CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 Penghormatan Terakhir Buat Kapten Wan Amran

4-9-2014 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3047| Komen: 2

Description: Berpakaian Lengkap Juruterbang, Lebih 10 Rakan Allahyarham Wan Amran Mengambil Alih Proses Tersebut Daripada Angkatan Tentera Malaysia Sejurus Tiba Di Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz S ...
Juruterbang usung keranda Kapten Wan Amran sebagai penghormatan terakhir


SHAH ALAM: Sekumpulan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) mengusung keranda jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin yang tiba di sini sebagai penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan mereka itu.


Berpakaian lengkap juruterbang, lebih 10 rakan Allahyarham Wan Amran mengambil alih proses tersebut daripada Angkatan Tentera Malaysia sejurus tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10.20 pagi untuk disembahyangkan.

Suasana sayu menyelubungi lebih 500 rakan serta sanak saudara Allahyarham yang hadir pada upacara solat jenazah di masjid berkenaan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada juruterbang berumur 50 tahun berkenaan.

Hampir 300 jemaah menyertai upacara solat jenazah itu yang diimamkan pemangku Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hata Ahmad.


Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini untuk disemadikan.


Allahyarham Wan Amran adalah seorang daripada dua juruterbang yang memandu pesawat Boeing 777-200 milik MAS membawa 283 penumpang dan 14 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Kushrin Munawi dan Pengerusi Badan Pehubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=93
21

Bagus
10

Marah

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote wana89 8-9-2014 08:28 AM
al-fatiha pd keluarga beliau..moga tergolong kalangan org yg soleh :(
Quote MissLibra 5-9-2014 07:58 PM
hebat sungguh orang yang redha..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040465 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top