CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Gambar terakhir artis sebelum mati

19-2-2015 11:11 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 10832| Komen: 13

Description: Gambar terakhir artis sebelum mati Siapa sangka hanya sekeping foto boleh membawa seribu makna. Tapi apabila sekeping gambar diambil dan kemudian diketahui itu adalah gambar terakhir dalam hayat se ...
Gambar terakhir artis sebelum mati

Siapa sangka hanya sekeping foto boleh membawa seribu makna. Tapi apabila sekeping gambar diambil dan kemudian diketahui itu adalah gambar terakhir dalam hayat seseorang individu, maka bertambahlah nilai sama ada secara emosi mahupun harga gambar tersebut.

Tambahan pula jika gambar tersebut melibatkan orang-orang yang dikenali ramai diseluruh dunia, sudah tentulah ia menjadi antara bahan paling penting untuk dijadikan kenangan.

Berikut ialah antara gambar-gambar terakhir yang sempat dirakamkan secara tidak langsung daripada orang-orang ternama yang meninggal dunia tidak lama selepas gambar tersebut diambil.

Jimi Hendrix




Gambar penuh nostalgia lagenda terkenal dunia hiburan dan muzik ini telah diambil sendiri oleh teman wanita Jimi Hendrix iaitu Monika Danneman.

Dalam gambar tersebut jelas menunjukkan Jimi sedang memegang gitar yang paling digemarinya yang turut mempunyai gelaran iaitu 'Black Betty'.

Gambar ini dikatakan diambil hanya sehari sebelum kematian Jimi. Sebenarnya ini adalah salah satu daripada gambar daripada rangkaian gambar-gambar yang diterbitkan dalam buku Monika sendiri yang berjudul 'The Inner World of Jimi Hendrix'.

Jimi dikatakan agak tidak bermaya dalam gambar ini namun dalam gambar-gambar lain yang diterbitkan turut menunjukkan Jimi bersiar-siar dilaman belakang apartmen Monika di London sambil memegang gitar tersebut.

Albert Einstein



Gambar Albert Einstein ini dipercayai diambil berdekatan dengan rumahnya di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat yang mana dia telah bekerja di Institut for Advanced Study sehinggalah ke akhir hayatnya.

Gambar ini dianggarkan diambil hampir sebulan sebelum Albert Einstein menemui ajalnya. Albert tinggal disitu bersama-sama dengan isterinya dan juga setiausaha mereka.

Satu fakta yang sudahpun kita tahu iaitu otak Albert Einstein telah dikeluarkan daripada badannya semasa proses autopsi dijalankan tanpa kebenaran keluarganya sebagai satu usaha para saintis neuro untuk menjalankan kajian dan mencari jawapan tentang kebijaksanaan yang dimiliki oleh Albert Einstein.


Amelia Earhart



Sebelum ini, akhbar Daily Mail telah menerbitkan beberapa keping gambar yang tidak pernah ataupun jarang dilihat yang memaparkan juruterbang wanita terawal iaitu Amelia Earhart semasa detik-detik terakhirnya sebelum dia melakukan penerbangan terakhirnya pada tahun 1937. Gambar-gambar ini sebenarnya telah ditemui oleh seorang wanita yang hampir membuangnya kedalam tong sampah.

Antara gambar tersebut memaparkan Amelia sedang mengemaskan barang-barangnya kedalam beg, Amelia sedang mendapatkan khidmat gunting rambut, Amelia sedang memerhatikan carta cuaca dan juga sedang membuat persiapan lain untuk penerbangannya itu.

Turut ada didalam gambar tersebut ialah kapal terbang yang digunakan oleh Amelia iaitu Lockhead Model 10 Electra.

Marilyn Monroe




Gambar yang diambil ini adalah semasa lawatannya bersama-sama Frank Sinatra dan pemain piano Jazz iaitu Buddy Greco pada hujung minggu sebelum kematian Marilyn pada 5 Ogos 1962.

Ianya dikatakan diambil disekitar Tasik Tahoe di Nevada yang mana Frank Sinatra dan Buddy Greco membuat persembahan disitu.

Namun, daripada 36 keping gambar yang berada dalam gulungan filem itu, hanya enam yang terselamat. Menurut Buddy, dia masih ingat yang hujung minggu itu merupakan satu hujung minggu yang sangat istimewa kepada mereka.

Selain gambar ini, terdapat beberapa siri lagi gambar-gambar terakhir Marilyn Monroe yang diambil oleh Bert Stern, George Barris dan juga Allan Grant.

Elvis Presley



Gambar terakhir Elvis Presley ini diambil ketika Elvis sedang memasuki kediamnya di Graceland bersama-sama teman wanitanya ketika itu iaitu Ginger Alden pada 16 Ogos 1977.

Menurut fakta, ketika itu mereka berdua baru pulang dari membuat lawatan ke klinik doktor gigi.

Walaupun dikatakan Elvis sedang menghadapi beberapa masalah kesihatan ketika itu namun dia sedang membuat persediaan untuk memulakan konsert bergeraknya semula malahan sepatutnya dia mempunyai jadual penerbangan pada malam itu.

Namun, ternyata ajal lebih awal menjemputnya pada hari yang sama.

Jimi Morrison




Peneraju utama bagi kumpulan Doors ini telah singgah di Hotel de I'Oise di Saint-Leu-d'Esserent di Perancis bersama-sama teman wanitanya sejak sekian lama iaitu Pamela Courson.

Pada ketika itu seorang jurugambar yang juga rakan mereka iaitu Alain Ronay telah mengambil beberapa keping gambar-gambar intim antara mereka berdua ketika mereka berdua sedang makan dan berehat disitu.

Menurut cerita, pada ketika itu, Jim telah berkunjung ke Paris dan melawat kawasan perkampungannya untuk mengalihkan fokusnya agar dapat menulis bahan untuk muziknya.

The Notorious B.I.G (Christopher Wallace)



Gambar yang memaparkan Biggie Smalls ini pula adalah diantara kenangan paling hampir dengan kematiannya kerana tidak lama selepas ia diambil, beliau telah menemui ajalnya.

Dalam gambar ini, kelihatan The Notorious B.I.G bergambar bersama-sama rakan seperjuangannya, Sean 'P.Diddy' Combs.

Mengikut fakta, ia diambil selepas sahaja beliau menyampaikan anugerah di Soul Train Music Awards dan baru sahaja meninggalkan sebuah parti di Muzium Automotif Petersen pada 9 Mac 1997.

James Dean



Hero terkenal namun sangat singkat hayatnya ini pernah menjadi kegilaan ramai pada satu ketika dulu. Lagenda filem terutamanya dalam filem Rebel Without Cause ini iaitu James Dean dalam gambar ini kelihatan sedang bergambar bersama-sama kereta Porsche Spyder baru miliknya yang diberi gelaran, 'Little Bastard'.

Kereta itu sebenarnya baru sahaja diambil dari mekanik beliau Rolf Wutherich dan dalam persiapan untuk menyertai satu perlumbaan kereta.

Dengan kereta tersebut, James Dean telah memecut dengan laju melalui Sherman Oaks di California dan beliau telah disaman kerana memandu laju.

James Dean sempat mengisi minyak selepas itu sebelum kemalangan yang meragut nyawanya berlaku.

Abraham Lincoln



Kalau berkaitan dengan bekas presiden Amerika Syarikat ini, banyak rekod yang berbeza sebenarnya yang dicatatkan tentang gambar terakhir beliau.

Namun beberapa tahun yang lepas, cerita yang berlegar mengatakan yang sekeping gambar telah dijumpai dalam album keluarga Jeneral Ulysses S. Grant yang menunjukkan Abraham Lincoln sedang berada dihadapan Rumah Putih.

Gambar ini dikatakan mungkin gambar terakhir beliau yang diambil sebelum berlakunya kes pembunuhannya pada tahun 1865.

Namun ada sumber-sumber lain mengaitkan gambar-gambar terakhirnya adalah yang diambil oleh F. Warren yang merujuk kepada gambar dibalkoni Rumah Putih pada 6 Mac 1865.

-Sentiasapanas.com




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haisanor 17-2-2015 03:37 PM
james Dean yang hensem
Quote Lorra2411 17-2-2015 04:24 PM
hensemnya James Dean. muda gila, 24 tahun dah mati. hmmmm
Quote elmen 17-2-2015 05:57 PM
james deannn
Quote Aya_Osman 17-2-2015 06:04 PM
Elvis Presley...lagenda...










Quote matahari7001 17-2-2015 06:21 PM
owww jimi hendrix
Quote whadda 18-2-2015 11:52 AM
woww james dean nampak hot sebelah porsche...
Quote Kejora927 19-2-2015 09:45 PM
James Dean.......too young to die........
Quote helmiex 20-2-2015 02:24 PM
marilyn monroe








Quote iloveyou 23-2-2015 09:07 AM
aaaaa james dean
Quote lululun 23-2-2015 10:45 AM
post yang best
Quote palomaf4 13-4-2015 04:11 PM
ramai gilakan james dean.
aku lekat poster dia dlm bilik dulu
Quote bellaa 10-5-2015 10:44 PM
R.i.p

...
Quote cari_cahaya 7-10-2015 01:32 PM
Michael jackson pls....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.115977 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top