CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Shuib Risau Isteri Cemburu Dengan Zarina Anjolie

12-9-2014 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21775| Komen: 77

Description: Katanya, Sebagai Pelawak Agak Sukar Untuk Dia Memberi Lakonan Secara Serius Seperti Yang Diinginkan Oleh Pengarah Tersebut.
Shuib (Sepahtu) Rahsiakan Adegan Intim Untuk Elak Isteri Cemburu


PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu)  tidak memberitahu isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang adegan intimnya bersama aktres kontroversi Zarina Anjolie yang dilakonkan dalam filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, berkata, dia enggan bercerita tentang babak tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan isterinya.

"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjolie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut, di pawagam Cathay Cineplex e@curve di sini, malam Selasa lalu.


Antara babak antara Shuib dan Zarina Anjolie.


Dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut ada beberapa babak intim apabila Shuib yang memegang watak Luqman digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Tambah Shuib, sebagai seorang pelakon dia bersedia untuk melakonkan babak yang diminta oleh pengarah secara profesional.

Saya bukan berlakon berdua sahaja, ada puluhan krew yang menyaksikan lakonan kami dan sebagai pelakon ia adalah tanggungjawab saya untuk buat apa yang diminta oleh pengarah.

"Pada asalnya memang saya rasa agak malu dan takut, saya dah bagi tahu apa akibat yang terjadi tentang babak itu nanti abang Mamat akan tanggung," ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Shuib mengakui pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid, dia agak tertekan sepanjang pengambaran dilakukan.

Katanya, sebagai pelawak agak sukar untuk dia memberi lakonan secara serius seperti yang diinginkan oleh pengarah tersebut.

"Saya rasa terseksa dan setiap hari takut untuk pergi lokasi kerana selalu kena marah dengan abang Mamat.

"Saya bukan pandai sangat berlakon, kalau setakat berlakon dan buat lawak itu boleh tetapi filem ini memerlukan saya berlakon jadi orang lain," ujarnya.

Mamat Khalid memberi arahan ketika penggambaran Amir & Luqman Pergi Ke Laut.



Bagaimanapun, Shuib berkata, dia berpuas hati dengan hasil lakonannya dalam filem tersebut.

Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak.

Sementara itu, Mamat Khalid berkata, penghasilan filem tersebut adalah melalui pemerhatiannya kepada filem gengster di Malaysia.

Katanya, filem ini mempunyai kritikan sosial yang tajam kepada masyarakat yang sering menganggap kehidupan gengster sebagai sesuatu yang indah seperti digambarkan dalam filem.


"Penonton Malaysia banyak didedahkan dengan cerita-cerita gengster tidak kira tempatan dan antarabangsa. Namun begitu, filem ini mendedahkan di sebalik dunia gengster tersebut apa yang mereka perlu hadapi.

"Watak dalam filem ini adalah berdasarkan kumpulan gangster yang pernah saya tahu di Ipoh dan latar tempat pun kebanyakan saya lakukan di Ipoh juga," katanya.

Filem ini berkisarkan tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil kerana perlu membayar RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mereka sering kali gagal kerana sifat mereka yang lurus bendul, malah tidak tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Filem terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 September ini.  


Bagus
7

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanna88 11-9-2014 01:21 AM
kesian shuib serba salah..haha..
Quote drivethru 11-9-2014 01:35 AM
Satu lagi filem sendu di pasaran. Tgk barisan pelakon pun boleh mati pucuk dibuat nyer....
Quote apiang 11-9-2014 01:40 AM
tah pape nak letak part menjawab atas mamat khalid... hape punya laki... huhuhu
Quote setokinpurple 11-9-2014 01:42 AM
Kalau filem tak laku sia2 kena marah dgn mamat khalid
Quote non.sari 11-9-2014 01:43 AM
jangan siti sarah meroyan instagram mcm dd tu udah ler...
Quote amiraira 11-9-2014 06:21 AM
Dh nama pn pelakon kn
Watak2 mcm ni biasa je...
Quote asampodeh 11-9-2014 06:55 AM
trend skrg pomot pilem... laki atau bini meroyan. klu sblm ni citer antu tk abih2 si polan2 kene rasuk aje.. ape2 je la
Quote Munnalicious 11-9-2014 06:58 AM
Sampai hati shuib buat mcm tu kat siti sarah...
Quote maxim 11-9-2014 07:01 AM
btw ni first job zarina anjolie ke eh?
Quote nadieya 11-9-2014 07:10 AM
xde pelakon lain ke mamat khalid nk ambk
iolz tgk si zarina ni pun xdak selera... apatah lagi nak tgk kat wayang...
adoiiii...
Quote maxim 11-9-2014 07:12 AM
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr
Quote fifie_olin 11-9-2014 07:26 AM
bleh plk dia trima tawaran tu ek...
x byk skit...mesti si sarah ni terasa gak...
ye la sape x syg somi khenn
Quote aminsaniah 11-9-2014 07:39 AM
kira siti sarah dah tau la ni kan..
Quote makton 11-9-2014 07:49 AM
ke, shuib x berselera nak berdaring dgn zarina? pastu shuib buat alasan malu & takut?
Quote cmf_summer_snow 11-9-2014 07:56 AM
aminsaniah posted on 11-9-2014 07:39 AM
kira siti sarah dah tau la ni kan..

sepatutnya dah tau la sebab masa tayangan gala tu
siti sarah ada
Quote alphawolf 11-9-2014 08:03 AM
maxim posted on 11-9-2014 07:12 AM
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr

Ala2 Harold and Kumar Go To White Castle Kot?
Quote blairchuck 11-9-2014 08:05 AM
maxim posted on 11-9-2014 07:12 AM
Amir & Luqman Pergi Ke Laut

hazabnya tajuk pilem..cam tajok karangan bdk upsr

dah takde tajuk lain ke
Quote dondangdendang 11-9-2014 08:13 AM
blairchuck posted on 11-9-2014 08:05 AM
dah takde tajuk lain ke

kbykkan tajuk filem abg mamat mmg pelik tp TOP, contohnya hantu kak limah balik kampung.....hihihiih
Quote mahayu 11-9-2014 08:41 AM
rahsia tinggal rahsia jelah shuib.....

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.087752 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top