CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dazrin Dan Amyra Tidak Jadi Kahwin?

5-8-2014 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 50649| Komen: 201

Description: Pasangan Yang Menjalin Hubungan Sejak Februari Tahun Lalu Itu Mengikat Pertunangan Pada 25 Ogos Tahun Yang Sama.
Dazrin/Amyra Tak Jadi Kahwin

Kuala Lumpur: Kunjungan pelakon muda Amyra Rosli ke Balai Berita di sini, petang semalam yang disangkakan untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon Dazrin Kamarudin, Jumaat ini, meleset apabila perkara sebaliknya berlaku.


Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, yang ditemani ibunya, Noor Zaridah Ahmad berkata, majlis pernikahan yang dijadual berlangsung di Puchong, dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas sebab peribadi. 


“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

“Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi,” katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.

Pasangan yang menjalin hubungan sejak Februari tahun lalu itu mengikat pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama.


Mereka mula berkenalan sejak membintangi drama bersiri Jodoh. 

Sepanjang lebih setahun berkawan, hubungan pasangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang konflik. 

Bagaimanapun, Harian Metro pada 22 Julai lalu melaporkan, isu gambar mesra Dazrin dan pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran sebuah telefilem menimbulkan salah faham dalam kalangan banyak pihak. 

Ramona dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra yang dijadualkan bernikah Jumaat ini. 

Namun, Dazrin menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan. 

Amyra pula tidak memberikan sebarang respons dan mendiamkan diri. 

Bagaimanapun, sumber memberitahu pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.

2

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraRosales 5-8-2014 08:50 AM
ksianny ..

moga ad jodoh ..
Quote idadzira 5-8-2014 08:55 AM
kesian nya .....sabar je la
Quote kucen_miang 5-8-2014 08:55 AM
dua2 pun tak kenal.
Quote setankuning 5-8-2014 08:57 AM
dah dekat tu tarikh
bukan tangguh ok, kensel terus
mesti sudah terjadi peristiwa yang besar ni
Quote alieyrina 5-8-2014 09:00 AM
Mudanya amira nii
Quote rosa_canina 5-8-2014 09:01 AM
blum cukup sedia nak bg komitmen kot
lgpun muda lg dua2 kann

maybe blh tangguh 2/3 thn lg
Quote znuyul 5-8-2014 09:12 AM
jodoh hanye setakat itul,,bertabahla..
Quote putehkundor 5-8-2014 09:13 AM
Hello.....amyra rosli ni jauh berganda lagi cantik berbanding Ramona zam zam alakazam!!
Quote wookiehoney 5-8-2014 09:14 AM
bukan mudah nak mendirikan rumahtangga


nak2 dekat2 nak kahwin mmg bnyk betul dugaan kan...
Quote mekcik 5-8-2014 09:17 AM
Sesapa ada gambar Dazrin ngan Ramona... tolong tepek sini?
Quote kelip2_07 5-8-2014 09:17 AM
kesiannye
Quote ryshaNur 5-8-2014 09:19 AM
suka tgk muka amyra ni
sweetnya lahai
Quote jula7 5-8-2014 09:20 AM
dah tak jadi kawen????
Quote cmf_premierleag 5-8-2014 09:21 AM
Dugaan hebat buat amyra n dazrin
Quote damian_lee 5-8-2014 09:22 AM
pulok dah ......
Quote putehkundor 5-8-2014 09:26 AM
Hari tu raya kedua atau ketiga ada MHI jemput amyra rosli ni...cantik dan manis jah orangnya.
Patut datang dgn dazrin ni promote show/telemovie apa ntah...
Tapi amyra datang sorg jah....dia cakap dazrin ada hal...tapi nampak muka dia agak berubah la bila hos cakap pasai dazrin ni...
So mak teh dah agak hubungan depa ada masalah.
Quote kmelankolia 5-8-2014 09:26 AM
kalu dah ada konflik lebih baik jgn teruskan ye tak, muda lg moga ketemu jodoh yg serasi....
Quote NaylaArisha 5-8-2014 09:28 AM
lah?? awatnya x jadi kahwin>
Quote DhuraNaufa 5-8-2014 09:28 AM
Amyra ni cantik gilos. Iols setuju sangat klu dia dgn Dazrin. Iols mcm tahu je sapa yg tak setia. Haha

Lihat semua komen(201)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057413 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top