH370 menjadi pertikaian pelbagai pihak dan dikatakan menjadi punca kehilangan misteri pesawat berkenaan.


Malah ada yang mendakwa ia membawa barangan berharga dan berisiko tinggi.

3

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 07:39 AM

INVOIS kargo yang menunjukkan kandungan manggis dari Muar, Johor.
Quote leylapple 2-5-2014 09:20 AM
manggis segar tu..

manggis dari mana yer...skrg bukan musim manggis pun...

Berdasarkan senarai kargo itu, manggis berkenaan dihantar dari Batu 6/4 Kesang, Muar, Johor dan diisytiharkan sebagai manggis segar untuk dihantar kepada sebuah syarikat berpangkalan di Daxingqu, Beijing.
Quote sueism 2-5-2014 09:23 AM
leylapple posted on 2-5-2014 09:20 AM
manggis segar tu..

manggis dari mana yer...skrg bukan musim manggis pun...

manggis muar johor

Quote mommymonster82 2-5-2014 09:31 AM
Sulu..mh370... Tppa... Baru ni tangkap militan...
Quote otai_g 2-5-2014 10:29 AM
mommymonster82 posted on 2-5-2014 09:31 AM
Sulu..mh370... Tppa... Baru ni tangkap militan...

ni teori konspirasi bodoh drp brado kapak tu ker?



Quote stania83 2-5-2014 10:33 AM
alaaa takde ke jongkong emas????
Quote crossfire 2-5-2014 10:38 AM
sueism posted on 2-5-2014 09:23 AM
manggis muar johor

manggis bila disejukkan boleh tahan lama. kalau suhu 13 darjah boleh tahan sehingga 6 minggu.

sumber: mardi






Quote sueism 2-5-2014 10:39 AM
crossfire posted on 2-5-2014 10:38 AM
manggis bila disejukkan boleh tahan lama. kalau suhu 13 darjah boleh tahan sehingga 6 minggu.

s ...

i suka makan manggis

Quote Innrukia 2-5-2014 10:48 AM
set indenial mesti tak purcaya jugak....
so memang patut buat rombongan cik kiah pi batu caves
Quote mommymonster82 2-5-2014 11:03 AM
otai_g posted on 2-5-2014 10:29 AM
ni teori konspirasi bodoh drp brado kapak tu ker?

Brader kpak mn plak.???.
just  me fikir jer....
Mh370 hilng..obama dtg..sign..


Quote genchi 2-5-2014 11:03 AM
dah ada manggis ke?? mana dia tak nmpk pun?? gen nak manggis
Quote crossfire 2-5-2014 11:12 AM
sueism posted on 2-5-2014 10:39 AM
i suka makan manggis

abam keross ada 5 pokok kat kg sana, sedang berputik lebat.

Quote sueism 2-5-2014 11:13 AM
crossfire posted on 2-5-2014 11:12 AM
abam keross ada 5 pokok kat kg sana, sedang berputik lebat.

hohohoho nie yg geram nie abam keross
i ingat lagi masa kecik manggis tak masak
lagi i dah nak makan nenek punya geram
last2 petik manggis muda dia buat jeruk
then i boleh makan ! tu dia !


Quote airfilterkotor 2-5-2014 11:20 AM
Manggis cucuk ngan bateri buleh jadik bom ker...?
Quote crossfire 2-5-2014 11:26 AM
sueism posted on 2-5-2014 11:13 AM
hohohoho nie yg geram nie abam keross
i ingat lagi masa kecik manggis tak masak
lagi i dah nak ...

manggis muda bergetah, kena kat baju hazab nak tanggal
Quote aikee04 2-5-2014 11:38 AM
Percayalahhh.....
Quote sueism 2-5-2014 11:38 AM
crossfire posted on 2-5-2014 11:26 AM
manggis muda bergetah, kena kat baju hazab nak tanggal

sebab kan tu nenek yg ambik
i tak tau apa2 hehehe yg i tau i nak makan
maklum lah budak2 lagi masak tu.
kalau sekrang mau nya nenek i ketuk kepala.

Quote otai_g 2-5-2014 11:39 AM
mommymonster82 posted on 2-5-2014 11:03 AM
Brader kpak mn plak.???.
just  me fikir jer....
Mh370 hilng..obama dtg..sign..

bradokapak yg ni kak http://dramaraja.blogspot.com/

ntah apa2 ntah bradokapak tu. mula2 aku baca blog dia blh la terima psl mh370. tp tetiba masuk bab harta karun kat pulau nangka.

dia offer nak kenalkan waris yg blh bg kebenaran nak naikkan harta karun, tp kena bayar kat dia 2.5 juta, terus aku rs sesuatu kat bradokapak ni...

aku start rs yg ckp2 dia ni 1sen x bleh pakai n dia mmg bodoh.

Quote kakikuDibibirmu 2-5-2014 11:41 AM
@lorelai                        

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059422 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top