CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Doktor, Artis Antara Peserta Kilauan Emas Musim Kelima

20-4-2015 04:02 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 58066| Komen: 473

Description: Selain itu, Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.
Doktor, Artis Antara Peserta Kilauan Emas Musim Kelima


KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang peserta dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti  Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April ini.

Tiga daripada 10 peserta tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang pegamal perubatan. Mereka ialah Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Record


Selain itu, Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.

Manakala, seorang peserta wanita berasal dari Selangor Nurashikin Ibrahim, 46, adalah seorang doktor. Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, pemilihan sepuluh peserta itu adalah berdasarkan penilaian bakat secara keseluruhan yang dilihat ketika sesi uji bakat.

Wan Muhammad Logan atau sebelum ini dikenali sebagai Elji pernah merakamkan album suatu ketika dahulu.

"Sejujurnya, calon-calon peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat yang lalu secara keseluruhan lebih bersedia daripada tahun sebelum ini.

"Sepuluh peserta ini mempunyai personaliti yang unik dan dilihat mampu memberikan warna dan saingan dalam pertandingan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Azlin berkata demikian pada sidang media memperkenalkan barisan peserta Kilauan Emas 5, di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.

Program tersebut bakal disiarkan secara langsung selama tujuh minggu, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Sementara itu, tujuh peserta lain ialah Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah, Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah),  Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor) dan Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur).

Peserta wanita pula Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor), Noor Hayati Slamat, 54, (Perak), dan Norasmah Ibrahim, 51, (Perak).


Nurashikin Ibrahim merupakan seorang doktor.

Penyanyi Datuk Hattan dan Erra Fazira dilantik sebagai juri tetap rancangan tersebut.

Sementara, penyanyi Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi dilantik sebagai tenaga pengajar.

Azlin berkata, Kilauan Emas 5 masih mengekalkan format asal dalam pemilihan pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton.

Juara Kilauan Emas 5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara menerima RM50,000 dan trofi, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000

4

Bagus

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amina_Mirza 20-4-2015 11:34 AM
iols malu tgk ontua terkinja2 uols, nak2 makcik2 yg bertudung & kertu bergelek2 bagai, haihhhh ke iols x sporting?
Quote harkktuih 20-4-2015 11:46 AM
rncgan makcik pakcik kertu x sedar diri..
Quote Kebabomb 20-4-2015 11:50 AM
Kalau ada rakaman video ujibakat sila tepek...
Quote NazilaSK 20-4-2015 11:50 AM
Kak Asmah,  I miss your mee rebus
Kak Asmah jangan joget lelebih ya
Quote putehkundor 20-4-2015 11:53 AM
Tahun dpn mak teh teringin nak masuk la...umur dah 45 next year.
Teringin nak nyanyi lagu bridge over troubled water time audisi...
Quote kiyudi 20-4-2015 11:56 AM
NazilaSK replied at 20-4-2015 11:50 AM
Kak Asmah,  I miss your mee rebus
Kak Asmah jangan joget lelebih ya

kak asmah yg menege gerai nasik lemak tu ker??

dia mak asmidar mentor ke?? ada dgr masa profile kialauan mas..tp x brapa sure

Quote putehkundor 20-4-2015 12:03 PM
Jom @sepitsiput buat kelab peminat lagi

mak teh team kelab cinta elji-KEJI.
Quote putehkundor 20-4-2015 12:05 PM
Pak hassan umur dah nak masuk 70 tapi gigih lagi...
Jgn time tarik suara keluar kahak sudah.
Quote NazilaSK 20-4-2015 12:10 PM
kiyudi replied at 20-4-2015 11:56 AM
kak asmah yg menege gerai nasik lemak tu ker??

dia mak asmidar mentor ke?? ada dgr masa profile ...

a'ah, mak asmidar. gerai kat section 1 wangsa maju. zaman kerja dulu aku dok mengulang kedai dia beli breakfast.
Quote tanganbercakap 20-4-2015 12:11 PM
putehkundor replied at 20-4-2015 12:05 PM
Pak hassan umur dah nak masuk 70 tapi gigih lagi...
Jgn time tarik suara keluar kahak sudah.

Kahak???loya tekak tetibe...

tengok aritu yang nyanyi lagu dangdut tu bukan main lagi bergiyang
Quote kiyudi 20-4-2015 12:18 PM
tanganbercakap replied at 20-4-2015 12:11 PM
Kahak???loya tekak tetibe...

tengok aritu yang nyanyi lagu dangdut tu bukan main lagi bergiyang

pak hassan yg hensem2 sket tu kan? dia wat show kt oversea ke??

pastu acik yg goyang dangdut tu nama norya...gigih wehh laki dia support....



Quote espri6006 20-4-2015 12:20 PM
uols..I highlightkan yang si Elji@LOGAN dulu kang satu bumbung dengan erra fazira kat polygram, pernah ganti erra bwk lagu Yang Terindah hanya sementara kat muzik muzik separuh akhir. kene pulak si Erra jadi juri...agak agak Bias tak?

Lagi satu si Shahrul tu usia dah 49tahun tapi wajah dia muda sangat. Rasanya I yg usia 42 ni lagi tua dari dia.,,,benci betul...tapi I sokong u shahrul sebab suara u mantap.
Quote ibu_haritz 20-4-2015 12:22 PM
putehkundor replied at 20-4-2015 12:05 PM
Pak hassan umur dah nak masuk 70 tapi gigih lagi...
Jgn time tarik suara keluar kahak sudah.

hahahahaha..kluar kahak...makteh ni noty tau..
Quote tanganbercakap 20-4-2015 12:25 PM
kiyudi replied at 20-4-2015 12:18 PM
pak hassan yg hensem2 sket tu kan? dia wat show kt oversea ke??

pastu acik yg goyang dangdut tu ...

Ye kot...yang nyanyi pakai topi tu rasenye...tak ingat name depa..kate nyanyi sampai luar negara...

Acik dangdut tu die konfiden je goyang...kite yang mude tengok plak rase segan
Quote cmf_blingblings 20-4-2015 12:36 PM
Amina_Mirza replied at 20-4-2015 11:34 AM
iols malu tgk ontua terkinja2 uols, nak2 makcik2 yg bertudung & kertu bergelek2 bagai, haihhhh ke io ...

akupun terfikir benda yg sama, entah le, lain org lain pula pendapat, akhir2 usia ni kalau boleh nak cari saham ke sana le pulak...
Quote cmf_blingblings 20-4-2015 12:37 PM
espri6006 replied at 20-4-2015 12:20 PM
uols..I highlightkan yang si Elji@LOGAN dulu kang satu bumbung dengan erra fazira kat polygram, pern ...

Elji ni lama kat Langkawi dgn group dia perform kat Sheraton, sampai sudah aku tak pernah tengok dia perform.
Quote biozipstar 20-4-2015 12:40 PM
aku xtaw la nape aku x suke kilauan emas ni.. mahap la karatz nyeee
Quote sore_itam 20-4-2015 12:45 PM
espri6006 replied at 20-4-2015 12:20 PM
uols..I highlightkan yang si Elji@LOGAN dulu kang satu bumbung dengan erra fazira kat polygram, pern ...

siyes mamat ni masuk? teringat semi MM ni nyanyi live ganti erra..seksa dgr..hehehe..tp xtau la dh tua2 cmne...
Quote Kak-Leen 20-4-2015 12:49 PM
X pernah berminat nak tgk rancangan ni.. Rasamalu dan segan plak. Mak akak pun x tgk. Dah tua2 ni, x yah lah sampai sanggup joget2 gitu.. Mintak dijauhkan lah dari semua ahli keluarga dan sanak saudara akak masuk rancangan ni..

# lain org lain pendapatnya, ye dak?

Lihat semua komen(473)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.163515 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top