Di sebalik kejayaannya menyiapkan filem yang menelan kos pembikinan RM20 juta itu, Adrian Teh mendedahkan banyak cabaran terpaksa dihadapi, termasuk hampir sahaja penggambaran filem dibatalkan berikutan masalah keselamatan.
Pengarah filem aksi, Adrian bagaimanapun kini dapat menarik nafas lega apabila buah tangan terbaharu, Malbatt: Misi Bakara bakal menjengah pawagam pada 24 Ogos ini. Dengan kejayaan filem Paskal yang juga hasil sentuhannya, pastinya filem ini amat dinantikan penggemar sinema tempatan yang begitu mempercayai bakat dan kualiti pengarahan dimilikinya. "Lokasi penggambaran dilakukan di daerah Gaziantep yang terletak di selatan Turkiye dan berdekatan dengan sempadan Syria. "Jaraknya sangat dekat, iaitu mengambil masa hanya 10 minit jika memandu. Mengikut sejarah, ramai yang tahu Turkiye pernah menceroboh Syria. "Ketika penggambaran dijalankan, kami terpaksa tutup jalan, bina lapangan dan terdapat babak tembak-menembak.
"Memandangkan bandar itu besar, ramai yang hairan kenapa ada askar berkumpul di kawasan itu. "Bagi penduduk setempat mereka sudah maklum mengenai penggambaran. Namun, bagi penduduk di sebelah sempadan Syria, mereka mula menyangka sebaliknya. "Mereka kemudian mengambil gambar dan tularkan dalam media sosial. Tindakan ini menimbulkan salah faham hingga pemerintah Gaziantep mengarahkan supaya penggambaran dihentikan," katanya pada sidang media pelancaran treler dan poster Malbatt: Misi Bakara, baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.031873 second(s), 21 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.