CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Rampas, Bakar Bible: Jabatan Peguam Negara Tidak Dakwa Ibrahim Ali

28-10-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4967| Komen: 12

Description: "Selain Itu, Tiada Kesalahan Yang Dibuat Ibrahim Di Bawah Seksyen 298 Atau 298a Kanun Keseksaan Kerana Apa Yang Dilakukan Ibrahim Jelas Mempertahankan Kesucian Agama Islam," Kata Jabatan Peguam Ne ...
Rampas, bakar Bible: Jabatan Peguam Negara tidak dakwa Ibrahim Ali
  



KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyeru umat Islam merampas dan membakar salinan bible Al-Kitab yang mengandungi perkataan Allah.

Ini kerana kenyataan beliau tidak dalam lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948, kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jabatan itu merujuk kepada kenyataan Ibrahim pada sidang media selepas tamatnya Konvensyen Perkasa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang pada Januari 2013.

Ibrahim membuat kenyataan itu bagi mengulas kejadian pengedaran Bible kepada golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Jan 2013, di mana tiga lelaki Cina dikatakan mengedar sejumlah Bible kepada pelajar sekolah itu termasuk pelajar Islam di hadapan sekolah berkenaan.

Ibrahim membuat kenyataan itu dalam konteks kejadian di SMK Jelutong, yang setelah dikaji keseluruhan kenyataannya, Jabatan Peguam Negara mendapati ia tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.

"Kata-kata Ibrahim ditujukan kepada kejadian individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar di SMK Jelutong termasuk pelajar Melayu," kata jabatan itu.

Menurut Jabatan Peguam Negara, Ibrahim jelas tidak berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

"Kenyataannya itu tidak tergolong di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana Presiden Perkasa itu tidak mempunyai niat untuk menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan ketenteraman awam tergugat.

"Selain itu, tiada kesalahan yang dibuat Ibrahim di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan kerana apa yang dilakukan Ibrahim jelas mempertahankan kesucian agama Islam," kata Jabatan Peguam Negara.

Menurut jabatan itu, tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama jika mereka membaca Bible itu, lebih-lebih lagi ia mengandungi tulisan jawi.

"Setelah mengambil kira fakta dan keterangan kes-kes ini, Peguam Negara berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk kes-kes ini dibawa ke mahkamah," menurut jabatan itu. - BERNAMA

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 27-10-2014 09:51 PM
Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:19 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my




KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bertegas dengan pendiriannya bahawa kenyataan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam isu Bible bersifat hasutan.

Khairy berkata, pendirian itu bersifat peribadi tanpa melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Kalau pandangan peribadi saya...kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan.

"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu tentang Al Quran, sudah tentulah menghasut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad bahawa kenyataan yang Ibrahim untuk membakar Bible bahasa Melayu, tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

"Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan," katanya.
Quote munchkin 27-10-2014 10:00 PM
Kenapa bakar dan rampas bible tak hasut. Cuba orang cakap the other way round. Kalau the other way round jadi hasut ke tak hasut. Sebab? Mohon pencerahan. Tak paham.
Quote alfida 27-10-2014 10:02 PM
aku sokong ibrahim ali
Quote unoryah 28-10-2014 05:58 PM
Hmm..perkasa betul Ibrshim Ali ni. Bias juga Jabatan Peguam Negara tu ya.
Quote farfar 28-10-2014 10:49 PM
Topik mcm ni yang terang2 an unislamic act, tak jadi hot topic dlm cari ya. Nampak sangat dah mentaliti melayu mcm mana.
Quote alesandra 28-10-2014 10:52 PM
elok bakar je penganas berahim katak neh.kite bakor...kite bakor
Quote Orange1 28-10-2014 10:55 PM
Klu mcm tu boleh le bukan melayu pulak bagi kenyataan suruh g rampas n bakar qoran, tgk pulak mcm mana melayu melentinggggggggggggggg!

Quote Orange1 28-10-2014 10:57 PM
Melayu satu hari klu bangsa2 lain dah tak boleh nak tahan sgt dgn peranai ummah ni, taktaulah apa nak jadi, melampauuuuuu sgt bangsa ketuanan ni takde respect pd agama org lain.
Quote Sunshine81 30-10-2014 08:56 AM
tetiap hari sy ajar budak menghormati agama2 yg lain. Bila baca ni panas betul hati.   kita ajar budak tp apa yg berlaku di depan mata tdk seperti yg di ajar dlm buku pendidikan. Jangan cakap pasal negara luar, sebab sistem mereka lain dari negara kita. Ada kah mana2 agama di Malaysia yg bakar Quran?  Just because beberapa pelajar yg mengedar Alkitab di skolah... so what... sy juga download app Quran di android sbb nak belajar lebih ttg agama ni dan niat sy baik. Salah kah? kalau salah saya remove la app tu.
Quote snipersnake 30-10-2014 09:17 AM
Allah dan Rasul tak pernah ajar benda2 mcm nih. hanya kerana Ibrahim Ali nih penjilat mahathir, dia kebal. ini adil ke? Rasulullah pon dulu bangkit memberi penghormatan pada jenazah bukan Islam. ni kita, claim membakar bible mempertahankan Islam? Gila apa. Ini la sebab org bukan islam benci org islam. sbb org2 yg menyeleweng agama mcm nih lah.
Quote kumang 30-10-2014 10:13 AM
gila!
sikap mcmnilah yg buat org bkn islam benci sgt dgn org islam..stupid mentality..
aku slamba je duduk mkn minum dgn geng2 islam dn bkn islam2 kat kedai duduk semeja xda pun nk sentuh bab2 mcmni..
yg aku tau nabi muhamad seorg pencinta kedamaian dn hormat dgn agama lain..
x pnh pun dia ajar benda2 mcmni..
bkn ke islam majoriti kat mesia ni...agama lain especially kristian hanya minoriti..
so what?...apa nk takut...bangang btul..
Quote putr@polo 4-11-2014 10:18 AM
Siasat Semula Ibrahim Ali - Joseph Kurup

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 7:21 PM
LOSHANA K SHAGAR Oleh: LOSHANA K SHAGAR
editor@mstar.com.my



Tan Sri Joseph Kurup
   
KUALA LUMPUR: Tan Sri Joseph Kurup menyarankan agar kerajaan membuka dan mengkaji semula siasatan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan menghasut kerana menggesa supaya Bible berbahasa Melayu dibakar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kajian semula itu perlu untuk memenuhi panggilan daripada rakyat supaya Ibrahim disiasat kerana menghasut.

"Saya menyeru Peguam Negara untuk membuka semula dan mengkaji semula kes itu sebagai memenuhi permintaan rakyat yang marah," katanya di Parlimen.

Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bulan lalu, berkata bahawa kenyataan Ibrahim tidak mempunyai kecenderungan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948 dan ia adalah jelas beliau melakukannya untuk mempertahankan kesucian Islam.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.115384 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top