CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Hobi Lihat artikel

Nenek 69 Tahun Minat Gaya Jalanan, Usia Tak Halang Minat Pakaian Anak Muda

18-7-2023 10:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1696| Komen: 11

Description: Seorang warga emas, Hasniah Othman, 69, mula meminati pakaian gaya jalanan selepas diperkenalkan dengan stail tersebut oleh cucu-cucunya.Malah, dia juga sanggup beratur lima hari awal di sebuah butik ...

Seorang warga emas, Hasniah Othman, 69, mula meminati pakaian gaya jalanan selepas diperkenalkan dengan stail tersebut oleh cucu-cucunya.

Malah, dia juga sanggup beratur lima hari awal di sebuah butik yang terletak di stesen monorel Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi menjadi antara individu terawal yang memiliki koleksi pakaian jalanan kolaborasi antara dua jenama tempatan iaitu SVG Worldwide dan Supersunday.

Hasniah, nenek berusia 69 tahun mula meminati gaya jalanan selepas diperkenalkan oleh cucu-cucunya.


Kongsi Hasniah lagi, biarpun sudah berusia hampir 70 tahun, ia tidak langsung menjadi penghalang buatnya untuk meminati pakaian anak muda.

Malah, dia juga teruja apabila dapat beratur bersama-sama generasi muda itu atas faktor berkongsi minat yang sama iaitu label pakaian jalanan tempatan.

“Saya menganggap ini sebagai satu pengalaman yang menarik.

“Semasa beratur panjang bersama generasi muda ini, saya mengambil peluang itu untuk berinteraksi bersama mereka dan bertukar-tukar cerita.

“Tidak sangka, kami boleh berkenal-kenalan hanya kerana meminati jenama SVG Worldwide,” kongsinya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 21-7-2023 03:16 PM
boleh ootd dgn cucu ni
Quote Samerosie 21-7-2023 03:21 PM
La setakat pakai cap dgn varsity jaket tu dah kira streetwear.  Ingatkan mcm taiwanese grandma yg femes tu.
Quote sukacactus 21-7-2023 03:23 PM
Caya la nek
Pakai tshirt lg selesa kan dr pakai baju kurung semua tu
Dlm 3 tahun dl supersunday ni brand fav ank dgn laki aku
Skrg ank dah tukar brand lain plak dah
Quote seri_mawr 21-7-2023 05:08 PM
asal selesa kan nek....
pada berbaju kurung berkain batik.....nak melangkah pun payah....
Quote Melloew 16-11-2023 10:09 PM
Semoga sentiasa sihat
Quote makita 16-11-2023 11:09 PM
Edited by makita at 16-11-2023 11:10 PM

Teringat arwah nenek meols akan pakai kebaya labuh dengan kerongsang. Setiap hari akan sisir rambut dan ikat sanggul. Kalau baju kurung mesti bunga kecik2. Patu rajin buat air sirap selasih dan kuih koci kelapa kukur. Malam2 duk depan tv tgok Dallas
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:00 PM
dasyat nenek ni
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:00 PM
berjiwa muda
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:01 PM
klu ken org yg siuman sikit akn ckp,..istighfar bnyk2 nenek, dunia kata pergi, kubur kata marii
Quote diss69 26-1-2024 10:14 PM
Nmpk mcm ok je...xada laa melampau ...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.115511 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top