CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

[Banjir]Jkm Guna Helikopter Hantar Makanan Kepada Mangsa Banjir

26-12-2014 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6519| Komen: 0

Description: Pengarahnya Nik Omar Nik Abdul Rahman Berkata Alternatif Dengan Kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (Tudm) Gong Kedak Itu Diambil Berikutan Jarak Antara Gua Musang Dan Jeli Dengan Kota Baharu Agak ...
JKM Guna Helikopter Hantar Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Gua Musang Dan Jeli


KOTA BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menggunakan sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Jeli berikutan kesukaran menggunakan laluan darat.

Pengarahnya Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata alternatif dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak itu diambil berikutan jarak antara Gua Musang dan Jeli dengan Kota Baharu agak jauh dan memerlukan masa yang panjang untuk tiba di sesebuah lokasi jika menggunakan laluan darat.

"Kita khuatir sekiranya ada jalan yang ditutup dan terkandas yang akan menyukarkan lagi kerja-kerja penghantaran bekalan makanan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa di lapan jajahan di Kelantan meningkat kepada 20,709 berbanding 20,468 orang pagi tadi.


Kesemua mangsa daripada 6,795 keluarga itu ditempatkan di 84 buah pusat pemindahan berbanding 70 pusat pagi tadi.

Nik Omar berkata hujan lebat yang berterusan sejak semalam dan kadang kala lebat hari ini di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai, menyebabkan paras air sungai di jajahan itu meningkat dan membanjiri kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui.

"Bagaimanapun pegawai kita dan pihak yang terlibat sudah bersiap sedia untuk mengagihkan makanan dan membantu mangsa banjir di sana," katanya.

Nik Omar meminta semua mangsa yang berada di pusat pemindahan bersabar menunggu bekalan makanan memandangkan banyak kekangan terpaksa dihadapi ekoran bencana itu.

"Harap mangsa banjir bersabar kerana bekalan kita terputus memandangkan jumlah mangsa yang semakin meningkat...bekalan yang disediakan adalah banyak tetapi jumlah mangsa banjir terlalu ramai, jadi kita terputus bekalan termasuk di kedai-kedai yang dilantik untuk membekalkan bekalan berkenaan," katanya.

Beliau berkata helikopter yang membawa bekalan makanan itu kini dalam perjalanan ke Gua Musang serta Jeli dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=848237&extra=page%3D1&page=2
14

Bagus
21

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057252 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top