CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Genap 23 Tahun Pemergian Sudirman Hj Arshad

23-2-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5656| Komen: 9

Description: Awal Pagi Tadi, Anak Saudara Kesayangan Sudirman Hj Arshad, Atai Bersama Keluarga Dan Beberapa Peminat Hadir Ke Tanah Perkuburan Islam Chengal Untuk Menziarahi Pusara Penghibur Nombor Satu Asia Itu.
Genap 23 Tahun Pemergian Sudirman Hj Arshad

KUALA LUMPUR: Hari ini, 22 Februari genap 23 tahun pemergian penyanyi kesayangan ramai Dato Sudirman Hj Arshad pulang ke pangkuan Ilahi.

Sudir, nama yang akan terus meniti bibir peminatnya saban tahun, tidak pernah lekang namanya dari ingatan terutama para peminatnya.

Awal pagi tadi, anak saudara kesayangan Sudirman Hj Arshad, Atai bersama keluarga dan beberapa peminat hadir ke Tanah Perkuburan Islam Chengal untuk menziarahi pusara Penghibur Nombor Satu Asia itu.


Sudir legenda muzik negara, tiada galang ganti dan legasi yang ditinggalkannya terus segar hingga ke hari ini.

Siapa yang boleh melupakan lagu-lagu ikonik Allahyarham antaranya Pelangi Petang, Merisik Khabar, Warisan, Milik Siapakah Gadis Ini, Sepetang Di Pinggir Bukit dan banyak lagi.

Bait lirik daripada lagu nyanyiannya, Warisan baru-baru ini diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan yang ke-57 "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

Lagu-lagu seperti Terasing, Basikal Tua, Jauh Di Sudut Hati, Di Dalam Sepi itu terus menjadi pilihan peminat-peminatnya di media sosial.

Melangkaui batas bangsa, agama dan generasi, Sudirman terus diingati sampai bila-bila seperti contohnya tuit-tuit di bawah. Rata-rata yang melakar kenangan mereka adalah di kalangan remaja generasi Y yang masih belum dilahirkan sewaktu nama Sudir berada di kemuncak.


Semoga Allahyarham Sudirman Hj Arshad tenang di persemadiannya. Al-Fatihah.

2

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 22-2-2015 06:04 PM
Al-Fatehah. semoga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat.
Quote Kerêta_Angin 22-2-2015 08:43 PM
alfatihah...
Quote jerukkedondong 23-2-2015 05:15 PM
Al fatihah..
Semoga tenang bersemadi di alam sana..
Amin....
Quote crossfire 23-2-2015 05:19 PM
Al Fatihah, kubur sudirman nie kalau lalu jalan mentakab Temerloh, di belakang pasaraya Cowboy, paya kecik....antara tempat teruk kena banjir 2014 dulu....
Quote Kerêta_Angin 23-2-2015 06:52 PM
Bedah.Cun posted on 21-2-2015 06:51 PM


Sudirman Haji Arshad(Allahyarham) ni masih keturunan kampar...bermakna indonesia boleh lah klaim ..

apa kata wakil org pahang..?
Quote Sunshine81 24-2-2015 10:23 AM
suka lakonannya sbg kutu time kecil balik2 tgk filem ni, tak ckit pun merasa bosan.
Quote axl_bach 24-2-2015 10:26 AM
Rasanya dia sorg jer kot artis Malaysia yg berjaya memenangi hati dan jiwa segenap lapisan masyarakat merentas sempadan bangsa........

mmg penghibur no 1 Asia, Truly Asia..........
Quote dragger 24-2-2015 10:34 AM

Al fatihah

jasamu ttp di kenang..

kalau dia idup lg mmg legend dah skang ni..
Quote tipuware 24-2-2015 11:05 AM
pernah jumpa arwah sekali aje masa kat UPM, ada konvokesyen so arwah buka booth jual minuman Sudi. pasal masa tu iols kanak-kanak lagi, bukan kenal pun siapa arwah, cuma nak air itu aje.  parents aje ada gambar dengan arwah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060812 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top