CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Lawan Semua Dengan Doa' - Abby Abadi

9-2-2024 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16991| Komen: 43

Description: Ini yang dimuat naik pelakon, Abby Abby di Instagram yang difahamkan ditujukan buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang kini berdepan ujian selepas kisah perkahwinannya dengan suami orang tula ...


"Lawan semua dengan doa."

Ini yang dimuat naik pelakon, Abby Abby di Instagram yang difahamkan ditujukan buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang kini berdepan ujian selepas kisah perkahwinannya dengan suami orang tular sejak semalam.

Meninjau ke ruangan komen di beberapa hantaran di Instagram miliknya, Abby dihujani dengan pelbagai komen 'sinis' apabila rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya yang baru saja menerima menantu.

Bagaimanapun, terdapat juga komen yang meminta penyanyi dan pelakon itu bersabar dengan dugaan yang berlaku.

Harian Metro cuba menghubungi Abby, Marissa dan bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim sejak semalam, namun panggilan telefon dan mesej WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.

Semalam, Harian Metro mendedahkan anak kepada pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.


Pendedahan yang dibuat turut disahkan Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan hari ini.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 9-2-2024 01:27 PM
byk betul benang meresah n yebby
dok diam2
tok sah la dok up status apa2
anggap ujian utk muhasabah diri
anak2 lain tu kecik2 lagi
jgn la pisang berbuah berkali2

lepas tu mulut dan tangan tu kalau bercakap or post apa2
jgn terpaling sangat
Quote cikatilia 9-2-2024 03:11 PM
Terpaling teraniaya

Sapa yg berlawan ni??? Nak pertahan hak sebagai pencaras ke?
Quote shernazz 9-2-2024 03:20 PM
Baik Kau cakap MCM tu dgn madu Anak kau
Quote Manusiabesa 9-2-2024 03:23 PM
Aku klu balik dri umrah dpt tau laki aku menikah ngn betina lain kt siam..mmg onthespot aku packing bag baju aku dgn anak2 aku chioowwwww...ceraikan aku talak3... xkn ada peluang utkmu lg..talak 3 sbb aku xkn rjuk balik dh dgn jantan yg sama... menikah baru nnt dgn laki baru....

Gitowwwhhh aku dirasok roh mikel ang dgn diba AA
Quote Manusiabesa 9-2-2024 03:26 PM
Maskahwin ja yg wajib kan? Hantaran kira xda la budak ni. Cincin2 sebentuk dua pun xda la kan. Jgn harap habib o pohkong. Cap emas hairi pun xdpt. sia2 mk hg penat beranak kan hg budak mentah oi. Klu lawa tp akhlak balik, kurang2 hantaran rm22k dh skrg. Keja lak influenza. Model. Ni free2 je bg elselam dpt. Bodoh
Mmg lahir2 xda otak agaknya
Quote sayurmayur88 9-2-2024 03:32 PM
setiap manusia d uji dengan apa yg diperkatakannya. so jgn melebih2.
Quote prince_marhaen 9-2-2024 03:35 PM
markisa tengah seronok menunggang aslam... mak bapak pun enabler....back-up lagi anak birah,  madu pun bodoh rujuk balik...semoga tunggang-langgang
Quote noor2 9-2-2024 04:59 PM
Budak ni dari kecik x pernah kena pukul ke gamaknya...tu sb dah besar dia x peduli pun kan mak apak dia apatah lagi org lain..
Quote jamrosak 9-2-2024 06:31 PM
Still ada masa nak update socmed ye yebby.. Playing victim lg seolah2 backup anak.. Me tak heran anaknya pijak kepala
Quote missHaidiD 9-2-2024 06:42 PM
Hujung2 yg salah dan jahat selam dan binik. Ank dia tethap lindungan kaabah sesucik lebaran



Gitewwwwww de setajah bakyah
Quote missHaidiD 9-2-2024 06:43 PM
Manusiabesa replied at 9-2-2024 03:26 PM
Maskahwin ja yg wajib kan? Hantaran kira xda la budak ni. Cincin2 sebentuk dua pun xda la kan. Jgn h ...

Silap2 pegi songkla pun meresah yg sponser
Quote MsIda 9-2-2024 06:47 PM
Setajah yebby yang terpaling. Tak minat betul mokcik ni. Tak mendokan yang tak baik cuma cermin2lah diri & jaga tutur kata . Berhentilah merempan kat socmed
Quote ezacbee 9-2-2024 07:35 PM
prince_marhaen replied at 9-2-2024 03:35 PM
markisa tengah seronok menunggang aslam... mak bapak pun enabler....back-up lagi anak birah,  madu p ...

Dulu keluarga boria, sekarang keluarga tunggang terbalik.. Terimalah menantu seadanya. Dah tu pilihan anakmu.
Quote nena9042 9-2-2024 07:50 PM
Dia tulis mama so I assume itu kata kata dia pada meresah
Ingat ya, Allah maha ADIL
Fikir logik pun, antara doa orang yang dianiaya & menganiaya, siapa yang paling berkemungkinan besar dimakbulkan?
Quote ReginaGeorge 9-2-2024 08:08 PM
Korang bertiga yg gatal. Terutama yebi ni. Jari pon gatal. Yebi YB wannabe sekarang dah lost. Anak pula yg kena sumpahan. Pompuan jahat.
Quote putericahaya999 9-2-2024 08:11 PM
Abby u dah buat terbaik
U dicurangi semasa mengandung semasa beranak
U bela anak setelah bercerai
U dh bagi semua sepatutnya u bg utk anak
InsyaAllah doa byk2 semoga yang baik2 utk keluarga abby
Quote Joysparta 9-2-2024 08:29 PM
Dah itu pilihan budak pompuan tu

Keje biasa2 pun kawen 2. Apa nak dibagi anak org makan.

Umur 19 masih remaja, rugi masa depan. Ptt sambg belajar, kumpul aset. Sbb rupa pun cantik. Rugi betul ko dik.

Org len enjoy single life, dia sebok hal rumahtga.
Quote kepompong 9-2-2024 08:30 PM
time susah baru nak ratib nama Allah


terpaling menungganh
Quote Yaya04 9-2-2024 08:53 PM
Mama sebenarnya pesan kat diri mama kan. Mama dah tak boleh hadap lah tu kene sindir dgn netz. Mama dan papa normiang sabar tau jgn sruh anak tu berpisah pulak laki bini.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-2-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.222246 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top