CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Cecah RM13,000, Ini 3 Baju Raya Paling Mahal Tahun 2024

22-3-2024 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16201| Komen: 81

Description: Minggu kedua bulan Ramadan, sudah tentu ketika ini ramai yang sedang mencari baju raya dan membuat perbandingan harga atau pilihan mengikut tema warna masing-masing.


Minggu kedua bulan Ramadan, sudah tentu ketika ini ramai yang sedang mencari baju raya dan membuat perbandingan harga atau pilihan mengikut tema warna masing-masing.

Banyak kita dengar keluhan masyarakat tentang harga baju raya yang saban tahun makin meningkat malah ada yang berpendapat ia tidak wajar.

Mari kami kongsikan tiga baju raya termahal pada tahun ini yang dicipta oleh beberapa pereka fesyen terkenal tanah air.


1. Teja, ciptaan Rizman Ruzaini

Baju ini menduduki takhta pertama sebagai baju raya dengan harga paling mahal dan tidak masuk akal iaitu RM13,800!

Meskipun sudah dihasilkan dengan lima pilihan saiz iaitu dari XS ke XL namun Teja ini boleh juga ditempah oleh pelanggan mengikut ukuran saiz badan.



Berwarna hitam, baju one piece ini menonjol di bahagian bahu, lengan dan dada kerana ia dihiasi manik (ke berlian?) yang menyerlahkan sisi eksklusif rekaan tersebut.



2. Lotfia in Ivory Teal, ciptaan FIZIWOO

Meskipun jauh berbeza harganya dengan Rizman Ruzaini di atas namun pada saya ia masih dikira tidak masuk akal kerana ia dijual pada harga ribuan ringgit.

Menurut laman sesawang FIZIWOO, baju diberi nama Lotfia ini dijual pada harga RM4,200 dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.



Terkejut dengan harga baju raya ini? Lebih terkejut lagi kalau anda dapat tahu bahawa baju ini sebenarnya sudah habis terjual.

Tapi, jangan risau jika anda mahu menggayakan koleksi baju raya ciptaan FIZIWOO pada tahun ini bolehlah lihat beberapa rekaan lain yang dijual pada harga yang sama.

3. Alba Kurung ciptaan Alia Bastamam

Memberi imej elegan buat si pemakai, baju kurung ini dijual pada harga RM2,800 dan Alia Bastamam hanya mengeluarkan rekaan ini dengan satu warna sahaja.


Alba Kurung ini diperbuat daripada liquid satin dan didatangkan dengan lima pilihan saiz namun menurut laman sesawang saiz XL didapati sudah habis terjual.


Dulu selalu tertanya ada ke orang yang nak membeli baju raya dengan harga ribuan ringgit tapi bila dah sold out memang terbuktilah ramai rakyat Malaysia yang kaya. Huhu!

Apa apa pun, saya memang terus terang tak mampu nak beli baju raya macam ini. Kalau yang harga RM300 pun masih teragak-agak apatah lagi yang harga macam ini. Lagi mahal daripada bayar kereta…

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-3-2024 10:57 PM
Lihat tarikhnya
Amalan reporter cari
Screenshot_2024-03-21-22-56-21-59_e4424258c8b8649f6e67d283a50a2cbc.jpg

Quote menjad 21-3-2024 11:10 PM
Yg last tuh xlawo langsung
Quote sharlenetexas 21-3-2024 11:19 PM
Thread berbayar? Alia B bayar reporter ke?


Quote pearl.silver 21-3-2024 11:20 PM
Eleh.
Nnt sapa mamat yg suka dress up bini jangok tu
Kompom dia tunjuk baju dia jahit nanti harga lg mahal
Quote syamzana 21-3-2024 11:34 PM
yg 13k++ tu pakai gi open house skali tgk tuan rumah pakai baju sama, beza size je mau merempan.
ada lebihan duit sila la beli, tp kalau size xl takyah perabes duit la
Quote dagusengett 21-3-2024 11:53 PM
Wowwww
No 1 sesuai gi oscar black tie party
No 2 sexy maybe can save for cny or xmas party
No 3 omg the back mcm baju tido jer this material i dont like haha
Quote Suchi 21-3-2024 11:54 PM
Ketiga2 baju tak de aura baju raya

Quote Incanto 22-3-2024 12:16 AM
yang no 2 paling buruk

wpun warna dan corak kain lawa
Quote green~tea 22-3-2024 12:18 AM
Paling huduh baju alia tu.. gelembung2 tutup lemak lemang rendang ke
Quote green~tea 22-3-2024 12:20 AM
Size XL sold out??

Kaya tapi gemok tembun

Takyah la beria kalo camtu.. dah basic huduh pakai apa pun tetap huduh
Quote Mimo.mimo 22-3-2024 01:39 AM
Bukan ramai yang kaya. Tapi setiap size tah2 taksampai 10 pasang pun. Kihkihkih
Quote kookie92 22-3-2024 01:43 AM
baju b40 lg lawa hmm
Quote rosmahisham 22-3-2024 02:20 AM
Edited by rosmahisham at 22-3-2024 02:23 AM

Yihh belas2 ribu baik iols g melancong..ada gak faedah!pnh beli kain versace ,gucci,chanel x tau la ori ke tak,kwn2 stewardess jual dulu2 la punya citer . zmn muda2 free hair la.. Ssh nk jaga  kena dry cleaning tiap kali pakai baju tu..time tu la kena hjn..tu kot baju raya iols paling mhl.
Quote SalenaGomez 22-3-2024 05:39 AM
dagusengett replied at 21-3-2024 11:53 PM
Wowwww
No 1 sesuai gi oscar black tie party
No 2 sexy maybe can save for cny or xmas party

Yang no 2 tu membayang kan marion pakai. Raya nanti nk tgk ig dia ada x dia beli
Quote SalenaGomez 22-3-2024 05:44 AM
Mimo.mimo replied at 22-3-2024 01:39 AM
Bukan ramai yang kaya. Tapi setiap size tah2 taksampai 10 pasang pun. Kihkihkih

Betul la tu kot. Nak maintain exclusivity. Nak buat secara mass product pon susah kot. Mcm ambil masa siapkan kecuali yg no 3 tu. Depa Buat 10 pasang pon dah balik modal dah
Quote GincuPurple 22-3-2024 06:10 AM
rosmahisham replied at 21-3-2024 06:20 PM
Yihh belas2 ribu baik iols g melancong..ada gak faedah!pnh beli kain versace ,gucci,chanel x tau la  ...

Yang beli baju belas² ribu tu, dia dah ada allocation duit melancong ratus ribu, apa dia nak kisah ????
Quote emera 22-3-2024 07:46 AM
No 1 tu x sesuai buat baju raya..
Quote reenz013 22-3-2024 07:56 AM
bj first tu lawa gak..yg 2 tu ermmm....tp idakla nk beli baju rege2 cmtu
Quote Hessa 22-3-2024 07:59 AM
menjad replied at 21-3-2024 11:10 PM
Yg last tuh xlawo langsung

yg last tu inspirasi kurung kedah kan.tp jenis kain licin mcm tu nampak meleret ke bawah bahagian lengan tu..alaaahai..nk ke toilet jenuh tersingkap2 ke atas lengan. kurung kedah ni kain jenis sutera thai cantiklah..nmpk keras terletak.meleret2 ni leceh.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055997 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top