CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami Cuma Main Game Je' - Nafi Buat Podcast Dengan Bros Gang, Hot Daddy Terkilan Jadi Mangsa Fitnah Netizen

9-2-2024 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52157| Komen: 78

Description: Bros Gang sebelum ini mendapat kecaman hebat daripada netizen dan tokoh agama di Malaysia kerana menjemput Hot Daddy ke podcast mereka.


Bros Gang sebelum ini mendapat kecaman hebat daripada netizen dan tokoh agama di Malaysia kerana menjemput Hot Daddy ke podcast mereka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah pencipta kandungan yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast mereka.

Ramai lagi yang mengecam tindakan BGTV yang dianggap tidak sensitif dan mengejar views semata mata.



Semalam Hot Daddy tampil membuat penjelasan bahawa, dia dan Bros Gang memang kawan baik. Dan mereka tidak ada membuat sebarang podcast seperti yang didakwa.

Hot Daddy berkata: “Hai selamat petang, so hari ini Daddy nak jelaskan sendirilah tentang gambar saya dengan Bros Gang tu.


“Saya nak jelaskan bahawa memang kita tak ada buat sebarang video, atau podcast, interview atau apa sahaja, seperti yang didakwa.

“Jadi, itu hanya sekadar gambar sahaja. Saya dengan Bros Gang memang kawan, dia menjemput saya untuk lepak dan main game.



“So janganlah awak awak semua memberikan andaian atau fitnah benda yang tanpa kesahihan. Jadi, benda yang tidak ada bukti atau kesahihan itu dah jatuh fitnah, betul tak?

“Jadi, janganlah hanya sebab gambar tu, kamu semua terus cakap, oh dia ni pembuat zina, Bros Gang menyokong zina dan sebagainya.

“Saya rasa gambar gambar tu, tiada pun berunsurkan zina, tiada pula kami bergambar dengan perempuan atau berpakaian tak senonoh.”


Sebelum ini Bros Gang sendiri mengesahkan bahawa BGTV dan Hot Daddy dalam sesi podcast. Bros Gang menulis di IG rasmi mereka: “Sebelum kejadian perang dingin antara BGTV vs ‘Hot Daddy’ Malaysia dalam video podcast.. BGTV just cakap apa yang patut sahaja … selebihnya terletak pada awak bro. Tapi cara awak gerak tadi tak nice bro..”


Kemudian BGTV memuat naik penjelasan tentang podcast tersebut:

“Penyebaran gambar BGTV bersama Hot Daddy telah mendapat perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan.

“Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu.

“BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.

“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.”

Malangnya siaran itu semalam sudah tidak wujud:


Namun ada media yang sempat menangkap layar penjelasan tersebut:

Jadi, netizen memberikan komen berdasarkan kenyataan BGTV sendiri.


Hot Daddy sebelum ini dicekup polis bersama dengan enam wanita kerana kesalahan mempromosi persundalan. Dia turut disiasat kerana merakam video zina bersama kira kira 20 wanita untuk dijual di platform atas talian.

Hot Daddy dibebaskan dengan jaminan polis setelah dia merayu untuk diberikan ikat jamin kerana masih ada ayah yang ada sejarah sakit buat pinggang dan 3 orang anaknya yang masih di bawah tanggungannya.

Mahkamah awalnya tidak memberikan ikat jamin untuk kesalahan seperti ini kerana menilai impak perbuatan mereka kepada masyarakat. Namun membenarkan Hot Daddy dan enam lagi wanita itu diikat jamin, sementara menunggu sebutan semula kes tersebut pada 12 dan 26 Mac akan datang.


Sumber : TheVocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 10-2-2024 01:16 PM
Tengok video baru yg pakat serbu mamat ni kat pasar malam sebab nak bergambar.ala bodo nya org kita skg ni
Quote honeybee1802 10-2-2024 01:21 PM
jejai replied at 10-2-2024 01:16 PM
Tengok video baru yg pakat serbu mamat ni kat pasar malam sebab nak bergambar.ala bodo nya org kita  ...

Eiii...awat bodo sgt masyarakat now ni?otak letak kt bontot dah ni..bukan lg kt lutut...
Quote jejai 10-2-2024 09:15 PM
honeybee1802 replied at 10-2-2024 01:21 PM
Eiii...awat bodo sgt masyarakat now ni?otak letak kt bontot dah ni..bukan lg kt lutut...

Paling bodo dukung anak pastu suruh wife ambik gambar.wife pulak pakai tudung..ada yg siap buat thumb up.dilayan kalah yb..tenat dah manusia
Quote mojarean_X 10-2-2024 09:17 PM
Mmg layak lah kita semua dpt pemimpin sedia ada skrg. Kita semua pun dh rosak
Quote pearl.silver 10-2-2024 09:50 PM
Kata xda podcast
Tp bg statement diorg berdebat dlm podcast tu
Quote menjad 10-2-2024 10:09 PM
Da jadi selebriti gi mana2 sumo nak bergambo. Dunia da terbalik melingkup. Kagum oiiii ngan penzina
Quote MissYouSayang 10-2-2024 10:28 PM
Peliwat diangkat jadi pm.
Penzina diangkat jadi idola.
Quote green~tea 10-2-2024 10:40 PM
jejai replied at 10-2-2024 01:16 PM
Tengok video baru yg pakat serbu mamat ni kat pasar malam sebab nak bergambar.ala bodo nya org kita  ...

Kot dia dah bayar kot...

Mcm tak caya ada beruk2 yang mengidolakan penzina bapak ayam celaka ni
Quote tumpanglalu74 10-2-2024 11:00 PM
Edited by tumpanglalu74 at 10-2-2024 11:53 PM

[youtube]ufAlt1o0AB4?si=PZRETzNto-nVAMxJ[/youtube]
https://youtu.be/ufAlt1o0AB4?si=PZRETzNto-nVAMxJ



10 minits in pon dia dah reveal dia mencrettt Kaka Jena..
Quote mojarean_X 10-2-2024 11:14 PM
jejai replied at 10-2-2024 01:16 PM
Tengok video baru yg pakat serbu mamat ni kat pasar malam sebab nak bergambar.ala bodo nya org kita  ...

Ada bideo x? Bole share
Quote edayildiz 11-2-2024 01:34 AM
rosakk
Quote zuuu 11-2-2024 04:50 AM
jejai replied at 10-2-2024 09:15 PM
Paling bodo dukung anak pastu suruh wife ambik gambar.wife pulak pakai tudung..ada yg siap buat th ...

Yg bgambar ngan dia ni fans dia ke???ala2 cam lelaki2 yg bgambar ngan maria ozawa waktu dia datang kl dulu,at least maria tu non muslim n industri av di jepun tu legal....yg ni x tahu la nk apa
Quote pisanggoreng 11-2-2024 09:26 AM
Bang-Bros-Logo.png
Quote otai_g 11-2-2024 09:39 AM
Bros gang kwn daddy. So agak2 korang bros gang ni suci ker?
Quote tumpanglalu74 11-2-2024 01:55 PM
otai_g replied at 11-2-2024 09:39 AM
Bros gang kwn daddy. So agak2 korang bros gang ni suci ker?

Dorang openly je ngaku dorang pon tak suci.  Aku tabik sebab dorang tak hipokrit..

Nah, ni yang dengan Tok Alep.  Banyak betol dia bongkar rahsia diri dia sendiri.  Tak silap aku dia cerite yang dia dulu fakboi kot..

[youtube]KGbf5HJxUFY?si=Jr6b2sRvomsBgzbE[/youtube]
https://youtu.be/KGbf5HJxUFY?si=Jr6b2sRvomsBgzbE
Quote kalchi 11-2-2024 03:40 PM
Tgk muka dia ni pon dah meluat
Quote Firenzza 11-2-2024 05:09 PM
Bak kata setaz......ini dajjal kecik, blm dajjal Ori yg turun
Quote noor2 11-2-2024 05:18 PM
Dia ni pure melayu ke?...satu badan berbulu...mcm bukan pure melayu...hidung pun tinggi
Quote dani-rox 11-2-2024 10:23 PM
Akak cuma terganggu rupa biasa2 mcm ni dipanggil 'hot daddy'. Dahlah nama Hasli

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-2-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060535 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top