CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Charlie Hebdo Akhbar Provokasi - Tun Mahathir

8-1-2015 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36653| Komen: 606

Description: “Saya Tidak Halalkan Perbuatan Membunuh Ini. Bukan Saya Menyokong Perbuatan Membunuh. Tetapi Kita Harus Ingat Kalau Kita Sengaja Provok Orang Dan Reaksi Mereka Kita Tidak Boleh Tentu. Sepatutnya Tida ...
Charlie Hebdo Akhbar Provokasi - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang diserang dengan senjata api sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh sebagai akhbar pencetus provokasi.

Menurutnya, akhbar satira berkenaan tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad.

“Mereka suka membuat karikatur mengenai Nabi Muhammad. Ini provokasi. Walaupun orang Islam tidak harus membunuh tetapi sudah tentu ada kalangan orang Islam yang agak begitu marah dan mereka membuat tindakan sebegitu.

“Apa niat mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Hanya kerana mereka rasa selamat dan kuat maka mereka boleh buat apa sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program “One Soul One Quran” di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Dr. Mahathir berkata, tindakan akhbar berkenaan yang mencetuskan provokasi tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa.

“Saya tidak halalkan perbuatan membunuh ini. Bukan saya menyokong perbuatan membunuh. Tetapi kita harus ingat kalau kita sengaja provok orang dan reaksi mereka kita tidak boleh tentu. Sepatutnya tidaklah, tetapi ada orang yang begitu marah. Inilah yang berlaku.

“Menghina nabi dan sebagainya tidak harus dibuat. Mungkin pegangan mereka kepada agama sudah luntur tetapi kita dalam masyarakat manusia yang bertamadun kita harus menghormati kepercayaan orang lain,” tegasnya.

Dalam kejadian semalam, 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat Charlie Hebdo.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charia Hebdo.

Sehingga kini seorang suspek, Hamyd Mourad, 18, yang didakwa terbabit dalam serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo menyerah diri kepada polis di sini, malam tadi. 

2

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 8-1-2015 04:18 PM
akak harap ummah pencetus provokasi di CI ni ambik iktibar dari kejadian ni.....jgn pulak korang menerima nasib yg sama....
Quote scorpionkiki 8-1-2015 04:21 PM
Tun M yg tak zuhud ni pun tegur ....dan aku rasa pandangan dia dikongsi ramai...salah membunuh tp editor akhbar tu yg cari pasal
Quote primemova 8-1-2015 04:24 PM
Edited by primemova at 8-1-2015 04:25 PM

Setuju dgn Tun.. Aku tak faham sesetengah forumer yg tidak senstitive dgn karikatur mempermainlan nabi muhammad.... Feeling urban dan open minded kah?
Quote Modngengade 8-1-2015 04:26 PM
primemova replied at 8-1-2015 04:24 PM
Setuju dgn Tun.. Aku tak faham sesetengah forumer yg tidak senstitive dgn karikatur mempermainlan na ...

mereka tu ummah perasan urban tetapi sekadar urban pprt jerla dekkk

Quote lvsg8 8-1-2015 04:27 PM
tun hanya berkata yg sebenar...semua kena ambik iktibar tu..
Quote kecimpret 8-1-2015 04:27 PM
nak wat joke pun ada limit...cuba kalo yg kena tu jesus,moses,lord murugan..konfom pengikut dorang pun akan marah..tengok je laaa kes film the passion of christ...bersungguh2 tul org yahudi bantah sbb terasa ianya anti semitik
Quote Modngengade 8-1-2015 04:33 PM
kecimpret replied at 8-1-2015 04:27 PM
nak wat joke pun ada limit...cuba kalo yg kena tu jesus,moses,lord murugan..konfom pengikut dorang p ...

yer dlm bab ni aku setuju sgt dgn kau kecimpret....

Quote perang_sivil 8-1-2015 04:35 PM
selayaknyalah akak kan?
Quote Modngengade 8-1-2015 04:39 PM

betul dekkkkk....couldn't agree more bak kata ummah kokesen....

Quote FOTHER-MUCKER 8-1-2015 04:40 PM
Maka dengan itu bersorak gumbiralah persatuan terrorist terrorist dunia merayakan kemenangan murika di atas kematian pihak pihak yang menghina. Yang terhina telah menang lagi.
Quote bluehedgehog 8-1-2015 04:42 PM
otosan perlu bersyukur...
Quote cak! 8-1-2015 04:44 PM
Modngengade replied at 8-1-2015 04:26 PM
mereka tu ummah perasan urban tetapi sekadar urban pprt jerla dekkk

urban pprt yg berumah di jeli, bachok celah hutan banat
Quote Modngengade 8-1-2015 04:45 PM
FOTHER-MUCKER replied at 8-1-2015 04:40 PM
Maka dengan itu bersorak gumbiralah persatuan terrorist terrorist dunia merayakan kemenangan murika  ...

Mother F....yg penting jgn hina agama org lain....itu msg dia...
tak der saper yg condone pembunuhan tersebut....

Quote Changa 8-1-2015 04:45 PM
akhbar itu make fun kat semua religion, kenapa ummah religion lain tidak mengganas?
kenapa islam sahaja yg perlu mengganas?
jelas sekali islam itu pengganas.
Quote Changa 8-1-2015 04:47 PM
Edited by Changa at 8-1-2015 04:52 PM
kecimpret replied at 8-1-2015 04:27 PM
nak wat joke pun ada limit...cuba kalo yg kena tu jesus,moses,lord murugan..konfom pengikut dorang p ...

nampak sangat kamu bimbo,.mereka make fun semua religion, bukan hanya islam la sundal.
kenapa ummah ugama lain tak mengganas?
apa masalah ummah islam sampai nak bunuh2 orang?
nampak tak apa yg tak kena dengan islam??








Quote Modngengade 8-1-2015 04:48 PM
Changa replied at 8-1-2015 04:45 PM
akhbar itu make fun kat semua religion, kenapa ummah religion lain tidak mengganas?
kenapa islam sa ...

dekkk.....utk kesekian kalinyer....tolong bersihkan mulut longkang kau sis....

Quote d'zeck 8-1-2015 04:49 PM

entah apa apa lu ni

selalu je out of context

Quote famri7 8-1-2015 04:50 PM
Jadinya dengan kata lain isele telah menang besar kali ni sis?

Jesus dipermainkan dari segala aspek dari dulu lagi sis.gautama buddha pon diparody jah degn asian steretype di hollywood.namun mereka aman jah.

Jadi kenapa isele ummah terpilih dibolehkan membunuh gentiles sesuka hati? Ada elohim suruh ke sis?
Quote d'zeck 8-1-2015 04:51 PM
Changa replied at 8-1-2015 04:45 PM
akhbar itu make fun kat semua religion, kenapa ummah religion lain tidak mengganas?
kenapa islam sa ...

sebabnya penganut2 agama lain
sebahagian besarnya tidak ambil
kisah dengan anutan mereka,

selain terikut dengan kebejatan
sosial di sebalik kemajuan dunia,

kononnya
atas nama kemajuan dan sains

Lihat semua komen(606)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.095658 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top