CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sengsara 4 Tahun Kini Berakhir

9-6-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18964| Komen: 142

Description: Tepat Jam 6.25 Pagi Semalam, Dia Yang Mesra Dipanggil Ayu Bersama Dua Anaknya, Aiman, 8, Dan Azam, 6, Selamat Tiba Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) Sepang Dan Dengan Linangan Air M ...
Sengsara 4 tahun berakhir


Kuala Lumpur: Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.

“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam.


bagi yang tak tahu cerita, baca di bawah





Seorang ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan ketika kini dia mahu pulang ke Malaysia.

Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di Nepal bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.

Lebih menyayat hati, cucunya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging khinzir. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.

Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.

Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.

Kini, Ayu merayu untu dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya kepada Mynewshub.my.

Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.

Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.

“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.

Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.

Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SissySembah 7-6-2014 01:42 PM
baguslah akak ni terus taubat nasuha,
jangan lupa cuci darah dan pakai topeng penapis udara
Quote revolusi_30 7-6-2014 01:43 PM
Dah tersepit mcm ne baru nak minta tolong kerajaan ... Masa mereyam dulu tak ingat semua. ..ne la nikmat kalau bercinta ngan bangsa asing !!
Quote kumbang7 7-6-2014 01:45 PM
Bayar denda tinggal lebih masa

Sepang: “Terima kasih rakyat Malaysia yang dermawan dan pemurah kerana sumbangan anda membolehkan kami mengumpul dana RM30,000 seterusnya digunakan bagi membayar denda tinggal lebih masa yang dikenakan terhadap Ayu,” kata Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail yang turut menyambut ketibaan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, semalam.

Menurutnya, tanpa sokongan dan derma daripada orang ramai, pihaknya tidak mungkin dapat mengumpul dana sebanyak itu dalam tempoh singkat.


“Hari ini kita bersama-sama berkongsi kegembiraan apabila penantian lebih empat tahun ahli keluarga Ayu akhirnya kesampaian apabila dia berjaya pulang ke tanah air dengan selamat.

“Bantuan kita tidak akan terhenti di sini, sebaliknya akan terus membantu Ayu bersama dua anak lelakinya dari semasa ke semasa,” katanya.


p/s- eh eh dah la membazir duit angkut bawak balik, lagi mau bantu kat sini ka? bantu rumah anak2 yatim lagi berfaedah
Quote razhar 7-6-2014 01:45 PM
padan muka..
Quote revolusi_30 7-6-2014 01:46 PM
Kak ... Kalau kawin ngan laki asing jgn la ingat layanan tu sama mcm kawin ngan laki sebangsa ... Mujur akak tak kawin ngan Paki ... Kalau tak dok belakang dapur je la tetiap hari.
Quote Staratila 7-6-2014 01:47 PM
boleh tahan juga laki dia patutlaa ayu terpedaya Yg bodohnya sblm pergi ke nepal tu dia x kaji selidik dulu ke akan taraf hidup rakyat kat sana. Asal cakap nak pergi luar negara pakai redah je sbb ingat nak sedut angin ke apa
Quote razhar 7-6-2014 01:48 PM
g obersea tu woooo....
Quote lasagnaklcc 7-6-2014 01:56 PM
Kalau bercinta dgn org nepal senang ke nak communicate? Ke pikir sedapppp je.
Just curious.
Quote ice_sky92 7-6-2014 02:04 PM
Besar sangat ke batang Nepal??? Anyone??
Quote cmf_jeangrey 7-6-2014 02:11 PM
Jual je cerita makan babi, cepat bantuan sampai
Quote noor2 7-6-2014 02:32 PM
nasib jadi warganegara malaysia...kalau indon..sampai kesudah duk nepal kut...
Quote budakshinchan 7-6-2014 02:34 PM
kalo keluarga mentua layan baek.. sure Ayu x rasa nk balik Malaysia.. ntah ntah dah selamat mendaki gunung Everest..

x per lay.. keluarga sang suami x rugi apa Ayu nk balik Malaysia.. esok esok dapat hamba abdi dari Qatar plak..
Quote v(T.T)v 7-6-2014 02:36 PM
nak pakai duit rakyat lagi ke?  
Quote Peterpan17 7-6-2014 02:37 PM
2 words for her. PADAN MUKA!!!!
Quote poison_paradise 7-6-2014 02:37 PM
Abes duit rakyat je nk slmtkan kau yg gatal anu lari ikot jantan Nepal..
Quote sam_survivor 7-6-2014 02:37 PM
So husband Nepalist tu Moslem ke non Moslem masa awal2 kenal ?
Quote alinone78 7-6-2014 02:38 PM
Sila tuntut fasakh

Sila cari kerja n jangan harap bantuan rakyat msia lagi

Sila kahwin lelaki kaya
Quote sup@rm@n 7-6-2014 02:39 PM
Marimon?kasman?tamin? Nape takgi kedutaan indon aje?
Quote noor2 7-6-2014 02:39 PM
lepas ni cuba laki bangla pulak...

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.175077 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top