CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dah Besar Rupanya Anak Mas Idayu

8-8-2014 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 67452| Komen: 191

Description: "Sejak Dulu Kami Hanya Tinggal Berdua. Dia Memang Tidak Ada Kawan, Kalau Ada Pun Kawan-Kawan Di Sekolah Sahaja. Mana Nak Ada Kawan, Saya Memang Kawal Dia. Lagipun Kalau Di Rumah, Dia Lebih Suka Meng ...
DAH BESAR RUPANYA ANAK MAS IDAYU
Siapa sangka dalam kemeriahan Mas Idayu bergelek danggut, dia sebenarnya sudah mempunyai anak dara berusia 16 tahun bernama Nur Dayini Asyiqah.

"Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," ujarnya dipetik sebagai berkata.




"Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tidak ada kawan, kalau ada pun kawan-kawan di sekolah sahaja. Mana nak ada kawan, saya memang kawal dia. Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen.

"Setiap hari saya akan hantar dan ambil dia di sekolah. Pernah dulu, saya bagi dia naik bas sekolah tetapi kasihan pula sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yang bertanggungjawab menjadi pemandu untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah," tambah dua beranak ini yang menetap di Shah Alam, Selangor.



Mengenai sekolah anaknya yang begitu jauh daripada rumah, kata Mas Idayu, sebelum ini mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tidak ada masalah jarak ke sekolah. Cuma dia terus mengekalkan anaknya di sekolah di tengah ibu kota itu kerana pada tahun hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau nak pindah sekolah pun, sudah pertengahan tahun. Saya kasihan pada dia, kalau tukar sekolah baharu takut Dayini tidak dapat sesuaikan dengan persekitaran baharu pula.

"Jadi setakat ini biarlah saya berkorban untuk anak dengan menjadi pemandu setiap hari. Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dengan papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah," katanya.

Untuk info, anak Mas Idayu kini sedang belajar piano dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian.

"Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untuk berfikir pantas dalam mata pelajaran Matematik. Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya.

"Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pada pelajaran dulu. Saya tidak halang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain," jelasnya.


2

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 8-8-2014 07:11 AM
Ni anak dia dgn aman grasika ke?
Quote chempaka_ku 8-8-2014 07:12 AM
ni anak dengan aman graseka ke?
Quote Grengo 8-8-2014 07:20 AM
"Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen."

Jgn jadi keyboard warrior iye dik..
Quote maxim 8-8-2014 07:25 AM
chempaka_ku posted on 8-8-2014 07:12 AM
ni anak dengan aman graseka ke?

haah..

Mas Idayu & Aman Graseka


Tiada siapa yang tahu bila perkahwinan mereka telah diadakan. Malah, sehingga kini, selepas bercerai dengan pelakon "Cinta Kita" itu, penyanyi dangdut Mas Idayu masih enggan menjelaskan kisah cinta mereka dan mengapa mereka berpisah selepas 10 tahun berkahwin secara rahsia.

Jelas Ayu, dia tidak mahu kisah peribadinya menjadi perbualan ramai dan dia punya alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu bercerita.

Namun begitu, hasil perkahwinan mereka, Ayu dan Aman dikurniakan seorang anak bernama Dayini.
Quote mizzmimi 8-8-2014 07:30 AM
Nape dia taknak citer pasal kawen ar.. Gigih sorok.. Sampai cerai pun sorok..
Quote fifie_olin 8-8-2014 07:30 AM
muka copy paste...mcm akak dgn adik
Quote jula7 8-8-2014 07:33 AM
dulu2 kan fans mcm xleh terima kalau artis tu dah kawen..mesti populariti merundum jatuh..
Quote makton 8-8-2014 07:41 AM
kawal sungguh anak smpai tak ada kawan. biar betik mak mcm ni??

feling2 anak kau princess kah??
Quote kukulangau 8-8-2014 07:50 AM
makton posted on 8-8-2014 07:41 AM
kawal sungguh anak smpai tak ada kawan. biar betik mak mcm ni??

feling2 anak kau princess kah??

nak tergelak aku baca
Quote cha-cha 8-8-2014 07:51 AM
Ohh? Gambar baju purple tu mak ke anak?
Quote cha-cha 8-8-2014 07:53 AM
Aman graseka yang dagu panjang tu ke? Tak tau pulak diaorg pernah kahwin..
Quote xtw 8-8-2014 07:53 AM
cantek anaknyer..copy paste muka mak
Quote Mizlyn 8-8-2014 07:58 AM
copypaste ...comei
Quote kakJOYah 8-8-2014 08:01 AM
cantik anak dara dia
Quote star_anisse 8-8-2014 08:06 AM
muka mak nye...
Quote ellynorman 8-8-2014 08:07 AM
bersungguh sorok kawen ngan aman graseka .. even dah terbukti sepital tempat bersalin... pon nak nafi2... kawan kampung dia semua dah kata diorang dah kawrn... still nafi... tup2 ngaku dah cerai...
Quote kakikuDibibirmu 8-8-2014 08:32 AM
muka fotostat                  
Quote Bell 8-8-2014 08:41 AM
Kawin rahsia sebab takut popularity menurun katanya!????
Quote mamanoni 8-8-2014 08:43 AM
Mak & anak sama muda...

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.417803 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top