CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sasha Saidin Dikecam Kerana Mewarnakan Rambut?

11-6-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 49408| Komen: 216

Description: Gara-Gara Mewarnakan Rambut Hitam-Nya Kepada Perang, Bekas Anggota Kumpulan Elite Yang Juga Pelakon Sasha Saidin Turut Menerima Kecaman Dan Kritikan Dari Peminat Di Blog Dan Laman Sosial Yang Mengangg ...


Gara-gara mewarnakan rambut hitam-nya kepada perang, bekas anggota kumpulan Elite yang juga pelakon Sasha Saidin turut menerima kecaman dan kritikan dari peminat di blog dan laman sosial yang menganggap imej barunya itu pelik dan tidak sesuai dengan dirinya.


Ramai peminat yang ingin tahu kenapa model ber-darah kacukan Melayu-Inggeris itu berani mewarnakan rambutnya sedemikian rupa, sekali gus mengikut jejak adiknya, pelakon Zain Saidin yang terlebih dulu berbuat demikian.


Sebelum ini, rambut perang Zain yang juga suami kepada Rozita Che Wan atau Che Ta pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca pelakon jelita itu mengamuk di laman sosial Instagram.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Sasha Mohd Saidin mengakui dia ada alasan tersendiri untuk mewarnakan rambutnya kepada warna perang itu.

“Sebenarnya, saya memutuskan untuk mewarnakan rambut kepada perang kerana ingin memenuhi tuntutan watak dalam drama sebelum ini. Saya ditawarkan watak wanita ‘mat salleh’ dan watak itu memerlukan saya berambut perang.

“Namun selepas mewarnakan rambut kepada perang, saya tidak jadi berlakon dalam drama itu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Sasha ditemui di majlis pesona unggul SK-11 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini. Artis lain yang turut memeriahkan majlis ialah jurucakap SK-11, penyanyi popular, Fauziah Latiff, Dynas Mokhtar dan Norish Karman.  

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang menganggap penampilan rambut barunya itu pelik, Sasha berkata, dia bersedia menerima apa saja kritikan.

“Saya sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang seni dan sudah melalui pelbagai ujian sebagai anak seni sebelum ini. Setiap individu ada pandangan mereka sendiri dan saya tidak boleh menghalang cakap orang kerana itu hak masing-masing.

“Apa yang penting, saya selesa dengan penampilan rambut perang ini. Saya juga mewarnakan rambut kepada warna perang di salun Ridzo Okumura milik seorang rakan di Subang, baru-baru ini.

“Bukan saja mewarnakan, saya juga membuat rawatan rambut di situ, sekali gus pelanggan tetap salun berkenaan. Saya juga puas hati dengan perkhidmatan   disediakan dan harga dikenakan juga berpatutan,” katanya.                  





2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_honey 11-6-2014 08:39 AM
macam muke awek need for speed.
Quote asampodeh 11-6-2014 08:47 AM
owh.. tuntutan watak ehhh.. Last edited by asampodeh on 11-6-2014 02:33 PM

Quote azie.dz 11-6-2014 08:47 AM
watak apa ni....jd apa..mak ayam...mami ciken...mami lorong??
Quote sunquick 11-6-2014 08:50 AM
cam pelik je rambut dia perang...
nampak x cantek...

Quote toxicated 11-6-2014 08:51 AM
Iols ok je org kale rambut pelik2.rare skit.
aritu sheols berambut kaler ni tp dandan elok dah mcm elsa cite frozen plak.
Quote chempaka_ku 11-6-2014 08:52 AM
anaknya comel.........
Quote RatuDunia94 11-6-2014 08:53 AM
lagi gambo :

Last edited by RatuDunia94 on 11-6-2014 10:31 AM

Quote rosasa 11-6-2014 08:54 AM


anak ke? kecik2 dah rembes
Quote neah.bryan 11-6-2014 08:55 AM
cun la. sesuai dgn kulit dia.
Quote kajol77 11-6-2014 08:58 AM
Klu tuntutan watak laju je dibuat... klu tuntutan Allah....
Quote cikmi 11-6-2014 08:59 AM
muka putih dan ada rupa minah salleh..so bg aku takdelah nmpk buruk sgt
lagi buruk kalau org kulit gelap, tp nak buat rambut ala2 kokesen...buruk tul aku tgk
Quote mixed 11-6-2014 09:04 AM
ok x buruk sgt rambut ni kena dgn kulit & muka sheol

tp kalu jen seden mmg sedih x sesuai langsung kaler rambur heols
nmpk pprt sgt
Quote cikatilia 11-6-2014 09:06 AM
tuntutan watak katanya
err ada berlakon ke dia?
xpenah nampak pon

feeling2 tiz zakyah emma maembong je femes
Quote megalady 11-6-2014 09:11 AM
aku rasa cntik je rambut dia...sesuai ngan muka dia.. xnampak pun kepelikkan kat situ... hurm...
Quote putehkundor 11-6-2014 09:12 AM
Suka tgk azza lagi...
Sweet jah muka dia.
Mungkin bahagia dgn kehidupan kot
Quote nadieya 11-6-2014 09:12 AM
dah takde cerita, cerita kaler rambut pun boleh la
iolz xtahu cerita apa yg dia belakon yg boleh diingati
Quote kikuri 11-6-2014 09:17 AM
aku rasa kaler rambut tu oklah dengan rupa dia...tak mcm adik dia si zen seden tu....sedehhhh..
Quote azie.dz 11-6-2014 09:17 AM
kajol77 posted on 11-6-2014 08:58 AM
Klu tuntutan watak laju je dibuat... klu tuntutan Allah....

hahhhhhhhhhhhhhhhhhh


Deep!!
Quote pjade 11-6-2014 09:18 AM
Ramai je ummah stok lombok/jawa/amoi/kolianz/negro yg kaler rambut camnih.. at least she's fair.. tak la ngeri sangat

Lihat semua komen(216)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.231170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top