CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Bertalu-Talu Dikecam Netizen, ‘Followers’ IG Marissa Dania Bertambah 13,000

9-2-2024 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 55367| Komen: 52


Nama anak kepada pasangan selebirti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania terus menjadi sorotan selepas dia dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam.

Susulan tularnya berita perkahwinan tersebut, netizen mula berkampung di Instagram Marissa sejak Rabu lalu.


Malah, netizen turut menyerang gadis berusia 19 tahun itu dengan meninggalkan komen berbentuk luahan rasa marah di ruangan balas pada hantaran yang pernah dimuat naiknya sebelum ini. Marissa kemudian terpaksa menutup ruangan komen.

Pun begitu, meski teruk dihambat dengan kritikan dan tomahan, pengikut di Instagram Marissa tidak berkurang, sebaliknya bertambah.


Menerusi tinjauan OhBulan! sebelum ini, pengikut Marissa hanya seramai 563,000 orang, kemudian bertambah seramai 13,000 selepas berita pernikahanya tular.

Sejak Rabu lalu, kecoh di media sosial apabila Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi OhBulan! mengesahkan berita perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.

Malah usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.

Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Sumber: Instagram/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 9-2-2024 06:05 PM
Cantik sopan je dia ni

Selalu yg bermadu waktu muda muda ni bahagia, ada beberapa influencer yg polygamy n happy dgn madu madu kan

Jgn lupa ikon permaduan yg baru turun takhta tu, sikit pun tak kurang sweet nya jadi isteri pertama, siap sayang lagi anak n cucu madu macam darah daging sendiri

Takkan bila rakyat jelata polygamy jadi salah pulak?
Quote slyfynx 9-2-2024 06:44 PM
Org follow sbb nk jadi yang pertama screenshot ape2 yg die upload
Quote chandrahusin 9-2-2024 06:50 PM
Bad publicity is still a publicity
Zaman org nak dikenali
Quote bottombikini 9-2-2024 07:00 PM
org follow bukan sbb menyokong
tapi sbb nak tau story
ada la bahan sesambil potong bawang
tak gitu bedah?
Quote DottieDot 9-2-2024 07:09 PM
Dalam hal ni aku sikit pun x kan rasa simpati pada bini 1st tu...Kau yang up dan public kan isu dirty laundry korang pastu rujuk semula.. Harap pihak belah dia senyap² jelaa, tak usah nak ngamuk dan sekian².. Hadap jela..
Quote zuriey 9-2-2024 08:33 PM
DottieDot: Dalam hal ni aku sikit pun x k ...
setuju..kita ambil pengajaran kes2 sebelum ni..netijen punya kesian dkt bini pertama alih2 elok beromen balik pftttt..lain la ko sanggup humban jantan tu betul2 benamkan kepala dia dlm lobang jamban.
Quote Yaya04 9-2-2024 08:35 PM
Influencer of the year
Quote kepompong 9-2-2024 08:37 PM
DottieDot replied at 9-2-2024 07:09 PM
Dalam hal ni aku sikit pun x kan rasa simpati pada bini 1st tu...Kau yang up dan public kan isu dirt ...

macam sama aisyah hijanah?

anyway dulu pojiah latip muda2  pun kawen lari ke london . tapi bukan laki orang lah
Quote dua_chzy 9-2-2024 08:39 PM
Huntong la laku jual prodok.
Quote DottieDot 9-2-2024 09:01 PM
zuriey replied at 9-2-2024 08:33 PM
setuju..kita ambil pengajaran kes2 sebelum ni..netijen punya kesian dkt bini pertama alih2 elok ber ...

Nampak sangat masa nak viralkan niat dia cuma nak expose si pencaras je tapi memang masih tetap hamakkan si laki tu.. Harap belah dia senyap jela toksah berbunyi, ni jela yang selayaknya dorang buat..
Quote DottieDot 9-2-2024 09:25 PM
kepompong replied at 9-2-2024 08:37 PM
macam sama aisyah hijanah?

anyway dulu pojiah latip muda2  pun kawen lari ke london . tapi bukan  ...

Yang Aisyah tu bukan marketing je ke dorang??

Ye, aritu ada berkomen-komenan isu fasa ke-rebel-an kak Jee masa/lepas kawin dengan husband kedua dia si Johan tu.. Memory iolss kena dig jejauh lagi pasal kisah kak Jee ni..
Quote gideoncross 9-2-2024 09:27 PM
slyfynx replied at 9-2-2024 06:44 PM
Org follow sbb nk jadi yang pertama screenshot ape2 yg die upload

Netz ni agknya ada yg x tdo, snggup brsengkang mta tngok retis2 upload apa2 gmbr
Quote gideoncross 9-2-2024 09:28 PM
likilu replied at 9-2-2024 06:05 PM
Cantik sopan je dia ni

Selalu yg bermadu waktu muda muda ni bahagia, ada beberapa influencer yg pol ...

Dorg ni famous sbb retis je, irl bnyk je yg trlibat bnda segini tpi sbb bukn retis, jdi x dpt limelight
Quote Manusiabesa 9-2-2024 09:56 PM
Dia nk tiru memey ni sbnrya. Sondol laki org tp last2 soksuci je. Mcm memey. Sebijik pun konsep dia tiru. Memey lah kutt duk ajar dia selama ni hahaha.
Quote Hoola 9-2-2024 10:03 PM
netijem mnunggu kot dpt yg ke3 pula
Quote Nizleen86 9-2-2024 10:13 PM
Ingatkan dah serai dgn wife first. Ropenya get back balik. Mana la si laki senang2 je nak lupakan scandal. Diorg dah sampai tahap check in kot. Ingat senang nak lupa? Move on je lah. Apa nak diharapkan laki tu. Tok kertu dekat benang sebelah yg byk dicerca tu pun lagi berguna dr mamat grab ni. At least tok kertu pandai guna air liur utk tanggung diri dia & anak2 bewak.
Quote CikYaYaYa 9-2-2024 10:41 PM
Nie masa paling herlokkk nak jd seorang founder produk timbang katii.. confirm meletop2..
Quote dua_chzy 10-2-2024 09:24 PM
DBP menganjin Markisah.

FB_IMG_1707571113629.jpg
Quote alieyrina 11-2-2024 02:14 AM
Org nk tgk muka penyondol kut. Jual brg apa meleweh ja cakap aku tgk. 3min boleh tetidoq dah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062050 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top