CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Saya Rindu Berlakon Dalam Produksi Malaysia - Ashraf Sinclair

2-3-2015 12:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32067| Komen: 171

Description: Dalam Pada Itu, Ashraf Berkata, Buat Masa Ini Dia Berehat Sementara Terhadap Lakonan Sinetron Di Indonesia Bagi Memberi Perhatian Terhadap Projek Terbaharu Iaitu Teater Di Negara Ini.
Saya Rindu Berlakon Dalam Produksi Malaysia - Ashraf Sinclair

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Sinclair menyatakan perasaan rindu terhadap bidang lakonan yang lama ditinggalkan di negara ini kerana berpindah ke Indonesia selepas berkahwin dengan pelakon dan penyanyi negara itu iaitu Bunga Citra Lestari, 32.

Ashraf, 39, berkata dia jarang berada di Malaysia dalam jangka masa yang panjang termasuk ketika Hari Raya Aidilfitri kerana terlalu sibuk dengan kerjaya di negara seberang.

“Sudah lama tidak berpeluang meluangkan masa lama di Malaysia. Saya rindukan keluarga di sini. Kalau di sana saya berlakon daripada pagi hingga malam, selalunya hari minggu juga terpaksa bekerja.

“Saya rindu untuk berlakon dengan produksi filem di sini yang mana saya lihat semakin berkembang dan ada filem-filem produksi tempatan yang menarik perhatian saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf berada di Malaysia bagi mengikuti rangka promosi lagu baharu isterinya berjudulWanita Terbahagia.

Dalam pada itu, Ashraf berkata, buat masa ini dia berehat sementara terhadap lakonan sinetron di Indonesia bagi memberi perhatian terhadap projek terbaharu iaitu teater di negara ini.

Katanya, dia mencari peluang jika ada yang ingin menawarkannya berlakon dalam filem atau drama sepanjang berada di negara ini.

“Beberapa bulan lagi saya akan balik ke Malaysia dalam tempoh kira-kira dua bulan untuk projek sebuah teater tempatan yang akan diberitahu tidak lama lagi.

“Setakat ini tiada tawaran berlakon drama atau filem, mungkin mereka tidak tahu saya di sini, oleh itu kalau ada yang nak bagi tawaran silakan,” ujarnya.

Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008, di Jakarta dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair, 4.


4

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nunul 2-3-2015 09:49 AM
dah x laku ek kat sana
slanga indon dah kot
Quote prettyuglybabe 2-3-2015 09:50 AM
dah busy kat sana, kejadahnya nak amik job kat sini pulak
bagi peluang la pelakon sendu yang tak laku kat sini
Quote katakau 2-3-2015 09:53 AM
err..sat g berlakon terkuar slanga indo..
Quote RUZANA 2-3-2015 09:55 AM
Rindu malaysia la tu...Malaysia jgk besh..
Quote Leeen82 2-3-2015 09:55 AM
slang indon kuat Asyraf ni...
Quote chinatsu 2-3-2015 09:57 AM
buang dulu slang indon tuh
dulu2 berlakon kat malaysia takde sikit pun indon yang keluar..
Quote edoraixora 2-3-2015 10:02 AM
kate sibuk sangat....ade mase ke nk amik job kt malaysia ni
jap gi tak boleh commit pulak
Quote kucen_miang 2-3-2015 10:03 AM
Edited by kucen_miang at 2-3-2015 10:06 AM

dah tadak job ka indon celop ni?


ayo ayo ayo ..ayo kezambo..

Quote bottombikini 2-3-2015 10:07 AM
terbahagia la sangat...
Quote fifie_olin 2-3-2015 10:12 AM
x yah ...aku x ske tgk ko belakon...kayu jeh
Quote kucen_miang 2-3-2015 10:12 AM

bini indon dia ni seksi seksi jugak, akhirat jgn lupa.


Quote ziehan09 2-3-2015 10:14 AM
entah kenapa aku xsuka BCL .macam queen control n asyraf pun cam takut bini je.haha
Quote de_ikea 2-3-2015 10:15 AM
kucen_miang replied at 2-3-2015 10:12 AM
bini indon dia ni seksi seksi jugak, akhirat jgn lupa.

Rumah diorg ke ni???
Quote wookiehoney 2-3-2015 10:16 AM
nak belakon sini boleh
tp jgnlah terkeluar slang indo iteww
hiks
mcm rakyat asal indo plak beliau
Quote alieyrina 2-3-2015 10:23 AM
Adoii kena hencap sudahnyaa  

aku pun perasan dia belakon cam kayu jah...tp lani x tau la kut byk blajaq kat indon dah mantop kenn...btw, aku
x penah pun tgk drama indon yg dia lakon ...

aku suka suara bunga nyanyi...sedap gak la tone tu ...
Quote OsHiN_hOnEy 2-3-2015 10:23 AM
dia berlakon kat sinetron sana pun kayu, style dorang berlakon mmg mcm tu

tau jer lar sinetron dgn camera fokus mata kena terjegil

slang indon dia kuat sgt skrg, kalau ada watak utk pak tempe ok kot
Quote DayangKirana 2-3-2015 10:38 AM
kelmarin gue dengarin BCL di era..aduhh..kok bingit.. tawa nya ngak sedap didengar, kayaknya seperti sundel bolong..
Quote makneng 2-3-2015 10:39 AM
Relevan lg ke dia ni kat market msia???
Quote doubleA 2-3-2015 10:45 AM
Macam busy jah dengar kerjaya dia di indo. Yela,sinetron berapa ratus episod.
Harus rindukan hujan batu malaysia jugak walau hujan emas sekalipun di indo.

Bcl bukan ke antara artis bayaran lumayan kt indo tu.

Lihat semua komen(171)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061655 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top