CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

#GengSubuhMacamJumaat Tiada Kaitan Dengan Politik - Alif Satar

8-2-2024 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10209| Komen: 39


"Tak ada orang (mana-mana parti politik) yang boleh 'claim' (tuntut) benda ini pun," kata penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa individu di media sosial yang mengaitkan gerakan #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakannya dengan parti politik.

Alif, 34, berkata, ia adalah tuntutan agama dan tidak mengira pendapat politik seseorang apabila melangkah ke masjid untuk bersama-sama mengimarahkan solat Subuh secara berjemaah.

"Ini satu perkara yang saya yakin, masyarakat memang tahu. Sebenarnya, objektif utama kita adalah untuk mengajak orang ramai pergi menunaikan solat dan ia bukan panggilan daripada saya pun. Itulah keindahannya. Ini tuntutan agama.

"Saya tak kisah kalau orang nak cakap apa pun sebab Allah lebih tahu. Janji, saya nak datang solat di masjid saja. Walaupun ada perbezaan pendapat atau latar belakang, benda yang semua orang boleh bersetuju adalah untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Kita perlu menjaga kesucian itu," katanya.


Alif yang ditemui di sidang media memperkenalkannya sebagai duta restoran makanan Arab, Hadramawt Kitchen berkata, masjid adalah satu tempat untuk menyatukan masyarakat dari pelbagai latar belakang.

"Masjid adalah 'pangkalan' untuk masyarakat. Seperti yang saya katakan, apabila kita adakan program sebegini, bukan saja orang Islam, tetapi orang bukan Islam pun berminat untuk hadir.

"Jadi, tak kisahlah apa pun sokongan politik anda, semuanya datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan bersifat neutral," katanya.

Bukan saja di Malaysia, Alif juga turut meneruskan program mengajak orang ramai menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid ketika berada di Dubai, baru-baru ini.


"Di Dubai, saya sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Manara dan disertai lebih kurang 40 jemaah dalam kalangan orang Malaysia yang bekerja di sana dan juga orang tempatan.

"Alhamdulillah, ia mendapat sokongan daripada Konsul Jeneral Malaysia di Dubai serta ahli jawatankuasa masjid itu sendiri," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 8-2-2024 09:39 PM
bros gang patut jemput alif ni..bukan hot dadih tu
Quote sayurmayur88 9-2-2024 07:54 AM
at least dia guna populariti dia buat bende baik.
ni patut d sokong,
Quote lovelytouch 9-2-2024 08:02 AM
Akaq sorg je ke yg rasa beliau sejenis poyo?
Quote adelea 9-2-2024 08:50 AM
Edited by adelea at 9-2-2024 08:51 AM
lovelytouch replied at 9-2-2024 08:02 AM
Akaq sorg je ke yg rasa beliau sejenis poyo?


Kak dulu saya pk gitu
Tapi yg buat saya change perception , this initiative patutnya mula dari pu pu and daie..

Atau ustaz yg popular …
Maybe depa ada buat tapi xde sambutan
Ni rezeki alif kak …

Rezeki ustaz ajak umat berwaqaf buat masjid besaq gedabak … rezeki alif ajak org imarahkan masjid masjid tu ..
Semua org kejar pahala kak …

Patut dah level macam ni , kita rasa triggered … pk apa sumbangan besar aku utk masyarakat islam ?


Quote awex^returns 9-2-2024 08:57 AM
benda baik eloklah disokong
tapi aku start benci bila ada influencer guna benda ni acah² dia yang ajak
padahal buat content je
aliff ni dah lama jadi gang masjid
and aku rasa dia memang positif dari bab agama, kesihatan, family

jangan jadi contoh mamat mana aritu yang pergi Brunei siap cakap sembelih kambeng bagai
lepas tu nak mention kebetulan Ustaz Somad datang
ko pehal...
Ustaz Somad tu berbulan plan schedule dia
and kat mana pon dia pergi Alhamdulillah memang crowd penuh
ko tu yang perasan

Quote tulip-rain 9-2-2024 08:59 AM
Baguslah ape yg dia buat ni.
Quote sleepandream 9-2-2024 09:00 AM
walaupon iols rasa benda ni hanya bermusim dan takdan istiqomoh nyer... namun pujian harus diberikan kepada usaha2 sebegini... aaagitewww
Quote tompie 9-2-2024 09:14 AM
lovelytouch replied at 9-2-2024 08:02 AM
Akaq sorg je ke yg rasa beliau sejenis poyo?

Dia mmg poyo..
Tapi poyo buat baik aku support dan galakkan..
jangan poyo jadik young milionnaire ke, poyo dan yang terpaling sekaliannye..

Kalau tengok si alip ni dia mmg hyper active.. sebab tu la dia boleh finished full iron man and various marathon la...

Walaupun poyo tapi berapa banyak saham dia dapat bila orang terdetik nak ke Masjid untuk Subuh sebab dari gerakan dia??
Banyak gile kot.. dah lah pahala jemaah Subuh paling bnanyak di antara solat2 jemaah yang lain.. rezeki dia..
Quote imanjannah 9-2-2024 09:38 AM
habisnamadahni replied at 8-2-2024 09:39 PM
bros gang patut jemput alif ni..bukan hot dadih tu

setuju sgt
Quote Dysania@72 9-2-2024 10:12 AM
menular sampai indo yach, banyak pahala, benda baik dan susah nak buat jadik ikutan
Quote asfaz 9-2-2024 10:16 AM
awex^returns replied at 9-2-2024 08:57 AM
benda baik eloklah disokong
tapi aku start benci bila ada influencer guna benda ni acah² dia yang a ...

Ni mamat yg beli cool fever banyak2 tu ke? Rasa mcm dia
Quote awex^returns 9-2-2024 10:18 AM
asfaz replied at 9-2-2024 10:16 AM
Ni mamat yg beli cool fever banyak2 tu ke? Rasa mcm dia

tak kenal mamat tu, iols ni tak follow sangat influenza ngarut² ni
tapi sebab lalu kat feed


Quote farlis 9-2-2024 12:00 PM
Iols sokong alif ni..mmg out of box. guna populariti utk benda baik...
Good job Alif
Quote lovelytouch 9-2-2024 12:09 PM
tompie replied at 9-2-2024 09:14 AM
Dia mmg poyo..
Tapi poyo buat baik aku support dan galakkan..
jangan poyo jadik young milionnaire ...

Gittteww peminat membackup. Chill ja dek non
Quote LadyCarefree 9-2-2024 12:15 PM
lovelytouch replied at 9-2-2024 07:02 AM
Akaq sorg je ke yg rasa beliau sejenis poyo?

Dah lama iols cakap gini. Kat porem ni pun. Biniknya pun sama serupa insecure asyik nak bagitau alip suami bagus bapa bagus famili man terpaling sayang menyayangi. Humble bragging dua2 ni.
Ingat lagi dia jual sejadah timbang kilo harga melei. Benda beli spoh hengget jual seratus lebih. LOL.
Quote riyadhK 9-2-2024 05:27 PM
lovelytouch replied at 9-2-2024 08:02 AM
Akaq sorg je ke yg rasa beliau sejenis poyo?

Bukan akak sorang yang pastinya
Quote gideoncross 9-2-2024 08:50 PM
awex^returns replied at 9-2-2024 08:57 AM
benda baik eloklah disokong
tapi aku start benci bila ada influencer guna benda ni acah² dia yang a ...

Ust Somad mmg dtg ke Bruneiku terchenta iol hri tu, bgi cramah kat Msjid pekan kitorg & ayah iol dtg. Smpai nak msuk tnghmlm bru cramah tu hbis, some say dia dh krja dgn govt sini & d bgi byaran
Quote gideoncross 9-2-2024 08:51 PM
Dysania@72 replied at 9-2-2024 10:12 AM
menular sampai indo yach, banyak pahala, benda baik dan susah nak buat jadik ikutan

Bruneiku terchenta pun ada buat event ni hri tu
Quote Jitu 9-2-2024 09:50 PM
bagus la usaha dia ni
bab dia poyo tu benda lain takde mengena pun

subuh la yg paling tak ramai jemaah
nak penuh satu saf pun susah

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067342 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top