CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Inilah Dia Barisan Wajah Ahli Baru Kumpulan 4u2c!

9-7-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31494| Komen: 132

Description: Ajak Shiro, Shuib Dan Rahim Dari Kumpulan Sepahtu Serta Ketiga-Tiga Ahli Kumpulan Bocey Iaitu Acey, Fard Dan Abam Tampil Bergandingan Bersama Dato` Ac Mizal Untuk Menghasilkan Semula Forutoc Generasi ...
Inilah Dia Barisan Ahli Baru Kumpulan ForUToC


KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014:
Sekitar awal era 1990-an dahulu, kumpulan 4U2C yang dianggotai tujuh orang anak muda pernah mencetuskan fenomenanya sendiri dalam industri muzik negara dengan lagu Fiona.

Kini selepas 20 tahun, nama kumpulan ini telah muncul semula dalam industri hiburan kita. Dengan hanya mengekalkan seorang anggota asal iaitu Dato` AC Mizal, 4U2C yang dijenamakan semula kepada ForUToC muncul dengan enam anggota baru yang kesemuanya adalah pelawak terkenal tanah air.

Ajak Shiro, Shuib dan Rahim dari kumpulan Sepahtu serta ketiga-tiga ahli kumpulan Bocey iaitu Acey, Fard dan Abam tampil bergandingan bersama Dato` AC Mizal untuk menghasilkan semula ForUtoC generasi baru.

Projek istimewa kemunculan semula ForUToC ini adalah hasil idea Dato` AC Mizal sendiri untuk mengabadi dan memperingati kenangan terhadap 4U2C.

Malah, kumpulan ini baru sahaja melancarkan versi baru Bergema Takbir Di Pagi Raya, lagu yang pernah popular didendangkan 4U2C satu ketika dahulu.

Bagi anda yang ingin mengetahui perkembangan lanjut kumpulan ini, jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP malam ini di mana ForUToC bakal hadir sebagai tetamu jemputan.

Selain hadir untuk mempromosikan kumpulan ForUToC, mereka juga bakal berkongsi pelbagai cerita menarik serta perkembangan terbaru mereka di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pasti anda tidak mahu lepaskan peluang menonton program MeleTOP malam ini bukan?

Jadi jangan lupa untuk bersama hos MeleTOP anda, Nabil Ahmad dan Neelofa yang kini telah berhijab pada malam ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toxicated 8-7-2014 06:12 PM
Buruk je baju melayu cmtu. Rosak la baju traditional pelik2 jah nak improvise ke nak merosakkan.
Quote exclusive_vvip 8-7-2014 06:14 PM
napa x amik john asari? muka dia cam Yanz 4u2c...leh tambah job dia yg sendu tu...
Quote user2012 8-7-2014 06:17 PM
Sedehhh! Itu je yg mampu iolls utarakan.
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 06:20 PM
geli lah tengok dah kertu kertu bergrup bergrup ni.. mcm geng klepet tu..
Quote card_reader 8-7-2014 06:23 PM
Patot masa MLM aritu gigih dieorg nyanyi lagu raya tu
Quote aderaderker 8-7-2014 06:32 PM
Muntah kedarah laaa..
Quote zidane2011 8-7-2014 06:37 PM
4U2c generasi baru? Really?

Generasi baru ke generasi batu?
Quote gnote_2 8-7-2014 07:20 PM
kemon la Ac, tara tu je ke ahli baru yg dapat..
Quote Bateesta 8-7-2014 08:04 PM
dah mcm mamat indon je sorang2 psl pakai baju pelik camtu
Quote enchikfitz 8-7-2014 08:13 PM
hazabbbbbbb
Quote cikuduku 8-7-2014 08:19 PM
bodoh nye. kenapa nk buat bende bodoh mcm ni? dah2 la bodohkan diri atas pentas tu.
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:37 PM
kenapa tak ambik david teo.. dia pandai rap apa..
Quote ex-bantal.B 8-7-2014 08:43 PM
buat lagu, timun, terung, papaya, watermelon dll please...
Quote RED 666 8-7-2014 08:47 PM
4u2c dijenamakan semula sebagai kumpulan lawak ala senario nampaknya
Quote leenaz 8-7-2014 09:20 PM
abam macam rinz 4u2c la
gahahahahahaha
Quote sapeka 8-7-2014 09:20 PM
perlu ke grup nih dalam industri......
cam sendu je
Quote mizzmimi 8-7-2014 09:46 PM
Kah kah kah..
Quote non.sari 8-7-2014 10:02 PM
RED 666 posted on 8-7-2014 08:47 PM
4u2c dijenamakan semula sebagai kumpulan lawak ala senario nampaknya

kalo la betol...
hurmmmm..sayang nyeee...

Quote mommymonster82 8-7-2014 10:07 PM
Hihihihi mesti lawak ni... Gud gud

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top