CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Datuk Yusof Haslam Jadi 'Orang Tengah' Pulihkan Seniman

15-9-2014 02:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5244| Komen: 10

Description: Walaupun Agm14 Bakal Diadakan Kurang Sebulan Lagi, Namun Kedua Belah Pihak Yang Berdepan Dengan Kemelut Sebelum Ini Masih Gagal Untuk Duduk Semeja. Perkara Ini Amat Membimbangkan Presiden Persatuan Pe ...

Datuk Yusof Haslam Jadi 'Orang Tengah' Pulihkan Seniman


SETELAH hampir setahun lumpuh tanpa sebarang gerakan dan aktiviti, Persatuan Seniman bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 (AGM 14) pada 27 September depan.

AGM 14 yang bakal dikendalikan oleh bekas Presiden Seniman terdahulu, Harun Salim Bachik, mendapat mandat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Walaupun AGM14 bakal diadakan kurang sebulan lagi, namun kedua belah pihak yang berdepan dengan kemelut sebelum ini masih gagal untuk duduk semeja. Perkara ini amat membimbangkan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam, memandangkan Seniman adalah persatuan artis tertua tempatan yang ditubuhkan empat dekad lalu.

Mengambil kira soal kepentingan persatuan itu, pengarah dan penerbit filem ini menawarkan diri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua pihak.

Berperanan sebagai 'orang tengah', Yusof memberitahu, perjumpaan antara mereka akan dilakukan pada 16 September ini (Selasa) di Restoran Haslam.

"Alhamdulillah, saya telah pun berbincang dengan kedua-dua pihak dan mereka bersetuju untuk mengadakan pertemuan ini.


"Malah, dalam pertemuan itu nanti, kami akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit sebelum ini dan juga berusaha untuk mendamaikan mereka.

"Saya berharap agar pertemuan ini menjadi detik bermakna dan mencipta persepakatan baharu dalam persatuan ini," katanya.

Tambah pemilik syarikat produksi Skop Productions ini, usaha yang dilakukan untuk Seniman adalah tanggungjawab bersama untuk industri tanpa mengandungi apa-apa kepentingan peribadi.

"Sudah lama saya memerhatikan keadaan ini dan terpanggil untuk membantu mereka. Saya harap, tiada yang memanipulasikan usaha saya kerana apa yang dilakukan ini adalah untuk industri.

"Industri memerlukan Seniman dan tidak mahu ianya terkubur begitu sahaja. Malah, masalah antara ahli persatuan tidak boleh diheret bersama.

"Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan berhemah, sudah tentu sikap berpuak-puak ini akan terus menyukarkan perjalanan persatuan selepas ini," katanya lagi.



Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote m0g 15-9-2014 11:14 AM
Oh DYH. Pls coming back
Quote sekel 15-9-2014 11:30 AM
Zed Zaidi apa komen anda
Quote CiliPadiSedap 15-9-2014 11:59 AM
sekel posted on 15-9-2014 11:30 AM
Zed Zaidi apa komen anda

google je, ada retis jual rumah segera dekat gombak dpt gelaran dato naning. ada retis join kongsi gelap melayu
Quote amirgo 15-9-2014 02:46 PM
Apa cerita zed zaidi skrg ni ek?
Quote shodaime 15-9-2014 08:29 PM
Jet jaidi byk timbulkan masalah
Quote koliba 16-9-2014 05:59 PM
Jadi pimpinan seniman ni dpt elaun ker ?
Quote tomet05 17-9-2014 11:30 PM
semoga beroleh kemudahan dalam menyelesaikan segala permasalahannya ya datuk  ..
syamsu lyusof mencelah
Quote koliba 18-9-2014 08:03 AM
Kembalikan fungsi asal seniman
Quote tomet05 18-9-2014 11:09 AM
semoga diselesaikan dengan baik2 aja ya ..
Quote amirgo 26-9-2014 11:52 PM
Semua nak tunjuk keras kepala,susah la

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.203476 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top