CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Hasrat Mohon Pengampunan Penuh Daripada Agong - Shafee Abdullah

7-2-2024 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8096| Komen: 15

Description: Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berhasrat menfailkan permohonan baharu untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berhasrat menfailkan permohonan baharu untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Mengesahkan perkara itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu arahan daripada Najib untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian di lobi Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.

Pada 2 Februari lalu, media melaporkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta


Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 7-2-2024 04:14 PM
Semoga dipermudahkan untuk Datuk Seri Najib
Quote KamikuP 7-2-2024 04:24 PM
Kalu le meolls dapt 1% dari 50juta tu pun cukup le. Meolls berenti reja skrg jugak
Quote chacon 7-2-2024 07:16 PM
semoga dsn cepat bebas dan selamatkan balik umno yang dah nak karam.. swap ngn wak jahid suruh dia masuk dalam. baru kena
Quote alesandra 7-2-2024 07:20 PM
Board kata NO.ydpa terpaksa bagi  diskaun je.mcm mustahil dan pelik sgt ke ydpa dari PAHANG ada soft spot dekat bangsawan PAHANG ni.bodoh je barua yg maki2 ritu.
Quote B40tastePosh 7-2-2024 07:29 PM
Amboii...dulu kata biar masuk penjara kalau betul dia disabitkan salah, jangan demo, ampun bagai.
Quote B40tastePosh 7-2-2024 07:31 PM
chacon replied at 7-2-2024 07:16 PM
semoga dsn cepat bebas dan selamatkan balik umno yang dah nak karam.. swap ngn wak jahid suruh dia m ...

Biar la UMNO pupus ko dah kenapa...UMNO tu sejenis sistem yang korup ko tahu tak???

Siapa siapa yang join UMNO jadi pemimpin UMNO bermakna diorang akan masuk dalam jerat tu.
Quote plywood 7-2-2024 07:59 PM
KamikuP replied at 7-2-2024 04:24 PM
Kalu le meolls dapt 1% dari 50juta tu pun cukup le. Meolls berenti reja skrg jugak

biar betul... 1% baru 500,000 tak berbaloi berhenti kerja.



Quote Rogue98 7-2-2024 08:08 PM
Dia bukan mintak ampun. Dia mintak retrial sebab Hakim2 yg jatuhkan hukuman mostly lantikan Atok99 dan TommyThomas. Hakim2 di pilih ikut sistem rotation bukan main pilih2 siapa Atok99 nak.
Quote caprut 7-2-2024 08:16 PM
Tibe2 ramai penjilat najib. Haritu ramai marah PH sebab katanya beri pengampunan dkt najib
Quote aechae 7-2-2024 09:13 PM
chacon replied at 7-2-2024 07:16 PM
semoga dsn cepat bebas dan selamatkan balik umno yang dah nak karam.. swap ngn wak jahid suruh dia m ...

Parti dh korup nk slamat kn apa lg… biar semua kiok je pegi tubuh parti baru nama bru, pucuk pimpinan baru yg clean.. umno boleh msuk dlm slot ‘hari ini dlm sejarah’ je
Quote terma2nkondisi2 7-2-2024 10:03 PM
berita berkaitan..

"The decision to reduce Datuk Seri Najib Razak's jail sentence and fine will erode public trust in the government's ability to uphold its moral position on matters related to good governance.

Institute for Democracy and Economic Affairs chief executive officer Dr Tricia Yeoh, in a statement, said the Federal Territories Pardons Board's decision last week to halve Najib's jail time from 12 to six years and reduce his fine from RM210 million to RM50 million signals that abuse of power and misappropriation of public funds are easily forgiven.

Yeoh said that the decision contradicts the Madani government's commitment to tackling corruption
, where Prime Minister Datuk Sri Anwar Ibrahim had ambitiously set a target for Malaysia to reach the top 25 countries in Transparency International's Corruption Perception Index by 2033.

She added that Najib's sentence reduction for a crime "directly related to the biggest corruption scandal in the nation's history" would also have negative implications on the perception of the international business community.

Yeoh called on the government to provide clarity over its position over democracy and good governance, specifically how the administration intends to renew its efforts towards combating corruption."

[youtube]NIMmqaVquuE?si=Wq5VdqMDbjhhW1qJ[/youtube]
Quote dua_chzy 7-2-2024 10:04 PM
Kau patut kena penjara 72 TAHUN JIB, BUKAN 7 TAPI 72 TAHUN OK!
Quote hanamunir 7-2-2024 10:44 PM
untung la buat salah juta2, minta pengampunan je untuk tutup cerita..
masa di dalam penjara and bayaran denda pun siap minta 50% discount..
Quote dugro 7-2-2024 11:47 PM
hanamunir replied at 7-2-2024 10:44 PM
untung la buat salah juta2, minta pengampunan je untuk tutup cerita..
masa di dalam penjara and baya ...

KAN... untung sungguh.. dh sebat berjuta2... dh masuk penjara pun keluarga masih kaya raya mampu hidup mewah.. org2 mcm kita kalau jadi masuk jail confirm keluarga jadi melarat dgn nk bayaq kos lawyer lagi...KOS transport.. kos makan segala mak nenek kos laaa.. hahahaaa
Quote KamikuP 8-2-2024 08:58 AM
plywood replied at 7-2-2024 11:59 AM
biar betul... 1% baru 500,000 tak berbaloi berhenti kerja.

Berbaloi le cuolls, campur dgn KWSp lagi.. ASB lagi.. ekekeke

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-2-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054493 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top