CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fathia Nafi Mahu Berhenti Berlakon

17-9-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28659| Komen: 73

Description: "Malah Pada Hujung September Ini Saya Akan Memulakan Penggambaran Drama Bercinta Terbitan Zeel Production. Dan Pada April Tahun Depan Saya Bakal Terlibat Dengan Filemputeri Limau Purut, Arahan Dat ...

Fathia Nafi Mahu Berhenti Berlakon



PETALING JAYA:
Pelakon Nur Fathia berharap mana-mana pihak tidak keliru dengan dakwaan kononnya dia bakal bersara daripada dunia lakonan.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, bagaimanapun tidak terkejut dengan berita itu kerana menganggap ia sebuah gosip yang tidak jelas sedangkan sehingga kini dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang diperkatakan.

"Itu hanyalah gosip sahaja dan saya tidak pernah memberi kenyataan mahu berhenti berlakon.

"Malah pada hujung September ini saya akan memulakan penggambaran drama Bercinta  terbitan Zeel Production. Dan pada April tahun depan saya bakal terlibat dengan filemPuteri Limau Purut,  arahan Datuk Seri Shah Reza.

"Jadi, mana mungkin saya mahu berhenti di saat saya menerima tawaran demi tawaran," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fathia diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok yang mengatakan dia tidak mahu terlibat dalam lakonan lagi termasuklah bidang seni lain.

Menurut laporan itu, Fathia yang masih menuntut dalam jurusan undang-undang peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ingin berubah angin di bidang lain.

Sementara itu, Fathia menganggap, isu itu mungkin timbul memandangkan dia sudah lama tidak muncul di mana-mana drama televisyen sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, dia percaya gosip tersebut tidak akan menjejaskan kerjayanya mahupun pun kehilangan peminat.

"Sebenarnya dari dulu lagi konsep saya bekerja ialah, mengambil tawaran satu demi satu. Dan saya akan menolak tawaran lain sekiranya terdapat penggambaran projek lain pada ketika itu.

"Jadi, saya anggap orang ingat, apabila saya tolak tawaran, kiranya saya dah tak mahu berlakon. Apa-apapun, buat peminat-peminat, jangan risau, saya masih lagi dalam industri seni kita," tuturnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 16-9-2014 01:02 AM
Puteri Limau Purut
Quote mesmerize 16-9-2014 01:33 AM
bila la dia ni nak grad?
Quote mesmerize 16-9-2014 01:33 AM
btw adik dia tu fanna latif tu cun giler.. mata cantik sangat2.. lebih cantik dari fatiya
Quote myrustyme 16-9-2014 05:55 AM
adik beradik fathia semua lawa2 & pandai.. patut boleh buat ala2 kardashian family.. tp x grad2 lg ke..
Quote nadieya 16-9-2014 06:47 AM
semua adik beradik dorg lawa...
biasa jenis2 mami penang yg high class...
tp syg x grad2 lagi...
iolz dah masuk 3 kali grad dah...hik3
adik dia yg fana tu ambk law jugak kan?
Quote September14 16-9-2014 07:12 AM
Cantik bpn berbakat, iols suka tgk dia blakon tp benarkh dia ada masalah attitude?
Quote offwhite 16-9-2014 07:30 AM
patia ni lahir 1 sept 1987..sama date dgn kita
Quote rosmahisham 16-9-2014 07:41 AM
iols pon suka dia ni jd arianna rose sesuai sgt...setakat sombong n kekwat skt2 biasala nama pn org chantik n tpelajar kn..
Quote mrsLucky 16-9-2014 09:48 AM
She so cantik...so far artis Malaysia yang tercantik buat masa ini....
Quote faraRosales 16-9-2014 09:51 AM
offwhite posted on 16-9-2014 07:30 AM
patia ni lahir 1 sept 1987..sama date dgn kita

same with me juga
Quote tara_tara 16-9-2014 09:58 AM
Jumpa depan depan sangatlah gojes fathia ni plus tak sombong.
Quote Suchi 16-9-2014 10:06 AM
baru 26 tahun ker?

Quote Suchi 16-9-2014 10:07 AM
RatuDunia94 posted on 16-9-2014 01:02 AM
Puteri Limau Purut

uols terbayang limau purut yg berkedut2 tu yea?

pilem nih dr novel ke ya?
sbb rasa masa iols sekolah rendah dulu mcm pernah terbaca novel/cerpen Puteri Limau Purut.
Quote myralupilato 16-9-2014 10:12 AM
mesmerize posted on 16-9-2014 01:33 AM
btw adik dia tu fanna latif tu cun giler.. mata cantik sangat2.. lebih cantik dari fatiya

aah adik fathia si fanna mmg cun

tp mata i pulak tgk fathia lagi cantik dari fanna. adik theyols yg bongsu pun cantik. tapi tak secantik fathia & fanna
Quote myralupilato 16-9-2014 10:32 AM
alang alang cerita pasal fathia, nak tepek la gambar sheols dan adik2 sheols yg juga cantik cantik. bg i fathia artis muda malaysia paling cantik buat masa ni

fathia, 2nd fanna. bongsu (bertudung) fasiha. *sheols ada sorg lagi adik lelaki
bagi i fasiha ni airmuka dia paling sweet nak compare dengan akak2 sheols. lembut je. tp tak secantik akak2 sheols. fanna pulak bagi i mempunyai wajah yang paling seksi antara theyols bertiga. gorjesss sgt. stok2 Miss Universe muka fanna ni. Fathia pulak tengah tengah. ada seksi sikit, ada manis, ada lembut. Sebab tu i rasa fathia the prettiest.

fathia- fasiha- fanna


fasiha-fanna-fathia

fanna & fathia


gambar raya.  fathia,-fanna- fasiha-mak theyols.


fathia & fanna


fathia  & fasiha


gambar add on. fathia, lofa & geng2 theyols.

credit: fatiylatiff's IG Last edited by myralupilato on 16-9-2014 10:36 AM

Quote malaywood.NET 16-9-2014 10:37 AM
myralupilato posted on 16-9-2014 10:32 AM
alang alang cerita pasal fathia, nak tepek la gambar sheols dan adik2 sheols yg juga cantik cantik.  ...

betol lah.. adik beradik dia yg lain cantik nya.
Quote maxim 16-9-2014 10:41 AM
myralupilato posted on 16-9-2014 10:32 AM
alang alang cerita pasal fathia, nak tepek la gambar sheols dan adik2 sheols yg juga cantik cantik.  ...

iols pilih fasiha
Quote myralupilato 16-9-2014 11:01 AM
malaywood.NET posted on 16-9-2014 10:37 AM
betol lah.. adik beradik dia yg lain cantik nya.

kannnn
Quote myralupilato 16-9-2014 11:01 AM
maxim posted on 16-9-2014 10:41 AM
iols pilih fasiha

fasiha muka keibuan kan abam maxim. hihihi.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073436 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top