CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fizo Omar Kesal Gambar 'Selfie' Ketika Banjir Dijadikan Isu

30-12-2014 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18137| Komen: 101

Description: Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, dia berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia tidak memberi sebarang faedah dan meminta agar mereka mendoakan kesejahteraan kepada mangsa ...
Fizo Omar Kesal Gambar 'Selfie' Ketika Banjir Dijadikan Isu

Fizo memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan mendapat kritikan daripada pengikut di Instagram.


PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan Fizo Omar kesal dengan segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, dia berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia tidak memberi sebarang faedah dan meminta agar mereka mendoakan kesejahteraan kepada mangsa banjir.

"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.

"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fizo ketika ini masih berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan untuk membantu mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kelantan.


Fizo berada di Kelantan sejak empat hari lalu.



Dalam pada itu, Fizo berkata, dia dan pasukan Hot Burgers Malaysia berada di Kelantan sejak Khamis lalu untuk mengagih-agihkan makanan dan barang keperluan lain kepada mangsa banjir.

Jelas Fizo, dia dan pasukannya menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan terus ke rumah mangsa yang masih terperangkap dan tidak sempat untuk diselamatkan.

"Ada yang masih terperangkap di rumah sejak banjir berlaku dan mereka ini menjadi tumpuan kami kerana kebanyakan daripada mereka sudah berhari-hari tidak makan kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.

"Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke sana dipermudahkan dan kebetulan kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan membolehkan kami merentasi kawasan yang dinaiki air," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, biarpun bekalan yang dia bawa untuk mangsa telah pun selesai diserahkan namun dia akan berada di negeri itu untuk beberapa hari lagi untuk membantu menghantar bekalan makanan yang tiba dari Kuala Lumpur sumbangan orang ramai dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Kata Fizo, mereka akan berulang alik dari lapangan terbang ke tempat banjir untuk menghantar barang-barang tersebut dan menyeru sesiapa yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda untuk tampil membantu.

"Syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di negeri Pantai Timur dan pelbagai barang tiba di lapangan terbang untuk diagihkan.

"Atas sebab itu kami ambil keputusan untuk terus berada di sini sehingga keadaan beransur pulih dan membantu apa yang perlu," ujarnya.

10

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stokin 30-12-2014 01:11 AM
Klau nk amek gmbr banjir, amek gmbr banjir. Buat apa nk amek gmbr selfie. Siap bwk monopod lg. puii
Quote chaintea 30-12-2014 01:19 AM
lenkali bw la monopod u
perlu ke nk usung ke hulu ke hilir
Quote dani-rox 30-12-2014 01:46 AM
baru tau umur heshe nih 29thn... muka tua jah
Quote batman_2007 30-12-2014 01:59 AM
Knpe dia heshe?
Quote reenaz 30-12-2014 02:16 AM
Kalau betul nak amik gambo banjir takyah la masuk muka ngko je fizo!!
Quote bolehblah 30-12-2014 02:40 AM
sama naik bimbo dengan bini dia
Quote kimsa-ra 30-12-2014 02:42 AM
muka pn nmpk hapi
Quote etonjelita 30-12-2014 02:51 AM
Ehmmmmmmmmmmm.... Retis sgt..... Buat apa2 mesti show off...
Quote Orix 30-12-2014 02:55 AM
kan. motip sgat selpie kt tgah banjir siap bawak monopod.. nsib tok ti xde selpie sama aritu.. org je yg amek gmba dia..
Quote munchkin 30-12-2014 03:47 AM
Monopod tu ada guna. Kalau takde pendayung leh sambung cebok kat hujung pastu dayungkan.
Quote makton 30-12-2014 07:38 AM
fo.jpg


fo2.jpg

fo3.jpg


abam pijo... kalau tak nak kena hencap, jgn buat status yg memakan diri sendri.

#prayforpantaitimur
Quote gemok_gendot 30-12-2014 08:08 AM
Edited by gemok_gendot at 30-12-2014 08:13 AM

bersangka baik je k..??janji niat dia ikhlas nak tolong mangsa2 banjir..ape pun mok salute dia sanggup turun padang bantu mangsa2 banjir kat sana..peace y'all..!!!
Quote alieyrina 30-12-2014 08:30 AM
Poyo nak #/^_^×@# jantan nih ! Ehh jantan kewww
Quote annehuda 30-12-2014 08:47 AM
Oh wujud lg hot burgers tu tp ngape x penah tgk pun gerainye? Burgers eksklusif mcm paritdah ke nk beli kene tido luar kedai dulu?
Quote cicicumel 30-12-2014 08:51 AM
Yg penting heols selfie pakai GoPro Hero 4 Black edition
Quote kejoraria 30-12-2014 08:54 AM
nak buat baik tak perlu dihebah2kan...biar Allah aja judge
Quote mozilla_83 30-12-2014 08:58 AM
Alhamdulillah Ada juga usaha dia nk Bantu. Niat dia nk show off ke hape biarla Allah yg nilai
Quote sassy_girl82 30-12-2014 09:02 AM
Teringat pertanyaan penonton utk PU Yusof dlm final pencetus ummah baru2 ni berkenaan selfie..
Takkan fizo x ambil ikhtibar @ pelajaran dari isu tersebut...
Quote azie.dz 30-12-2014 09:12 AM
mendapat la kannnnn

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.149100 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top